Lori Surat Khabar Lama

18 Disember 2010

Kisah Ukur Rumah dan Si Penunggu Rumah

Salam dan hai

4 Disember hari tu, saya dan D sempat ke rumah kami. Rancangnya nak ambil ukuran rumah. Kami rancang nak pasal grill rumah dulu, jadi pasal tu kena ukur setiap ruang yang kami nak pasang. Nampaknya, grill putih kena pasang di bahagian slinding door rumah tamu ni.


Grill pun kena pasang di setiap tingkap dan sedikit di bahagian dapur.

Kat bahagian bawah ini pun kami nak letak grill tapi cukup di bahagian depan sahaja. Cukup untuk letak rak kasut. Tengok daripada segi ruang, rasanya kalau dapat rak kasut yang jenis melekat kat dinding, cantik juga. Saya nak letak satu bangku kecil untuk duduk kalau nak pakai kasut.

Cermin kat dinding tu saya amat suka! Pasal kita boleh intai siapa yang datang ke rumah. Hehe.


Dalam {Post} dulu, saya ada tulis yang ada tingkap besar kat bilik air bilik utama. Ini la tingkap yang saya ceritakan tu. Dah tanya jiran-jiran, majoriti mereka pakai tinted luar dan dalam, baru la tak nampak apa-apa. Kami belum rancang lagi nak buat macam mana, tapi buat masa ini, dah bincang dengan D, nak letak cermin sebagai pembahagi antara tempat mandi dengan mangkuk tandas. Takde la air sabun mandi menceceh ke lantai sebelah.



Lepas dah ukur bagai, saya ke dapur, nak ukur pula ruang kebun kecil angan-angan saya. Haha. Rancang nak tanam limau purut, cili, daun kari, daun pudina, serai dan pandan. YA, Angan-angan harus tinggi.

Masa buka pintu dapur, ada binatang sesat masuk ke rumah kami. Terkejut! D cuba halau, tapi entah macam mana binatang tu terlalu takut, habis dia mencelinap terus ke ruang tamu. Nasib binatang tu bukan lupas jadi saya berani sikit. Saya halau dia semula ke dapur. Binatang tu boleh 'menjerkah' kat saya. Kelakar betul. Ia berhenti dan ngangakan mulut kecil dia. Saya dah gelak-gelak. Saya kata 'keluar, ni rumah kitorang. Bukan rumah kamu". Kemudian, laju aje binatang tu keluar.

D dimana? Dia dah ketepi. Nak kata dia takut, tak juga. Mungkin dia terkejut binatang tu boleh jerkah dia hahah..

Binatang tu cinonet sangat, tapi berhati waja.



Itu la dia. Saya ambil gambar dia masa lalu di bahagian belakang rumah sebelum balik.

Kami dah dapatkan quotation daripada beberapa sumber. Kebanyakkan kasi sebut harga dalam 3.5-4K untuk grill lengkap dengan tinted. Kami masih mencari lagi. Tak boleh masukkan gate lagi selagi pihak pemaju belum siap baiki kerosakkan yang kami laporkan dulu.



Tiada ulasan: