Lori Surat Khabar Lama

11 Julai 2012

Kisah Dyzhwar, Carseat dan 25 minit yang Panjang

Salam dan hai


Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).


Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar. 

Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.

Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.


Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat



Walaupun perjalanan tak sampai 15km dan hanya mengambil masa 20-25 minit, tapi apa-apa sahaja boleh berlaku. Perjalanan pergi ke rumah Opah biasanya lebih tenang dan terkawal kerana bos masih mamai-mamai baru bangun tidur dan belum sempat masuk gear buat perangai. Cuma perjalanan balik ke Bangi sahaja yang mencabar kerana dia berjaga dan panjang akal nak buat perangai.

Saya memulakan latihan menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya seminggu sebelum saya mula bekerja. Dyzhwar tidak takut pun, dia belum dapat memahami apa yang berlaku disekelilingya. Tapi umminya yang takut sangat-sangat. 

Kali pertama berlatih dengan umi. Markah 100% 

Hari kedua latihan, kena letak macam ni pasal dia panik tak nampak saya,
kena letak kerusi mengadap saya. Markah 80%
Gambar diatas diambil ketika Dyzhwar berumur 2 bulan. 


Ketika dia 3 bulan, perangainya masih baik. Tidur sentiasa dalam bedung.







Tapi semuanya berubah bila dia masuk 4 bulan. Dah tak mahu duduk diam. 


Sibuk pasal baru tahu dia ada kaki


Sebab mengamuk pertama: Nak duduk atas riba saya


Dyzhwar sudah mula panik kalau tak dapat duduk atas riba saya. Dia akan menangis selagi saya tak ambil dia dan peluk dia. Tapi memandangkan saya memandu dan saya tak mahu membahayakan keselamatan Dyzhwar dengan meriba dia, jadi kena la pekakkan telinga.

Tapi dia pandai, elok sampai kat kawasan perumahan kami, terus berhenti menangis. Babahnya tak percaya anak bujangnya buat perangai pasal Dyzhwar berperangai baik depan babahnya. 

Pasal tu saya rekodkan anak bujangnya menangis sampai nak terkeluar anak tekak sebagai bukti (jangan contohi perbuatan ini, merakam ketika memandu)


siap boleh 'pause' nangis, kemudian sambung semula










Jalan penyelesaiannya: Biarkan sahaja dia menangis

Memang mak saya marah bila dapat tahu saya biarkan Dyzhwar menangis sampai hilang suara. Tapi saya terpaksa buat macam tu untuk disipilin kan Dyzhwar. Saya nak dia tahu yang kalau Ummi memandu dan ketika kereta bergerak, jangan mimpi ummi akan pegang dia. Kalau teruk sangat, ummi akan berhenti di petrol pam dan pujuk dia. Kalau umi amik lebuhraya, memang ummi takkan berhenti pasal berhenti ditepi di lebuhraya amat mebahaya.

Memang perlukan hati yang kental nak biarkan anak menangis. Susah sebenarnya, tahu aje la mak-mak, dengar anak menangis terus terkocoh nak pujuk. Kali pertama, memang saya menangis sekali dengan dia. Kali kedua, masih menangis dengan dia.. Tapi dah kali yang ke berapa belas, saya dah lali dengan tangisan dia. Paling tidak pun, saya cuma baca surah-surah untuk tenangkan hati saya agar dapat memandu dengan baik. Lama-lama, Dyzhwar sendiri sudah tidak menangis kerana dia tahu saya tidak akan pujuk dia. 


Sebab mengamuk kedua : Dyzhwar nak main stereng kereta


Salahkan babah dia yang memperkenalkan stereng kereta pada Dyzhwar.



Dia amat suka nak pegang stereng kereta. Jadi masa saya memandu, dia nak duduk atas riba saya sambil pegang stereng. Pada mulanya saya ingatkan Dyzhwar menangis nak menyusu, tapi bila saya berhenti tepi dan menyusukan dia, tangan sebelah dia pegang stereng dan dia tersengih-sengih pandang saya. 

Pandai drama ok. 


Jalan penyelesaian: Berikan mainan untuk lekakan dia.


Kadang-kadang cara ni berjaya, tapi ada harinya, tak berjaya.



Ni muka protes sebelum dia campak mainan

Saya sampai sanggup pinjam stereng kereta mainan abang saya untuk tipu dia. Tapi dia tak hingin pun..!



Ni pun sebelum dia campakkan mainan
Sampai saya kena letakkan barang mainan dalam kereta ni, barang mainan yang istimewa. Kiranya, hanya boleh dipegang ketika dalam kereta. Rare item la kiranya. Hehe.

Tapi ada kalanya, Dyzhwar menolak barang permainan. Jadi cara terbaru untuk lekakan dia, saya  menyanyi lagu "Burung Kakak Tua" tapi Dyzhwar suka saya buat aksi, baru dia akan tepuk. Kadang-kadang, terfikir juga apa reaksi pemandu-pemandu lain tengok saya buat macam-macam aksi, tapi anak punya pasal, kena tebalkan muka. 

Selalu juga saya berborak dengan Dyzhwar kalau mood berborak dia ada. Kadang-kadang ajar dia perkataan baru, walaupun semua benda dia akan ajukkan sebagai "aa-dhaa". 




Sebab mengamuk ketiga: Tak mahu duduk baring dalam car seat

Dyzhwar selalu ingat dia dah besar, dia tak mahu terbaring macam baby. Kalau pakaikan seat belt, lagi dia mengamuk


Protes bermula

Muka happy tak pakai seat belt


Nampak tak perbezaan ketika menggunakan dan tidak menggunakan seat belt??


Tapi saya tetap gunakan seat belt dan sesungguhnya, baru la saya tahu, belt kat baby carrier tu boleh adjust. Ni la akibatnya tak baca buku manual barang. Terus teruja nak pakai, tak belajar pun cara nak adjust tali kat car seat. Jangan ikut contoh ni ya, amat mebahayakan anak. Alhamdulillah, sepanjang kekhilafan saya tentang seat belt kanak-kanak ni, takde perkara yang tidak diingini berlaku. Kalau tak, nauzubillah, tercampak kot anak daripada tempat duduk walaupun dah letakkan di car seat.

Ingat ya, car seat paling mahal atau terbaik sekalipun, takde kesannya kalau kita tidak menggunakannya dengan betul. Perkara paling penting adalah memastikan pemasangannya betul dan anak diletakkan dengan betul mengikut arahan produk. Kebanyakkan gambar-gambar yang saya letak kat atas tadi, semuanya kedudukan car seat yang salah. Sungguh mebahaya kalau terjadi apa-apa. 

Jalan penyelesaian: Mengetahui cara pakai belt kat car seat anak dengan betul


Tengok, baru la ada senyuman kat muka Dyzhwar. Agaknya dia pun tak selesa tali pinggang di perutnya, rasa senak kot.





Walaupun saya dah memandu solo bersama Dyzhwar hampir 9 bulan, tapi ada sahaja cabaran baru yang saya kena hadapi. Memang proses pembelajaran yang takde hentinya. Macam semalam, dia mengamuk pasal matahari terbenam kena muka dia, menangis sampai muntah. Tak dapat nak berhenti pasal kat lebuh raya. Memang kena cekal memandu solo ni. Orang nampak macam mudah, tapi kalau tak kena cara, boleh stress juga.

Pasal tu dalam kereta saya ada kotak ajaib ini~~ TING! dalam ni ada barang-barang permainan, pampers dan baju spare (incase Dyzhwar muntah tengah jalan), tuala dan baby whipes. Memang diletakkan di tempat duduk belakang untuk persediaan menyelesaikan masalah yang Dyzhwar timbulkan. 




Tapi saya tetap bersyukur, Dyzhwar makin berdisiplin duduk dalam baby carrier. Ada betulnya nasihat yang saya terima ketika mengandung dulu, disiplinkan anak duduk dalam baby carrier seawal yang boleh. Ada kalanya, saya sengaja tak pakaikan Dyzhwar seat belt (masa kereta tak berjalan lah) dan dia akan kekal duduk diam di car seatnya tanpa memanjat atau bangun. 







Tapi malangnya, dia cuma disiplin apabila dalam kereta saya dan kalau saya yang memandu. Tapi kalau keluar dengan kereta babahnya, dia tak mahu duduk dalam car seat tu. Meronta-ronta nak duduk atas riba saya, nak tengok pemandangan luar.

Macam mana nak buat, babahnya tak tahan Dyzhwar menangis. Setiap kali Dyzhwar nangis, babah suruh pegang. Kalau dengan ummi, sampai muntah la ummi biarkan menangis kan.. ??

6 ulasan:

:: Sarah Zainuddin :: berkata...

Comelnye Dyzhwar :)
Cekal betul Xora, kalau saye agaknye dah tak tentu arah nak bwk kereta.hehe...

QueenBz berkata...

Xora, aku rasa situasi kau sama je dgn aku weh.
Aku pun si Isya tu tak reti dok diam. Asyik nak bangun dari car seat, nak panjat carseat, tarik tali carseat sampai berbirat muka!
Pasal duduk kat riba, nak main stereng tu pun same. Aku kadang (selalu) breastfeed time drive sebab dia dah melalak. Aku tak sampai hati lah.
Sekarang ni lagilah, mainan dia tak jalan dah. semua dia campak ke bawah. sibuk nak main gear kereta lah, aircond la, volume radio lah.
Ya-Allah, sabar jelah. Nasib baik sekarang aku dah pindah dekat sket dgn babysitter. Kalau tak dulu 25-30minit macam berjam² lamanya!

Lemon berkata...

Dyzhwar. posts about him always bring smile to my face :)

.Lydia. berkata...

mmg mencabar bila nk mendisiplinkan ank ni.1001 masaelah dtg.kita ibu2 ni kena lah byk bersabar dan kental hati.dlu saya pon nangis bila anak nangis sbb dah xtau nak atasi cara terbaik utk anak diam.terpakselah tebal muka nyanyi,buat memek muka dsb utk anak diam.lantak pada org lain janji anak kita diam. good boy Dyzwar..!!~

Bushra Tajuddin berkata...

Macam2 ragam Dyzhwar ek? Naseb baik la ummi dia cekal hati. Hehe!

Reen Tart Nenas berkata...

Dyzhwar, ko mmg pelakon hebat. sungguh, muka ko lain kot masa baby ngan skang. sungguh horror ko Dyzhwar.

*patut la umi kurus. hahaha