Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Mengemas dan Membersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Mengemas dan Membersih. Papar semua catatan

07 November 2012

Kali ni, Dyzhwar yang Tenang

Salam dan hai


Saya dan D amik cuti semalam dan kelmarin. Saje mak Dyzhwar nak shopping macam orang gila kat Ikea nak luang masa dengan Dyzhwar. 

Hujung minggu hari tu pun masih luangkan masa dengan dia, cuma agak terhad kerana kami ada jemputan kahwin kawan rapat kami. Memang perkahwinan yang ditunggu-tunggu oleh D, memandangkan kawan dia ni kiranya penutup majlis kahwin untuk geng tiga serangkai D daripada zaman sekolah. 


Kami di rumah pengantin sebelum konvoi
Muka suci kan Dyzhwar? Jangan percaya...

15 Oktober 2012

Kisah Ikea, Daiso dan Dyzhwar yang Tidak Tenang

Salam dan hai


Akhirnya, selepas hampir dua bulan tiada progress rumah, akhirnya minggu lepas berjaya ke Ikea dan dah alang-alang sampai ke sana, singgah juga ke Daiso the Curve.

Ni Dyzhwar. dengan muka gembira beliau di bawa berjalan


Dyzhwar dah besar sikit, baru saya dapat merasa duduk
di bahagian depan semula :)

08 Jun 2012

Bersihkan Peti Ais

Salam dan hai

Kali ni, saya nak bercerita tentang rutin membersihkan peti ais. Topik yang jarang-jarang kita fikirkan, tapi sebenarnya, kena buat ni. 

Kalau rajin, seminggu sekali. 
Paling tidak sebulan sekali. 
Jangan tidak 3 bulan sekali. 

Peti ais tu tempat kita simpan bahan-bahan makanan kita. Bahan-bahan makanan yang kita masak dan makan. Jadi kena la ada peti ais yang bersih agar makanan kita pun segar dan tidak tercemar. Jangan sampai peti ais dah berbau, baru kita nak bersihkan. Jadikan rutin bersihkan peti ais ni rutin harian, jadi takde la terasa sangat tugasnya.