Lori Surat Khabar Lama

10 Mei 2013

Kami di Gold Coast Morib

Salam dan hai


Dah lama sebenarnya nak pergi ke Pantai Morib. Asyik-asyik tengok promosi daripada Groupon ke, Street Deal ke, Mydeal ke dan seangkatan dengannya. Bila masuk gaji, jumpa sahaja tawaran ke Gold Coast Morib, terus sambar. Dah lama beli ni, daripada bulan Januari lagi. Ingatkan masa tu dah habis dapat tawaran paling best, tapi rupa-rupanya sekarang, lebih murah, ada yang RM160+ berbanding RM190+ saya. Pasrah aje la.





Kami tak ikut tol, sebaliknya kami guna jalan dalam daripada Bangi. Tak tau camne D boleh memandu, tapi akhirnya kami memang sampai ke Morib dengan selamat, melalui Dengkil. 

Tapi kami sampai terawal pulak. Check in hotel cuma pada pukul 3 petang pasal checkout bermula 12 tengah hari. Masa saya sampai tu, memang ramai orang tengah checkout. Tapi saya tetap check in dulu, tanpa bawa masuk barang. Que tak lama pun pasal mungkin pergi hari kerja, jadi takde la ramai orang sangat.


Kami diberi akses untuk taman tema Gold Coast, sementara tunggu bilik diberi. Dyzhwar dapat masuk percuma pasal belum cukup ketingian 90cm. Staf hotel dah maklumkan, kami boleh akses taman tema petang hari check in dan pada pagi hari checkout dengan syarat, akses tag tu jangan terkoyak. 

Jadi untuk habiskan masa menunggu pukul 3 petang, saya tinjau kawasan, cari kat mana taman temanya. Memang dah boleh nampak taman tema ni daripada cafe hotel




Tapi bila Dyzhwar dah nampak air, dia terus cam teruja, tak sabar-sabar sangat. Untuk mengelakkan dia pergi panjat tali-tali tu, maka beralah bawa dia pergi mandi kolam.




Masa staf taman tema pakaikan akses tag taman tema, saya dah D awal-awal dah minta jangan terlalu ketat pada pergelangan tangan pasal senang nak ambil wudu' nanti. Staf ok, sangat bekerjasama. Kat situ ada pelampung besar yang boleh disewa. Saya tak ingat pula harganya berapa, tapi rasanya dalam RM30 (termasuk RM10 deposit). Locker pun ada disediakan.

Saya tak pasti boleh bawa makanan ke tak, tapi tak silap ada papan larangan merokok, terjun tiruk, pakai cermin mata (tapi D pakai juga, cane nak nampak kalau tak pakai cermin mata). Staf tak check pun beg, cuma masing-masing fikir sendiri la. taman tema kot, bukan Port Dickson nak berkelah bawah mentari.


Daripada segi pemakaian, walaupun dah tulis kena pakai pakaian renang yang bersesuaian, tapi kalau pakai seluar jeans ke, baju kurung ke, tetap dibenarkan masuk pasal tak semua yang masuk ni nak mandi air. Banyak yang sekadar duduk rileks kat tepi sambil tengok anak cucu mandi.

Infrastuktur taman tema ni tidak la segah Sunway Lagoon, tapi kalau yang pernah pergi Tiara Beach Resort, ha lebih kurang dalam kategori ini la. Tak terlampau luas, tapi selesa dan puas la nak kasi anak-anak mandi air. Mak bapak budak tak perlu amik kira. 

Sebelum masuk ke pintu masuk taman tema ni, ada beberapa kedai kat tepi tu yang boleh beli jajan, barang-barang kenangan, selipar, barang-barang runcit biasa. semua ada.


Cuma perkhidmatan Wi-Fi hotel hanya terhad diruang lobi sahaja. Dah tertera password dan username Wi-Fi kat kaunter, jadi boleh sahaja guna. CUma terhad dalam ruang lobi/ reception hotel sahaja. Maka ramai la orang lepak di ruang lobi. 

Saya sempat ambil beberapa gambar persekitaran taman tema air. Gambar kat bawah ni, saya rasa selamat untuk kanak-kanak ketinggian 60 cm  ke atas dengan pengawasan ibubapa. 



Ada play area kat belah kiri tu, tak sempat nak main pasal Dyzhwar
 tak berminat









Yang ni pulak area tak berapa menarik tapi dalam, lebih kurang 5 kaki rasanya. orang dewasa boleh berenang disini




Ada banyak lagi kawasan yang saya tak sempat nak snap. Mungkin boleh cuba cari kat google, memang dah ramai review Gold Coast Morib ni.

Kalau tengok daripada gambar, memang banyak kerusi dan bangku disediakan untuk letak barang. Tapi kalau rasa-rasa ada barang berharga, tinggalkan dalam locker siap-siap. Akses keluar masuk adalah bebas. Boleh keluar masuk berapa kali sekalipun, asal pakai akses tag.

Sebagai ibu yang paranoid, saya cuma benarkan Dyzhwar main dalam kolam kanak-kanak, yang setinggi lutut beliau sahaja. 





Bukan itu sahaja, walaupun air lebih kurang 20 cm sahaja, seorang ibu yang paranoid takkan lengkap paranoidnya jika tidak memakaikan pelampung lengkap pada anaknya.



Tapi akhirnya ibu paranoid mengalah apabila anaknya nangis-nangis taknak pakai pelampung tu sampai sanggup benam muka dalam kolam




Maka terpaksa la lepaskan anak *cepatnya beliau membesar sob sob

Namun pelampung tetap dibekalkan.. i don't care. No pelampung, no kolam.





Tapi ye la, kalau dah anak jantan, mana la best sekadar main tepi gigi air. Maka, dia pun cuba aktiviti-aktiviti lain seperti gelongsor ni. Ada la alasan taknak pakai pelampung.



Tengok muka Dyzhwar. selebar-lebar senyum! Tak tau berapa kali la diorang berdua ni naik turun gelongsor tu. Kanak-kanak, even sebesar Dyzhwar sekalipun, dibenarkan untuk naik gelongsor ni, tapi dengan syarat kena atas pengawasan penjaga, walaupun memang ada life guard jaga kat atas.

Kemudian, dia nak pulak cuba kolam yang tinggi 5 kaki tu.. Masuk la dia dengan babahnya



Apa? tiada pelampung??

TING..!!kasi pelampung!



Dyzhwar tak berminat sangat dengan kolam kanak-kanak, mungkin pasal airnya cetek, tapi D cuba juga la bagi dia merasa sikit.



Kami (D dan Dyzhwar sahaja sebenarnya. Saya cuma tukang amik gambar) main kat taman tema ni lebih kurang 2 jam rasanya. Dalam 2:30 saya check semula dengan staff untuk dapatkan kunci bilik. Lagipun tangan Dyzhwar dah kecut sampai macam ni sekali.




Dalam pakej, cuma disediakan buffet breakfast sahaja. Jadi untuk jimatkan masa, saya bawa bekal untuk makan tengah hari. Sanggup ok masak semata-mata nak jimat masa, tenaga dan duit.

Review tentang bilik pula.  Kat luar bilik dah disediakan rak kasut, tapi kami tetap bawa masuk kasut ke dalam hotel. Memandangkan ada banyak blog review berkenaan bau busuk dipersekitaran hotel, untuk saya, rasanya dekat dengan lif baru ada bau tu. Macam ada kilang baja disitu, tapi tak dapat dipastikan. Tapi bau tu tak masuk pun dalam bilik saya, so saya OK. 


Ni ruang masuk bilik tu. Kanak-kanak berlari tidak disertakan dalam pakej.




Ni katil kami, mengikut pakej yang diberi dalam voucher -- Studio Suite. Saya suka katil ni pasal katilnya tak melekat pada kepala katil. Mula-mula saya tak terfikir pun, kenapa la tingkat atas bising dengar orang seret-seret perabot. Tapi rasanya, mereka seperti kami juga, satukan dua katil ni menjadi satu. Bantal ada 3, 2 dikatil dan 1 bantal extra dalam almari.





Ni kawasan TV dan meja solek kot pasal ada hari dryer diberi. Kami humban sahaja barang setempat. TV takde ASTRO tapi ada siaran Vision Four. Jadi OK la, tak bosan sangat. Saya baca review, ada gak bilik yang ada siaran ASTRO. Tapi saya suka takde ASTRO. Pasal takde la channel sukan untuk D hehe.



Ada ruang balkoni, tapi saya tak amik gambar pasal pemandangan daripada bilik kami tak cantik pun. Bilik kami mengadap hutan dan tempat letak kereta. Jadi takde apa nak dikongsi, selain di balkoni ada kerusi dan meja, boleh buat-buat minum petang. 

Ni ruang small bar rasanya. Saya suka kettle elektrik ni pasal saya dah beberapa kali pergi ke hotel yang pakai kettle elekrik yang plastik tu, dalam tu mesti berkarat. Yang ni OK, takde karat dan air memang panas lama. Senang nak buat susu Dyzhwar. Kat bawah ruang bar ni, gambar tak diambil, tapi ada peti ais kecil. Berfungsi dengan baik, siap boleh buat ais lagi.




Oh ya, safety box pun ada tapi kami tak guna pasal tak tau nombor akses sebelum ni apa. Patutnya orang terakhir yang guna, kena biarkan pintu safety box tu terbuka so boleh la kita masukkan barang dan lock pakai nombor baru. Tapi tak pe la, tak penting sangat pun.

Secara keseluruhan, ruang bilik ni luas. Kalau nak bawa toto atau air bed pun muat lagi.

Ni tandasnya. Simple dan lengkap dengan keperluan asas. Towel cuma ada 2+1; 2 towel badan, dan 1 towel muka --yang saya jadikan towel lap kaki keluar daripada bilik air hehe. Barang-barang toiletries yang lain seperti sikat, set jarum dan benang, berus gigi dan yang biasa-biasa tu memang diberikan. Cuma bilik air ni ada bau sikit, sedikit bau yang tak dapat dikesan/ dikenalpasti; tapi tak mengganggu kami sepanjang percutian ke sana, jadi saya OK je.



Ni jakuzzi yang ditunggu-tunggu. Binaan yang selesa, boleh berendam sambil tengok TV kalau bidai tu ditarik ke tepi. Sabun untuk Jakuzzi ni juga diberi. Pasal tak pernah guna jakuzzi, maka trial and error gak la cara nak takungkan air dalam jakuzzi ni. Segala butang saya tekan.



Malangnya, bilik saya ada masalah bekalan air panas. Kurang pasti memang tak penah ada sumber air panas ke (pasal ada baca blog lain yang memang air panas takde) atau masalah hanya untuk bilik saya.  Jakuzzi sedap kalau rendam dalam air panas. Malangnya ada masalah dengan bekalan air panas untuk bilik saya. Keseluruhan bilik, bukan jakuzzi sahaja. Malah di sinki dan shower. 

Saya sempat juga tinggalkan report berkenaan hal tu masa checkout. Cuma sepanjang kat sana, saya tak maklumkan pada pihak pengurusan pasal air panas bukanlah keutamaan kami masa tu dan lagipun dah penat sangat. Malas nak turun naik daripada bilik pasal masa saya daftar masuk, hotel ada masalah dengan line telefon mereka. Jadi Wi-Fi pun takle guna kat lobi. Tapi macam pelik, telefon pun memang takde kat bilik saya. Tak tau la kalau itu antara faktornya.


Lagi satu, hotel memang tak sediakan sejadah. Nasib baik saya ada bawakan sejadah. Mencari-cari gak arah kiblat, pun takde kat siling bilik. Nasib bilik hotel kami menghadap matahari terbenam, jadi dapat agak arah kiblat dalam masa darurat ni. Mengadap matahari  terbenam ni juga adalah baik untuk jemur baju.!

Takde air panas pun tak halang Dyzhwar daripada merasmikan jakuzzi tu. Ha, bola-bola warna warni tak termasuk dalam pakej. Ni bawa sendiri daripada rumah. Sabun pun saya tak pakai sabun yang diberi hotel pasal takut pedih kat mata Dyzhwar. Jadi saya pakai sabun mandian Dyzhwar.


Ada anak kecil ni, apa-apa hal kena kasi dia tidur petang dulu, baru boleh teruskan aktiviti lain.

Petang dalam pukul 6 macam tu, bawa Dyzhwar ke pantai Morib. tak jauh pun, boleh jalan kaki daripada hotel sahaja. 





Mengikut pada keadaan pasir, rasanya sepatutnya ada ketam kecil. Tapi sepanjang kat sana, tak berjaya tangkap/nampak seekor pun. Mesti Dyzhwar teruja kalau dapat tengok ketam kecil ni.



 Air baru nak pasang semula masa ni. Banyak aktiviti lain berlangsung kat pantai ni, macam kereta-yg-jalan-atas-pasir a.k.a aku tak tau apa benda nya tu dipanggil; dan aktiviti bermain layang-layang. Walaupun takde orang main layang-layang petang tu, tapi berdasarkan jumlah layang-layang yang tersangkut pada pokok-pokok, kami yakin memang ramai orang pernah main layang-layang disini. Kalau sapa-sapa nak beri anak-anak pengalaman main layang-layang kat sini, pun OK pasal pasirnya tak sesuai nak bina rumah pasir. lautnya pun tak sesuai untuk mandi.

Malam tu sepatutnya kami pergi makan makanan laut diluar. Tapi Dyzhwar menyusu lepas Maghrib, dia tertidur, dengan saya-saya tertidur, maka memang takde la trip makan makanan laut .. huaa!!! sedar-sedar dah pukul 11 malam, tak sampai hati nak kejutkan Dyzhwar. So makan aje la roti. Nasib ada bawa roti!

Maka tak dapat nak review pemandangan dan kehidupan di Morib pada waktu malam.

Pagi tu, sarapan disediakan. Ruang makan sangat luas dan selesa, walaupun kerusi dan meja diletakkan dekat-dekat. Kerusi untuk kanak-kanak pun sangat banyak, tak payah berebut.

gambar gegar pasal masa ni dah tersilap setting kamera
Menu sarapan pagi , saya rasa lebih kurang sama macam mana-mana hotel di Malaysia. Ada banyak pilihan, baik daripada pastry, buah, air, english style, chinese style, sup bagai, sampai la ke nasi dagang. Cuma kebanyakkan tak disediakan secara terus. Macam scramble egg, biasanya disediakan atas permintaan tetamu. Tapi kat sini, scramble egg dah diletak dalam mangkuk  siap-siap, jadi amik ikut kuantiti yang dikehehendaki. Sama juga dengan telur mata kerbau.  Macam pau dalam gambar dibawah, walaupun dihidang dalam stimmer, tapi ntah kenapa, bila sampai ke tempat duduk dah sejuk dan tak panas. 

Daripada segi rasa, makanannya ada yang saya suka, ada yang mungkin tak kena pada selera saya tapi sesuai dengan selera orang lain, tapi tak de la teruk sangat. Ikut orang punya expectation kot. Saya asalkan makanan tak menyebabkan sakit perut, saya OK aje.  Saya sukakan seleksi pastri mereka. Sedap dan portion tak terlalu besar, jadi takde la membazir. Nasi dagang pun sedap. Ruang makan dan stesen makanan dipisahkan, jadi patut la meja makan paling dekat dengan stesen makanan semua dah padat heheh.

Staf di cafe sangat-sangat OK, terutama staf yang sambut tetamu di depan pintu. Staf cafe pun cepat kemaskan meja. Takde complain tentang itu pasal saya pentingkan kecepatan mengemas meja memandangkan saya memang suka penuhkan meja dengan pinggan, jadi kalau pinggan tak diambil, nampak sangat aku lahap kan..

Kat pintu cafe ni, ada pengukur ketinggian, jadi boleh tahu anak lebih 90 cm atau tak. Kalau lebih 90 cm kena bayar, tapi cam Dyzhwar masuk percuma.



Tapi saya tak dapat cuba semua pun pasal Dyzhwar dah cemas tengok team park yang dapat dilihat daripada cermin cafe ni. Maka akhirnya, Dyzhwar menjadi satu-satunya tetamu yang duduk dalam cafe ni tanpa pakai baju pasal dia tak sabar nak mandi. 

Maka berendam la beliau lagi sekali sampai tanned kulitnya.







Tepek satu video Dyzhwar



Kami naik semula ke bilik untuk mengemas dalam pukul 10 lebih. Dyzhwar tidur, saya mengemas. Elok dia bangun tidur, kami terus gerak untuk checkout.

Secara keseluruhan, saya OK aje kos RM190 dengan penginapan saya 2 hari 1 malam di sana. Saya tak harapkan dasyat-dasyat, setaraf hotel 5 bintang atau 4 bintang ke. Cukup tempat selesa, keperluan asas bilik ada, pintu bilik selamat dah cukup untuk saya. Lagipun kami banyak spend masa kat luar bilik. bila balik bilik, cuma untuk tidur. Kalau pun ada perkhidmatan karoeke, takde sempat kami nak pergi kot. Baik gomol Dyzhwar lagi best hehe. Yang lain-lain macam makanan, perkhidmatan pelanggan, tu saya boleh toleransi lagi. 

Lagipun, asal Dyzhwar suka, saya pun suka. Boleh lagi pergi lain kali nanti InsyaAllah. kan kempunan nak tengok malam kat Morib, maka ada la alasan nak pergi lagi ehe



7 ulasan:

.Lydia. berkata...

Review yg lengkap.
Thanks kak Xora,

Fizah berkata...

sampai kecut mecut tangan..hihi

Puan T berkata...

aku tgh lobi laki aku nk dtg sini.

Jueliza Jamani berkata...

salam kenal...saya follow blog awak... wah dah pergi.. kami bulan 9 ni baru nak pi.. best tak?? tu pun saya beli kat groupon.. :)

Unknown berkata...

Nampak menarik...CK nak g sana hari ni. Sempat lg review sblm pegi...

biulj2 aZ berkata...

tq review yg menarik bole buat guide gak la ckit sebanyak..insyallah nak lepak ctu jugak ujung bulan ni..terbaik

biulj2 aZ berkata...

menarik bole gak bwat guide ujung bulan ni rasa nak lepak ctu..trima kasih..