Lori Surat Khabar Lama

27 Februari 2012

Kembali..

Salam dan hai

Kali terakhir blog ni dikemaskini, pada bulan Jun 2011.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja saya ambil keputusan untuk menjadikan blog ni private.

Mungkin hormon mengandung masa itu kot.

Tapi tak mengapa, kini blog ini sudah diaktifkan semula dan dibuka untuk tatapan umum.

Hampir 8 bulan lebih blog ini menyepi, tapi perkembangan persiapan rumah masih berkembang seperti biasa. Mungkin tidak seligat masa mula-mula masuk rumah, tetapi boleh dikata setiap bulan ada sahaja perkembangan positif; sama ada pembelian barang/alat/baik pulih/ projek organize/hiasan semula/benda-merepek-apa-ntah-tapi-simpan-dulu-mungkin-akan-berguna kemudian- -pasti berlaku.

Sebelum menulis lebih terperinci, nak kongsi secara ringkas dulu apa perkembangan deko rumah sehingga sekarang

Gambar kabinet dapur suatu ketika dahulu (
post)

Bertukar kepada begini


.. dan kininya begini *sila fokus hanya kepada bahagian atas kabinet hehe. bahagian kabinet bawah sekali tu, harus dilakukan sesuatu!


Kalau dulu, bahagian rempah di dalam peti ais rupanya begini


Kini sudah ada midget Tupperware yang bewarna warni *serius, amat menjimatkan ruang. Untuk tinggal berdua, midget ini lebih sesuai untuk menyimpan segala herba untuk masak yang dimakan oleh dua orang sahaja.



Kalau dulu, makan di lantai, beralaskan suratkhabar dan tikar *tapi gambar makan atas tikar takde, jadi ini pun boleh la


Kini sudah ada meja, boleh muatkan 8 orang sekaligus *gambar takde pasal tak terfikir nak ambil gambar walaupun sudah hampir 4 bulan meja makan dibeli.

Lebih teruja nak kongsi persiapan rumah. Memang mula-mula, rasa macam sudah bosan untuk mengemaskini blog ni, tapi tadi bila saya buka semula post-post lama, dan bila tengok gambar-gambar yang saya sendiri lupa saya pernah ambil, rasa macam --hei kena teruskan blog ni!

Harap saya rajin menulis semula

2 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

erk aku nyer rempah aku tak letak dlm peti pun. kena letak dlm peti ke hoiii?

*ko membuatkan aku rasa nak beli midget!

Xora berkata...

Mak aku letak, so aku pun ikut letak. tapi rasanya, herba2 ni cuma simpan di tempat yg kering aje. aku letak peti pasal kat luar takde ruang kosong. beli hoi midget. midget itu best. dwi fungsi, boleh jadi mainan boboy