Salam dan hai
Kami sudah pindah masuk. Seminggu lebih awal daripada dijangka.
Hasilnya: kat dapur apa pun takde apa bahan makanan.*great!
Banyak sangat nak dikongsi. Tapi takde gambar. Jadi kena amik gambar baru best bercerita. Cuma sebagai ringkasan, perkembangan dan pencapaian kami buat masa sekarang
1. Dapur sudah lengkap *heart!! Termasuk la set pinggan mangkuk IKEA kami *double heart!!
2. Sofa ruang tamu telah dapat yang sebetulnya!
3. Bilik bawah belakang, entah macam mana boleh dijadikan stor pulak *nangis
4. Kabinet TV pun dah sampai, ASTRO pun dah pasang !
5. Berjaya beli microwave *tapi belum pernah-pernah guna pasal malas nak baca manual
6. Almari bilik dah dapat (walau cerminnya salah tapi tak apa pasal dalam minggu ni diorang akan hantar yg baru) dan telah pun siap saya kemas semua baju-baju kami yang telah mengambil 4 hari bekerja seorang suri rumah.
7. Berjaya dapatkan bekas plastik biru Ikea yang D takmo beli hari tu, tapi K.Nadzrah tolong belikan. Baru puas hati tengok bilik air bawah serba biru.
8. Tengah tunggu bila petani melayu bernama D tu nak tanam pokok cili saya??!!
9. Baru selesai berperang dengan semut yang mana, akhirnya D telah plaster lubang sarang mereka. Kejam? Mungkin..
10. Ada kes kebocoran kat siling rumah. Nasib masih dibawah jaminan. Jadi mereka baiki. Kalau tak, mahu cecah RM800
Minggu ni insyaAllah ada buat kenduri doa selamat dengan kedua-dua famili. Maka, harus kemas cepat-cepat!!
3 ulasan:
jgn lupa jemput aku utk 2nd kenduri doa selamat! :)
oi dah sebulan lobih dah ni aaaaaa
lotih den baco entri serba tak kono ni haaa
hahah
aku lempang ko faisal~!!!
tunggu la, takde akses internet mahupun kamera.
jadi lambat sikit. lempang laju*
Catat Ulasan