Salam dan hai
Saya betul-betul tak sempat nak kemas kini blog. Tak sempat satu hal, tak de cerita sangat pun satu hal yang lain. Dah hampir sebulan gak takde beli apa-apa untuk rumah.
Langsir ruang tamu pun belum sempat nak disangkut.
Cuma nak berkongsi kisah tentang surau Seksyen 15 kami.
Gambar-gambar ni semua diambil daripada Facebook warga Seksyen 15
Kat kawasan perumahan kami, ada padang. Kat situ la taman permainan Dyzhwar, tempat main bola sepak dan sepak takraw. Disitu juga la tanah dikhaskan untuk pembinaan dewan dan surau kami.
Ni gambar masa mula-mula tapak surau di cop
Meriah ok.. Bukan sekadar riben sahaja, ada belon lagi
.. dan saya pun tak tau pelancarannya sangat meriah kerana kami selalu tak sempat sertai aktiviti setaman ni.
Ni tapak suraunya selepas pembinaan bermula. Gambar diambil daripada akaun Facebook warga Seksyen 15
Teruja juga nak tengok pembinaan surau ni. Setiap kali bawa Dyzhwar gi main, mata memerhatikan juga status pembinaan tu. Bagus sangat komuniti di sini, betul-betul bermasyarakat. Saya dan D aje yang setiap hujung minggu ada aje aktiviti kat Serdang. Rasanya kena bermasyarakat sikit kami berdua ni.
Oh ya pada mana-mana pihak yang berminat untuk melabur saham wakaf, boleh hubungi encik dibawah ni melalui Facebook beliau. Facebook ni pun saya perolehi daripada sharing kawan BFF D yang ada Facebook kerana D takde Facebook
Semoga sumbangan yang dihulurkan mendapat keredhaan Allah.
Saya akhiri post kali ni dengan video Dyzhwar, sebagai seorang umi yang tipikal, harus la letak video atau gambar anak sebagai penutup post
3 ulasan:
alhamdulillah. mana tau sempat nak terawikh kat surau baru tahun nie :)
salam kenal dari akak... suka baca blog adik ni... :)
ok baru perasan.
sek 15 bbb, itu tempat sy n geng rumah duduk masa study degree...mengimbau kenangan..:')
rumah weols yg rumah kedai depan padang tu..bgnn depan nasi beriani gam..
Catat Ulasan