Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Idea: Rawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea: Rawak. Papar semua catatan

04 September 2013

Ruang Makan Khas untuk Kanak-kanak

Salam dan hai

Minggu lepas, abang saya ada buat makan-makan adik beradik.

Yang paling menarik, adalah idea kakak ipar saya ni


20 Mac 2013

Benda Rawak

Salam dan hai

Benda rawak yang menarik perhatian saya hari ini


 Bilik Dobi


15 Mac 2013

Cuci Mata

Salam dan hai

Memandangkan rumah sendiri belum ada aktiviti deko dan susun atur dalam waktu terdekat, jadi saya pun rajinkan diri mencari idea-idea yang cantik dan praktikal kat pinterest. Bila dah jumpa, rasa nak letak pulak dalam blog, untuk dikongsi

Macam idea gunakan meja yang berasingan digabungkan menjadi coffee table di ruang tamu



Signage macam ni

22 November 2012

Idea untuk Blackboard Wall Decal

Salam dan hai

Semalam saya ada update tentang projek signage bilik permainan Dyzhwar menggunakan Blackboard Wall Decal.

Patutnya malam tadi, saya dah mulakan dengan projek labeling untuk barang-barang dalam stor ni

Sumber

12 November 2012

Colour Scheme

Salam dan hai

Suka tengok susunan kombinasi warna-warna dibawah ni. SUmber daripada Pinterest. Boleh beri banyak idea


09 November 2012

Mainan daripada Cardboard

Salam dan hai

Masa kemas stor tempoh hari (post) saya banyak kotak kosong yang tak digunakan lagi. Saya ketepikan siap-siap untuk hantar ke pusat kitar semula.

Tapi lepas tengok idea-idea di bawah ni, tiba-tiba berbelah bagi. Rasa macam nak cuba buat satu projek DIY gunakan cardboard ni. Walaupun saya tahu, daya tahannya tidak tinggi, tapi rasa macam seronok nak cuba sesuatu yang belum pernah saya cuba.

Dapur mainan daripada cardboard (ye walaupun Dyzhwar lelaki, tapi dia perlu tahu, umi dia akan pastikan dia kena belajar memasak. Noktah. Takde tolak ansur tentang itu)



01 November 2012

Rak Buku

Salam dan hai

Kan bagus kalau kat sini ada jual rak buku seakan-akan dahan pokok ni.

18 Oktober 2012

02 Julai 2012

Tiada Projek Deko Minggu Lepas

Salam dan hai

Minggu lepas, tiada projek rumah dapat dijalankan pasal tak sempat sangat-sangat. Sabtu ada di rumah mertua separuh hari, dan Ahadnya keluar ke Mines mencari kain ela. Petang tu pulak, kena siapkan menu potluck untuk kawasan rumah. Ada doa selamat sempena nak menyambut kedatang Ramadhan.

Menu paling mudah, puding roti Butterscotch.

Resepi saya ambil daripada blog masakan kegeraman (pasal gambarnya cantik-cantik!!) dan kegemaran saya Masam Manis. Resepi amik daripada sini, cuba saya tukar roti biasa kepada roti butterscotch dan saya letak topping butterscotch, amik daripada resepi Chef Wan.

Pernah cuba resepi ni sekali masa potluck opis dan sambutannya menggalakkan, jadi buat ni semula untuk menu last minit yang tak ada banyak masa sangat

Letak dalam kotak kecil siap-siap, senang tetamu nak makan

27 April 2012

Tangga di dalam Rumah

Salam dan hai

Kalau rumah dua tingkat, hiasan kat tangga mesti memainkan peranan jugak kan?

Walaupun bahagian ni yang paling jarang diberi perhatian, tapi kalau di deko, memang boleh suntik kelainan pada deko rumah.

Saya ada simpan koleksi dekorasi kat tangga untuk rujukan dimasa hadapan nanti.Suka tengok idea-idea yang orang guna nak hias tangga diorang.

Ada yang gunakan wallpaper



29 Mac 2012

Rak Kasut

Salam dan hai

Nak kongsi idea best ni



Style je letak kasut camtu.. Memang la, sesetengah orang lebih suka rak kasut yang tertutup dan tak nampak dalamnya, tapi kalau untuk ruang yg terhad, idea ni boleh pakai.

Tak ingat pulak daripada mana saya save gambar ni.

Almari kasut idaman saya.



Takde la idaman sangat, tapi praktikal la kalau famili saya nak guna. Pasal kasut kerja suami pun, ada dekat 4 pasang kot. Kasut jalan ada 3 pasang. Kasut sukan 2 pasang. Jumlah dah lebih 10 pasang. Tidak termasuk selipar basahan. Belum lagi masuk koleksi saya.. Berpasang-pasang..

Pasal tengok bahagian dalam tu, ada dua ruang dalam satu bahagian. so mungkin maksimum kasut boleh letak satu rak tu dalam 4-6 pasang mungkin? So, suami amik 1 bahagian, saya amik 2 bahagian--baru adil. --eh?



Yang tak adilnya, harganya cecah RM549.

Tidak adil, bagiku~~

23 Jun 2011

Kegunaan Terbaru Tong Sampah


Salam dan hai

Saya rasa idea ni kreatif, walau mungkin tak berapa kemas. Tapi kreativitinya perlu dipuji.

Jadikan tong sampah ikea, sebagai tempat letak kasut.





Kalau dicadangkan kat Dz, mesti la akan ditolak tanpa perbincangan. Haha. D dah berkira-kira nak beli rak kasut, tapi dah bagitau dia, seeloknya rak kasut jangan beli yang tertutup kedap udara, yang tiada ruang udara pasal nanti kasut akan berbau atau rak kasut tu pun berbau.

03 Jun 2011

Bawah Sinki ada Apa??


Salam dan hai

Bawah sinki saya *walau takde gambar tapi saya ingat apa yang ada bawah sinki saya

1. surat khabar lama --untuk letak kulit bawang yang dikupas, lemak ayam ke, akar sayur ke--
2. Bekas isi beras
3. Pembersih dapur
4. Tempat letak plastik bag
5. Stok pembersih dapur, sabun buku, dan penutup hidung
6. Bekas-bekas plastik
7. Penapis

Tapi bila tengok, penuh pula ruang di dapur tu.

Nak letak tindih-tindih, kalau dibuatnya D yang ambil barang, habis dia taramnya.

Ingat, nak beli rak yang macam ni. Boleh letak barang bertindih dalam keadaan lebih tersusun.




Tapi kena ukur dulu kot tinggi ruang sinki saya dulu, daripada tersalah beli dan tak muat masuk.

Ok, boleh hantar kertas cadangan pada D ni.

27 Mei 2011

Wall Sticker

Salam dan hai

Memandangkan D membangkang usul untuk menjalankan sebarang aktiviti mengecat rumah dalam apa bentuk sekalipun, adakah dia akan setuju ye kalau saya nak macam ni untuk letak kat dapur?



Stylo~

24 Mac 2011

Perkara yang Saya suka Tengok

Salam dan hi

Idea sentiasa berkembang di Internet

1. Membezakan kunci -gunakan pewarna kuku


2. Kurangkan lagaan antara pinggan - letak pinggan kertas diantaranya


3. Simpan beg plastik- gunakan ini yang diambil daripada kertas penyerap minyak


4. Kebosanan dengan laci yang biasa- letak wallpaper


5. Tetapkan kedudukan tuala- pakai pengepit kertas


Banyaknya idea~

22 Mac 2011

Tempat Letak Kunci


Salam dan hai

Saya memang mencari idea nak jadikan tempat letak kunci. Kalau disenaraikan, kami perlukan tempat untuk letak kunci bagi:
1. set kunci rumah D
2. set kunci rumah saya
3. set kunci kereta D
4. set kunci kereta saya + set kunci rumah ibuayah
5. set kunci rumah makayah D
6. Master key

Jadi, paling kurang, kami perlukan 6 tempat untuk letak kunci-kunci kami. Saya memang tak mahu tempat letak kunci yang boleh dibeli kat kedai pasal saya rasa macam tak praktikal. Dilebihkan rupa daripada fungsi. Besar dan makan ruang. Lagipun, saya tak mahu jadikan tempat letak kunci ni sebagai hiasan. Bahaya, perkara penting sebegini, dijadikan bahan tayang.

Lokasi nak letak tempat kunci sudah ada. Cuma idea untuk tempat letak kunci itu sahaja masih belum diputuskan.

Saya punya idea, nak jadikan bingkai gambar Ikea hadiah kahwin hari tu, sebagai tempat letak kunci. Dah cakap kat D, tapi dia tak dapat nak bayangkan saya nak DIY macam mana. Saya pun susah nak terangkan pada D melalui cakap. Kena tunjuk baru jelas.

Sampai la baru-baru ni, saya terjumpa gambar ni!



Lebih kurang macam ni la idea saya! ada gak orang buat macam ni. Cuma idea saya, bingkai gambar tu memang sudah ada 5 bahagian berlainan, jadi nak letakkan paku/ penyangkut terus pada bahagian-bahagian tu. Kemudian label ikut kategorinya. Kunci master key kena la letak di bingkai yang lain pasal tu kunci utama.

Nak kena DIY! Suka dapat gunakan otak bekerja sikit.








09 Mac 2011

Ikea Lagi


Salam dan hai

Sehari selepas siap pasang kabinet, 6 hb Mac kami ke Ikea.

Niat nak beli Ikea Troli ni. Nak sangat-sangat pasal saya dah dapat bayangkan, memang banyak gunanya kalau saya beli troli ni. Memandangkan ruang bekerja mungkin terhad, jadi rasanya troli ni boleh saya gunakan untuk letakkan bahan-bahan untuk ditumis atau digoreng. Material sold wood, jadi rasanya sepatutnya ok dan tahan lama.

Kat bahagian bawah tu boleh la letak rice cooker ke, letak bawang. Tepi dia boleh la letak kain lap tangan, kain pemegang atau segala senduk pun boleh.



Dah nampak masa depan yang cerah bersama troli tapi malangnya,takde dalam stok IKEA. Harus la meroyan.. Kalau yang display boleh hamik, aku hamik!! Haih.. Kena pergi bulan depan nampaknya.

Nasib dapat jumpa beberapa barang kecil keperluan dapur yang lain, terutama lazy susan. Jadi masih ada sebab untuk senyum

Letak satu gambar hiasan.

02 Mac 2011

Pembahagi Baju


Salam dan hai

Kdang-kadang kesian tengok D, terbongkok-bongkok cari baju dia dalam almari bilik saya. Tak kira lagi, dia nak cari baju kerja mana yang dah gosok ke belum (Walau dah banyak kali bagitau, yang dah gosok di sebelah kanan, yang belum disebelah kiri, tapi dia tetap nak tengok gak yang sebelah kiri kalau-kalau saya tersilap letak). Nak buat macam mana, masih menumpang dirumah ibu dan malangnya, baju saya mendominasi separuh daripada almari tu (Ok, tipu, lebih daripada separuh kot :P)

Tak terfikir kalau-kalau ada teknik penyusunan yang efektif dan memudahkan D. Sampai la terjumpa gambar ni





Boleh DIY--itu yang penting!! Maka, amat mahukan idea ini untuk almari baju kami nanti. Senang D nak cari baju lengan pendek, baju basahan, kemeja kerja, dan macam-macam lagi la. Pasal saya tak tahu macam mana susunan baju dia kat rumah mak dia dulu, maka rasanya, baik saya mulakan dengan teknik saya sendiri.

D seorang yang cepat belajar. Mesti dia boleh sesuaikan diri.

Idea Baru Datang Bergolek


Salam dan hai

Semalam leka gak layan tengok gambar dalam website Ikea Hackers tu {
Post}

Kemudian boleh terjumpa idea yang memang amat saya tak fikir.

Pasal jam dinding.

Hadiah kahwin hari tu, ada dapat 2 hadiah jam dinding. Tapi disebabkan saya mengada nak fikirkan konsep, rasa cam jam tu kurang masuk tema untuk rumah kami. Pasalnya, yang satu tu jenis English style dan satu lagi hitam putih. Memang yang hitam putih tu Ok, cuma saya rasa plain sangat.

Tapi.. bila terjumpa gambar kat bawah ni, syukur plak jam tu hitam putih :P Lagi senang nak tukar dan jadikannya nampak cam baru..

Semuanya pakai jam Ikea, cuma diorang gantikan lapik bahagian dalam jam tu.

Jadi camni.


Yang kat bawah ni sesuai gak nak letak kat dapur. Mungkin boleh tukar jam english style tu kot. Ganti dengan gambar kartun muffin ke. Hari tu ada nampak contoh jam cam tu kat dalam majalah, *super cute!! tapi harga sampai ratus. *stop the madness!! Baik aku buat sendiri.



Yang ni pun super comel. Jam ni saya ada. Jam paling murah kat Ikea, harga bawah RM3 rasanya. Boleh jadikan macam ni.




Huuu.. tak sabar nak mulakan kerja DIY ni. Last terlibat dengan kerja menyusahkan diri ni masa nak kahwin dulu. Tapi kali ni takde dateline, jadi harap takde la terbabas buat heheh..

Hujung minggu ni, orang kabinet nak pasang kabinet. Tapi kami kena langsaikan bayaran penuhnya hari ni, baru diorang akan datang. Mungkin 5 hb kena berkampung jap di Bangi pasal orang barang elektrik pun nak hantar hari yang sama. Erm. Duit kena keluarkan lagi ni. Naik segan gak turun naik bank CIMB tu :p tapi rumahnya pasal, sanggup ku redah.

01 Mac 2011

Ikea Hackers

Salam dan hai

Saya memang suka barang-barang IKEA..

OK, susun semula ayat. Saya memang suka pergi IKEA window shopping walau tak beli apa-apa barang.

Haha. D paling tak suka nak gi IKEA pasal
1. Jauh
2. Kena pusing sampai habis
3. B tak beli apa-apa pun..! Haha

Tak kisah. Memandangkan sekarang dalam proses nak masuk rumah, jadi sudah jumpa alasan terkukuh untuk pergi IKEA jalan-jalan. Memang berkenan dengan satu meja troli IKEA ni, ratus gak harganya tapi takpe, nuffnang baru cash, jadi boleh beli satu (saje tulis supaya D tak risau nak pakai duit apa :P)

Tapi yang saya lebih berminat nak kongsi:
IKEA HACKERS

Laman web yang amat mengasyikkan pasal dapat tengok pelbagai kegunaan produk IKEA daripada perspektif pengguna yang berbeza




Nak layan jap laman web ni