Lori Surat Khabar Lama

27 Julai 2012

Ramadhan Pertama dengan Dyzhwar

Salam dan hai

Sudah seminggu kita menjalani ibadat puasa. Memang sekejap sangat rasanya. Kalau masa kecil-kecil dulu, rasa bulan Ramadhan ni macam laaaaamaaaaaaa sangat nak habis. Tapi bila dah besar, pejam mata celik mata, eh dah sampai ke penghujung pulak. 

Ramadhan tahun ni memang amat berbeza berbanding tahun lepas. Dulu, Dyzhwar dalam perut, semuanya senang diatur. Masak makanan berbuka memang setiap hari berbeza, maklumlah baru duduk berdua jadi memang semuanya nak dicuba. Tapi Ramadhan kali ni, agak terhad nak cuba resepi memikirkan kekangan waktu, apatah lagi nak amik Dyzhwar dan bawa balik ke Bangi. Memang masa makan kat jalan raya aje.. Namun, tak boleh jadikan tu alasan. Hujung minggu tetap kena cuba menu baru :)




Kawan baik baru Dyzhwar



Tahun lepas saya kempunan nak buat biskut pasal bersalin masa Ramadhan. Masa berpantang, ibu memang tak kasi langsung saya buat apa-apa kerja rumah, termasuk kerja nak letak hiasan atas biskut pun ibu tak kasi. 

Maka tahun ni, harus la buat biskut dengan jayanya. Balas dendam raya tahun lepas. Ikut dalam senarai rancangan, harap kesihatan dan masa mengizinkan; saya nak buat 8-10 jenis biskut. Kenapa sebanyak itu? Kerana jumlah itu adalah jumlah minimum untuk biskut di rumah ibu ayah saya. Ayah suka kira balang biskut, selagi tak cukup 10 ke atas, dia akan cemas dan akan pergi beli apa-apa sahaja biskut raya kat luar, asal cukup 10 jenis. Tak kisah biskut apa sekalipun, tapi kena ada 10 jenis. Setiap tahun ibu ayah mesti ada percanggahan pendapat, pasal biskut raya. Bab balik kampung tak pernah pulak gaduh. 


Tapi saya tak rasa ibu sempat buat tahun ni memandangkan dia sibuk jaga cucu, jadi saya cuba curi-curi masa nak buat biskut waktu malam pasal waktu tu sahaja Dyzhwar confirm tidur dan takkan kacau saya. 

Buat masa ni, dah berjaya buat coklat chip. Saya dapat idea gunakan scope air krim daripada gambar pinterest *ye Reen, terima kasih kerana memperkenalkan aku pada dunia baru hehe* . Serius, memang tersangat-sangat cepat dapat disiapkan. Walaupun harga scope ni bagi saya macam agak mahal dalam RM29 tak silap, tapi pasal fikirkan jangka masa panjang dan kepelbagaian fungsinya, jadi pejam kan sahaja mata.






Saya berjaya juga buat shell untuk cheese tart. Kena buat banyak pasal dah niat nak jadikan hamper kepada abang-abang saya dan keluarga mertua. Saya siapkan shell saja dulu, tumpang simpan dalam deep freezer ibu, rancangnya, 2 minggu sebelum raya, baru letak cream cheese. 


Ada lebih kurang 400+ pastry shell, dah macam nak niaga..!

Memang mencabar gak nak buat biskut raya dalam keadaan ada anak kecil (baru sorang aje kot). Bukan tak suka kuih 'tunjuk', tapi saya sukakan suasana membuat kuih raya; mengayak tepung, menguli doh, hiaskan biskut.  Lepas siap, tengok cantik, rasa sedap, terasa macam aaahh 'berbaloi aku buat'. Macam terapi untuk saya. Cuma berbeza macam masa bujang dulu, bila dah bekeluarga ni, memang kena atur masa dengan sebaiknya. Biasanya saya akan uli doh malam hari dan rehatkan dalam peti ais. Saya akan mula buat biskut keesokan harinya pada waktu malam juga. Siang nak luang masa dengan Dyzhwar, dia pun dah pandai nak main kat taman permainan kat rumah kami, walaupun takde siapa nak kawan dengan dia pasal dia terlalu kecil dan orang tak faham dia cakap apa. 


Ini Ramadhan pertama kami sebagai tuan rumah. Tahun lepas tak kira pasal saya berpantang. Jadi semua persiapan memang trial and error. Mungkin ada banyak pengalaman dan pengajaran yang saya akan perolehi tahun ni InsyaAllah.


Macammana persiapan korang semua?








12 ulasan:

Unknown berkata...

yes,baking is therapy.kita sama di situ:)

QueenBz berkata...

Ya Allah, kau rajin. Ides scoop eskem best!
Macam nak tempah aje kat kau.
Aku takde talent sgt buat kuih. plus, aku takde oven, mahupun microwave! sekian!

:: Sarah Zainuddin :: berkata...

senang jugak kan guna scoop tu. :)

Reen Tart Nenas berkata...

nape nama aku kecik je? hahaha
aku confirm buat biskut mazola! azreem kata die penah buat.
so at least ada org bleh pantau la aku nyer biskut tu jadik ke tak. hahaha

Bushra Tajuddin berkata...

Masa 1st year kawen dulu je ade wat kuih raya.
Pastu dah xde dah sbb org dtg x makan kuih raya pun.
Maybe sbb byk makanan lain kott.. Tu yang kuih raya x laku.
Lastnye sume kuih raya tu xde sape nak makan & buang je.
Sedihhh.. Jadi disebabkan itu, dah xnak buat kuih raya or beli kuih raya. Since that, no more kuih raya kat umah I. Yang ade cuma kerepek2 & kacang2 jek. Sadis kann..?? Huhu..

Xora berkata...

kalau dulu, buat DIY utk majlis kahwin :P

Xora berkata...

ehem2 ehem hadiah hari raya: minta microwave oven. hamek!

Xora berkata...

senang, kemas, dan standard saiz biskut :)

Xora berkata...

.. maka dgn itu, aku mahukan kueh mazola sikit!!

Xora berkata...

benda ni selalu terjadi kat rumah parents saya! tapi last2, habis juga bila bawa ke opis. serius, stok kueh, dah sebulan lepas raya, bawa ke opis, letak kat pantry, nnt ada la piranha yg makan..!

fiza berkata...

tuh teddy bear yg dzul bagi ko ker? hahahahah

Bushra Tajuddin berkata...

You motivated me! Heheheee..
Nampaknya mcm nak buat jugak satu kuih raya tahun ni.
At least satu.. kan? kan??

TQ Xora!! :)