Lori Surat Khabar Lama

05 Februari 2013

Idea Tidak Mendapat Kelulusan D

Salam dan hai

Ingat tak post yang saya kata nak beli rak ni
EXPEDIT Shelving unit IKEA Can be placed vertically or horizontally; suitable for use both as a shelving unit and as a sideboard.
Sumber
Dan di'hack' untuk dijadikan ini








Ok. ucapkan selamat tinggal pada impian tu pasal D tak setuju. Naknya masa gi Ikea tu pula, rak ni dah habis stok. Lagi la bagai petanda. 

D bukan seorang yang visualize. Jadi dia tak dapat nak bayangkan apa yang saya nak buat. Dah suruh dia tengok blog ni, tapi tak sempat-sempat lagi. Maka, saya simpan dulu la wish list saya.

Tapi pasal dah pergi jauh ke Ikea, tak dapat nak makan kat cafe nya pasal ramai sangat orang dan kami sendiri pun hampir-hampir nak balik pasal tak dapat parking, tetap juga la beli barang Ikea sikit.

Ada la barang-barang kecil yang dibeli. Tapi barang paling besar, yang ini

SORTERA Waste sorting bin with lid IKEA Folding lid for easy access of the contents in a stack of boxes.
Sumber

Produk ni ada 2 kandungan liter berbeza; 37l dan 60l. Yang ni, D yang pilih. Takde dalam senarai wish list saya. Tapi saya setuju aje pasal sekurang-kurangnya, barang-barang kitar semula tu takde la bersepah dalam kotak kuning tu. Lagipun bekas bertutup dan tak nampak dalam camni, sesuai untuk dicampak segala apa di dalamnya. 

Mula-mula memang terfikir nak beli dalam 3-4 buah, konon nak asingkan ikut kategori. Tapi bila difikirkan isu ruang bilik dan barang-barang kitar semula kami ni biasanya tak banyak mana, jadi nanti rugi ruang dan rugi wang aje. Jadi kami beli saiz paling besar, 60l dan plastik beg kami letak dalam tu secara berasingan mengikut kategori barang kitar semula. 

Buat masa sekarang, bekas tu diletakkan kat bilik bawah. Tapi kalau masuk dalam stor pun, muat lagi. Atau pun letak kat ruang dobi pun OK. Bekas tu menjadikan barang-barang recycle kami nampak kemas di simpan, jadi nak letak mana pun ok.

Pemilihan barang yang bagus oleh D, walaupun dia tak suka pergi Ikea.

7 ulasan:

famzmhj berkata...

dalam tak suka nak pegi Ikea tapi pegi jugak, itu namanya sayang bini.

hahhaha... ^^

saya pun ada niat nak beli rak expedit tu untuk bilik yang dengan tak sengaja ditukar jadi stor (nages) tapi logistik tak membenarkan.

so tak sabar nak tengok kalau Xora ada buat, terubat sikit hati kot nanti. huang.

Aty Fared berkata...

Xora pergi biler..?? Ari ahad baru ni aku pon gi sane nk beli rak tu gak untuk blk qaleef dan nak beli roller blind..2-2 pon habes..!! Roleer blind tak de saiz..Geram betul....mngkn sbb bk raye cine ni kan...

Xora berkata...

Atun, masuk dalma wishlist aje la mampunyee T.T

Aty: saya gi masa cuti maulidurrasul tu. wahh lama la diorang tak restock kan? masa check kat laman web ikea, kata ada stock. bila gi, dh hbis haaa

Ema Minami berkata...

haa....rak tu memang cepat abiss kan...sy pon nak beli hr tu...pastu habis..then beli rak besi kaler hitam...frust giler...rak cecantik memang cpt abis..grr....eh..salam kenal..heeee

Mak Esah berkata...

sama macam husband saya... dulu 1st time, jenuh ajak pergi Ikea.. susah sgt... tapi yg pelik bila sampai sana dia pulak teruja nak beli itu ini... then bila ajak pegi lagi, mmg liat... hehehe...

Xora berkata...

rasanya, suami kita ni malas nak gi pasal jenuh kena tawaf satu ikea baru dapat jumpa cashier :P

Mama Salmi berkata...

Salam singggah dari saya..cari maklumat pasal susun atur dalam kabinet jumpa blog u..sangat kagum!!