Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Dapur. Papar semua catatan

15 Jun 2012

Rombak Lagi..

Salam dan hai


Bagi saya, dalam kerja mengemas rumah ni, tak susah nak mengemas atau nak susun atur mana-mana bahagian rumah yang saya kehendaki, tapi yang susahnya, adalah untuk mengekalkan kekemasan dan susun atur yang telah dibuat. Itu lebih susah daripada mengemas, bagi saya la. Kadang-kadang, tak perlu tunggu esok untuk bersepah, cukup beberapa jam kemudiannya, apa yang telah dikemas, terus bersepah semula.


Begitu juga dengan kabinet dapur saya ini. Sya ada kongsi tentang susun atur yang saya buat  dalam post ini, ini,  ini dan post susun atur yang paling baru yang ini.


Ni rupa keseluruhan dapur saya




Susun atur dalam kabinet dapur ni dah cukup elok dah saya rasa, cuma ada beberapa bahagian kabinet yang saya rasa tidak digunakan dengan sepenuhnya. 

Gambar kabinet dapur yang saya labelkan kat bawah ni, secara ringkas ruang A, B C G dan K memerlukan susun atur yang baru. Ruang kabinet yang lain dah ok, tapi ruang I pun ada kena adjust sikit.

05 Mac 2012

Mengorganisasikan Kabinet Dapur

Salam dan hai

Dalam banyak-banyak bahagian rumah kami, saya paling berminat dan amat komited dalam menyusun atur dapur. Ada sahaja barang-barang yang saya nak beli untuk dapur. Tapi ruang tamu yang masih belum berhamparan, tidak pula saya kisah. Asyik bertangguh nak beli, tapi kalau hal dapur, minggu tu juga nak cari. Bagai tak sempat-sempat!

Ini tidak adil pada ruang tamu. Mungkin kena tunggu gaji (atau lebih baik, kalau dapat bonus) untuk beli hamparan dan bantal kecil.

Ye ye nanti kita fikirkan.

Berbalik kepada cerita dapur, cuti hujung minggu lepas, saya sempat ke IKEA. Semuanya gara-gara brochure ni


Saya berkenaan dengan dua item dibawah ni; shelf dan box.



Saya amat memerlukan kedua-dua barang ini kerana ..... (isi tidak lebih daripada 15 patah perkataan) --begitu la proposal yang saya berikan kepada suami, supaya dia sudi bawa saya ke IKEA kerana saya tak ingat jalan ke sana walaupun dah berbelas kali pergi sana.

Shelf tu datang dalam dua saiz dan dua harga yang berbeza. Saya beli dua set shelf besar dan satu set shelf kecik. Kotak tu pula, saya beli satu sahaja pasal harganya mahal la--bagi saya.

Balik rumah, terus buka balutan dan mula pasangkan shelf tu. Suami sibuk nak main game bola, jadi memandangkan dia dah bawa saya gi Ikea, saya kasi muka sikit.



Sekejap sahaja nak pasang pasal cuma perlukan empat skru kecil sahaja.

Ini kabinet dapur saya sebelum ini.



Memang nampak kemas tapi rugi ruang kerana pinggan yang berbelas tu sekadar dijadikan stok pinggan kalau tetamu datang. Meletakkan pinggan makan yang jarang digunakan di rak yang mudah dicapai memang merugikan. Jadi saya alihkan pinggan tu semua ke tempat lain *Ni nanti saya cerita.

Lepas rombak, kemudian jadi begini.


Saya letakkan barang-barang yang selalu diambil di rak bawah yang senang dicapai. Tapi nampak tak ruang kosong yang tidak digunakan sepenuhnya tu? mangkuk-mangkuk tu pun bukan pakai ruang yang banyak dan rugi sahaja dibiarkan kosong di atasnya. nak letak para lagi satu, rasa macam sempit pula. Piring dan mangkuk lauk yang sering digunakan pun, saya terpaksa letak dibahagian atas pasal tak dapat nak tindih dengan mangkuk kaca dan plastik dibahagian rak bawah.

Saya mahukan ruang kabinet yang digunakan sepenuhnya, seperti dalam gambar dibawah ni. Nampak kan, penggunaan shelf dapat memaksimumkan muatan rak.



Walaupun hasil saya tidak lah seseragam gambar di atas, tapi sekurang-kurangnya, memang terasa jimat satu ruang kabinet. Kalau dulu, saya terpaksa letakkan tupperware di dua bahagian laci yang berbeza, kini saya boleh letakkan semuanya disatu bahagian yang sama. Ruang atas untuk saya letakkan bekas tupperware yang jarang saya gunakan dan bahagian bawah untuk mangkuk dan pinggan hidangan yang saya kerap gunakan. Tapi bahagian cawan tu, rasanya perlu beli tangkai kayu yang boleh sangkutkan cawan-cawan tu --pembelian akan datang hehe.


Masa lihat gambar di atas ni, memang dah puas hati. Tapi baru teringat saya ada dua bekas jeli tupperware. Bila letak dalam shelf, terus rasa cam cacat merba. Mungkin kena beli shelf lagi satu untuk ruang tupperware.



Sebenarnya, saya niat nak letak shelf yang besar disitu, tapi tak muat! Pintu kabinet tak dapat nak tutup. Frust sangat. Masa ukur sebelum beli, rasa macam dah ok, tapi malangnya, disebabkan takde pita ukur mahupun pembaris, saya cuma ukur dengan katalog ikea pasal kat tepi katalog ikea ada tulis sentimeter.

Tapi tak apa, sudah ada Plan B.

Ni ruang bawah sinki.

Dulu sinki saya begini rupanya.


Kemudian, setelah diletakkan shelf, memang dapat maksimumkan penggunaan ruang yang terhad. Kini, dapat asingkan bekas beras basmathi, bekas plastik, bekas plastik kegunaan dapur dan tempat letak plastik sampah. Tu, tempat tisu tu saya jadikan bekas simpan plastik sampah. Mudah sahaja, naak simpan pun, main renyuk aje dalam tu.



Pemandangan penuh barang bawah sinki. *nyampah dengan paip tu, pasal makan ruang.



Walaupun tidak sehebat macam
post saya yang dulu ini, tapi saya berharap dapat memaksimumkan penggunaan ruang dibawah sinki ini. Masih ada ruang kosong yang boleh diguna pakai. Saya berniat nak asingkan stok bahan pencuci jauh daripada beras semua. Tapi ruang yang terhad, ini sahaja pilihan terbaik buat masa sekarang. Mungkin nanti saya dapat gunakan ruang dobi untuk simpan stok bahan pencuci.

Belian yang kedua adalah kotak putih di belah kanan ni


Saya gunakan untuk simpan barang-barang bakeri saya. Terus jatuh hati pasal senang nak susun dan nak diambil. Yang saya beli ni saiz besar, dalam RM25. Ingat nanti kalau ada duit lebih, nak beli bekas yang kecik sikit, yang RM15. Boleh letak stok sudu garfu yang sekarang saya tumpangkan kat meja makan.


Dah alang-alang kemaskan barangan bakeri, saya terus kemas sahaja ruang kabinet dibawah dapur. Shelf kedua pun saya letakkan disini pasal kat ruang kabinet bawah sahaja yang muat.

Kalau dulu ruang kabinet kelihatan macam ni


Mendapat inspirasi daripada gambar ini



Lepas letakkan shelf dan susunkan barang bakeri, serta alihkan peralatan yang lain kategorinya, hasilnya begini


Sudah kurang semak berbanding terdahulu. Kertas aluminium foil, pembalut plastik dan beg zip saya tumpangkan dulu dalam laci lain. Sampai masa nak susun semula nanti, saya akan alihkan ke tempat lain. Buat masa sekarang, kena jadi pendatang dulu kat laci lain.

Oh ya, perkongsian sikit. dapur kami ni lacinya kami tak pilih jenis yang kalau kita tutup laci, ia takkan berdentum dengan kuat. Saya lupa apa term yang digunakan oleh orang kabinet *kalau saya ingat nanti saya edit*, tapi yang pasti, kalau kami pilih model yang itu, harganya jauh mahal daripada budget kami.

Masa di IKEA, suami sibuk nak cari alat yang dia kata dapat serap momentum perlanggaran penutup kabinet dengan badan kabinet. Saya tak faham apa yang dia nak, pasal tak dapat bayangkan alat tersebut. Suami amat semangat, sampai dia bertanya pada staff bertugas dan rupanya memang wujud benda tu.

Ini la benda nya


Satu berharga RM20. Kami cuma beli 2 set sahaja untuk percubaan.

Digrill di sini.



Hasilnya, memang kalau hempaskan pintu kabinet, elok nak dekat, automatik benda alah tu akan tahan dan pintu akan tertutup dengan perlahan dan slow mo. hehe

Lepas ni boleh beli lagi 2 set bulan depan.

Post akan datang, nak tulis tentang susun atur almari baju D jr.

23 Mac 2011

Sepantas yang Boleh

Salam dan hai



Saya terpaksa privatekan blog ni pasal ada beberapa follower baru yang mengikuti blog ni. Tak mahu blog ni terdedah secara meluas, jadi saya jadikannya private. Saya cuma mahu berkongsi blog ni dengan beberapa orang kawan, tak mahu menyusahkan mereka kena log in setiap kali mahu buka blog saya. Pasal tu tak privatekan dulu. Tapi sekarang, kena private. Maaf la ye.



Ok, tak perlu ulas lanjut. Nak bercerita tentang perkembangan rumah kami. 19 Mac 2011 Dalam bakul dobi tu, saya angkut sekali dengan penyidai baju, selipar tandas, bahan pencuci, berus tandas dan segala apa yang saya dapat fikirkan. Beli barang-barang ni pun dah tak ingat bila, tapi pergi ke kedai khemah depan Bansoon tu aje dan di Grand Union.




Ni bakul dobi kami. Pada mulanya memang nampak besar sangat, tapi lepas letak baju kami berdua selama seminggu, memang cukup-cukup! Mahunya tidak, seluar kerja D dua helai, baju kemeja 5 helai, baju kurung saya 10 helai (kalau kira baju dan kain) tudung pun dalam 4-5 helai juga. Anak baju, baju basahan, kain pelekat dan sebagainya, dah tambah lagi. Basuh sekali seminggu, jadi harap mesin basuh 10kg kami tu memadai InsyaAllah.




Mula-mula nak beli bakul macam ni di Houzdepot (ejaan tak pasti) tapi bila jumpa bakul yang sama besar pada harga lebih murah (dan ikut warna tema ruang dobi iaitu biru yeay!) jadi sambar aje.



Masa saya basuh baju, D pula sibuk nak pasang Roman blind kami. Baru amik daripada Macy. Mahal juga la bagi kami, dalam RM200 setiap satu termasuk upah jahit, aksesorinya dan kain, tapi jahitan kemas dan kainnya pun cantik. Kami cuma dapat potong kos daripada segi pengangkutan dan pemasangan. D nak taknak kena belajar cara pasang melalui YouTube. hehe Saya tak pasti apa D buat masa ni, tapi dia kata, dalam video tu, kita kena ukur dulu panjang Roman Blind dan jarak yang kita mahukan pada tingkap.





Saya biarkan D dengan kerja dia dan saya sibuk dengan dapur saya. Ye, saya dapur saya adalah buah hati saya di rumah ini. Saya dah lama susun semua perkakasan dapur, rasanya daripada hari pertama dapur dah siap, tapi bila saya tengok semula, saya rasa tak suka. Tak rasa tersusun langsung.. FUGLY!




FUGLY!! (tu pinggan makan kami. Besar kan!? tapi tu aje yang sesuai pasal ada dua set pinggan dan bewarna putih. Hadiah pinggan mangkuk yang lain, kebanyakkan setnya lebih sesuai dijadikan pinggan lauk. Pasal tu nak beli set pinggan makan putih untuk tetamu. Harap dapat gi Ikea minggu ni)




FUGGGLLY!! Saya rasa macam tak tak kena dengan keseluruhan gambar dibawah ni. Tapi buat masa ni, itu aje yang kami boleh buat (Walau hati meronta tak mahu letak sudu dan garfu disitu.




FUGLLY--PERIOD! penyidai baju tu memang untuk sementara waktu sahaja disitu. Tapi bahan pembersih tu memang fugly berada disitu. Dan bercampur dengan penapis dan tempat pemotong --Apa??! Tunggu masa untuk saya beli bekas plastik untuk simpankan semua bahan cucian dalam tu ikut kategori.




HALF FUGLY. Saya luluskan susunan untuk rak bawah. Pasal banyak warna putih dan saya suka peralatan putih. Hehe. Tapi susunan rak atas tak cantik dan kemas.




HALF FUGLY juga. rak bawah dah cantik, cuma susunan terlalu dekat antara setiap set. Kena jarakkan sikit atau mungkin saya perlu ubah kedudukan cawan. Susunan rak atas, tak kena pasal bercampur antara pinggan dan jag/teko air.




Tak puas hati dengan susunan peralatan dapur saya. Kena buat rombakan semula Sambil saya ngomel-ngomel depan kabinet dapur, D dah siap pasang Roman Blind kami. Alhamdulillah, Cantik D pasang. Sejuk sikit hati lepas tengok isu dapur. Jimat duit pemasangan kan? Bagus YouTube! Ni rupanya kalau di tarik habis.




Turunkan sikit




Dah turun habis.


Kami pilih warna ni pasal warna coklat tu sesuai dengan bingkai khalimah Allah-Muhammad kat atas tu dan warna hijau tu, warna utama ruang luar rumah kami. Adalah kesinambungannya.




D teruskan dengan pemasangan roman blind di dapur. Saya cuma sempat amik gambar masa dalam proses, bila dah siap, terlupa nak amik gambar.




20 Mac 2011 Saya dan D dah sepakat nak beli almari baju. Mula-mulanya, D cuma nak beli almari zip tu aje tapi saya nye polisi, biar alah membeli, menang memakai. Tak suka simpan banyak perabot. Biar apa yang kita beli, kita guna lama. Tapi tak berjaya yakinkan D, sehingga la D terjumpa satu almari yang dia sendiri berkenan. Dan-dan tu dia setuju nak beli almari *Ceh!!


Sebenarnya, D pun pelik mengapa saya tak suka beli set tidur lengkap, yang biasanya lebih murah berbanding beli satu-satu. Entah, tak de jawapan. Cuma kalau berkenan katil, tak berkenan pula kat almarinya, atau tak suka dengan meja sisi yang ada berukir, atau meja mekap yang hanya akan makan ruang. Jadi, saya lebih suka beli satu-satu, ikut pada keperluan kami. Ni D tengah tengok ruang dalam model almari kami/ almari cinta pandang pertama dia. Kami ubah susunan ruang dalam, ikut keperluan kami (atau saya. heheh). Ye, saya memang tak suka ikut sesuatu yang standard. Saya mesti nak ubah ikut keperluan saya.






Memandangkan kami ada buat permintaan berbeza daripada model sedia ada, jadi kena tunggu paling awal 2 minggu untuk dapat almari ni. Tak apa, insyaAllah harap pilihan kami ni yang bersesuaian dengan keperluan semasa kami.


22 Mac 2011


Hari ni singgah sekejap ke rumah kami. D cuti hari ni, jadi dia siapkan banyak urusan berkenaan rumah. Masa saya sampai rumah ibu, D nak ke Bangi semula nak hantar water dispenser. Saya tak tau apa-apa tentang water dispenser ni (pada masa tu saya membayangkan mineral pot), tapi nak ikut juga. Rupanya, ibu belikan saya water dispenser ni.


Pasal ibu kata, saya tak biasa minum air paip yang dimasak. Selama ni, ayah memang amik air mata air untuk air minuman kat rumah, jadi ibu takut saya tak biasa dengan air masak biasa. Nak nya dalam keadaan saya sekarang. Keputusan =suka sangat (walau masa tu tak tau apa tu rupa water dispenser) !! Ibu pernah cadangkan saya beli, tapi saya kata, saya tak boleh nak beli dulu pasal takde baget untuk itu. Jadi saya mungkin amik air daripad opis bawa balik rumah dan minum *Sedih.




Bila dah buka kotak, baru tau.. Ooo.. macam air kat opis tu. Ibu beli daripada kawan terapi dia, dapat harga memang super murah! -- untuk mesin dan botol air besar sebanyak 10 botol. Memang super banyak! Suka, terima kasih ibu!! Ibu kata, kalau beli kat luar memang beratus la, termasuk dengan botol air bergelen-gelen tu. Tapi pasal orang tu nak tolong dan tak cari untung (rasanya pasal ibu baik sangat kot) jadi dia kasi ibu harga tu.


Dzulq kata model ni sama macam yang kat opis dia punya.


Seperti biasa, orang teruja akan terlupa nak amik gambar rupa water dispenser ni. Cuma teringat nak amik kat kotak aje. 'Bijak'


Nampaknya, saya kena keluarkan senarai nak beli cerek elektrik dan bekas plastik untuk simpan air dalam peti ais memandangkan dah ada water dispenser ni. Malam tu kami solat dulu di rumah sana.


Sesuatu yang kami perasan, kami rasa, kami tak perlukan lampu untuk ruang famili memandangkan lampu pada tangga sudah mencukupi untuk pencahayaan nak menonton TV. tak terlalu terang dan tak terlalu malap. Jadi, sumber elektrik tu, kami akan pasang kipas. Ye, mungkin tips hari ni, duduk di rumah pada waktu malam juga, ada banyak yang kita terlepas di waktu siang, kita akan perasan di waktu malam. Gambar di bawah ni tiang katil kami. Memikirkan alternatif, memandangkan kami belum dapat lagi almari baju dalam tempoh 2 minggu ni, jadi alternatifnya, mungkin kena sangkut baju kerja yang dah digosok pada tiang katil. Kayu meranti tahan kot kan?



Lepas solat, kami terus ke Alamanda. D amat teruja nak cari cadar katil. Saya cuma nak gi pasal saya nak makan Rasamas. Susah rupanya nak cari cadar katil saiz King memandangkan rata-rata cadar katil yang cantik dan mampu milik, dalam saiz queen. D nak sangat masuk Ausinno. Jadi pergi la temankan dia. Akhirnya, sambar satu cadar Ausino.


Tapi puas hati pasal beli selepas potongan dan dapat satu set lengkap, kecuali kena beli quilt. Yang tu kemudian pun boleh pasal buat masa sekarang, sumbatkan dulu quilt saiz queen saya heheh. Gambar tak amik pula, tapi kami tak beli cadar warna ungu, kami beli hitam,putih, kelabu. Tu yang berkenan dan serasi dengan langsir bilik yang ada sedikit kelabu tu. Harap nanti bila dah bentangkan, semuanya akan serasi antara satu sama lain. Sabtu dan ahad ni bakal super bz.


Pagi-pagi lagi sudah mahu ke Ikea (nak makan meatball Yayang...!), kemudian pastinya akan terus balik ke Bangi, susun barang lagi, kemas apa yang patut. Ahad pula, insyaAllah, kedai perabot akan tukar sofa kami kepada yang betul-betul ikut kriteria pemilihan kami. Diorang akan hantar juga bantal dan skru katil yang mereka tertinggal masa penghantaran hari tu. Rasanya, kalau masih larat, mungkin nak pergi beli barang dapur dengan D. Saya dah siapkan senarai barang-barang keperluan rumah. Cuma tunggu gaji masuk aje. Biasa la kerja makan gaji, harapkan gaji sahaja la.


Alhamdulillah, buat masa ini semuanya masih ikut perancangan.


Kami rancang mahu siapkan semua yang asas dalam tempoh 20 minggu daripada hari pertama dapat kunci, yakni pada 15 Disember tahun lepas. Hari ni, rasanya genap minggu ke 14. Kami masih ada baki lebih kurang 4-5 minggu untuk waktu-waktu kecederaan sebelum genap 20 minggu yang kami beri pada diri sendiri. Kalau boleh, nak siapkan sebelum minggu ke 16. Hanya selepas tu, baru kami boleh fokus pada persiapan yang satu lagi tu *senyum!! Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kami.


InsyaAllah :D

12 Mac 2011

Projek: Ikea dan Cosway

Salam dan hai

Projek hari ni memang semata-mata untuk langsaikan barang-barang yang kami beli di Ikea dan Cosway.

Ikea barang-barangnya memang kena pasang sendiri dan memandangkan saya tak berminat, jadi D la yang kena buat. Saya cuma suka hias-hias barang sahaja.

Ni meja sisi daripada Ikea. Kami beli murah sahaja, RM29. Pasal kami tak beli set bilik tidur dan kami mahukan meja sisi yang murah sahaja, jadi Ikea la pilihan kami. Yang penting, kami cuma mahu letak telefon, wallet (saya mungkin beg tangan), kunci dan cermin mata sahaja diatas tu. Jadi meja ni cukup besar untuk barang-barang tu semua.


Ni pula langsir yang kami beli untuk letak di bilik air utama. D kata nak pasang mudah sahaja pasal tak perlukan skru atau apa-apa. Cuma lekapkan tiang tu di kiri dan kanan dinding, dah siap. Tak sangka pulak pemilihan warna ni mengubah keseluruhan warna bilik air ni. Terus jadi merah jambu keunguan.


ok, D dah jalankan tugasnya. Saya pun menjalankan bahagian saya -- kemas dapur. hehe

Ni beli kat Cosway. Fungsinya sebagai penapis, tak kisah la sayur ke, buah, apa-apa sahaja.


Saya beli pasal boleh tetapkan panjang pendek pemegangnya. Mudah nak buat kerja.


Ni lapik dibeli di Ikea. Saya ingat lagi masa kami nampak benda ni. Kami tak tahu apa fungsinya, tapi kami beli sahaja. Mungkin akan ada gunanya kemudian. Hehe.Gambar ni diambil masa saya dah potong ikut ukuran yang saya perlukan.


Kegunaannya untuk lapik/ alas kayu rupanya. Kalau ikut dalam bungkusannya, boleh digunakan untuk lapik tempat sudu garfu.

Tapi saya gunakan untuk lapik permukaan bahagian dalam untuk letak cawan dan gelas. Dalam gambar ni dah tak nampak sangat tempat ni beralas pasal warna yang kami pilih, pun putih.


Ini pula bekas yang saya beli untuk letak di ruang dobi. Saya sendiri pasang ni! *sebenarnya tak susah mana. Main lego lagi susah :P


Saya berjaya juga cari benda yang seakan-akan macam {
Post} saya yang dulu.

Lagi best, pasal ruang di tepi tu betul-betul comel nak letak bekas tu!


Ni belum buat make over lagi. Nanti sabun tu nak letak dalam bekas kaca bertutup, takde la kena angin dan air. Kena beli berus juga, penyidai baju, penyepit baju dan macam-macam lagi. Yang penting, koordinasi warnanya adalah biru dan putih. Tu pink sikit pada mesin basuh boleh pejam mata pasal saya memang akan alaskan permukaan mesin basuh tu dengan tuala warna biru kemudian nanti.

Takpa, kayuh perlahan-lahan.

Ni pulak, saya tak tau apa namanya, tapi diletakkan di dinding untuk elakkan lagaan tombol pintu dengan dinding. Buat masa sekarang, cuma letak di bilik kerja dan bilik air atas. Bilik-bilik lain ok lagi.


Rasanya itu dulu kot aktiviti kami. Sampai ke petang buat kerja. Saya sempat susun pisau dan letak sabun basuh pinggan kat tepi tu. Hehe. Sebenarnya, saya dah siap pun susun cawan, gelas dan pinggan mangkuk. Tapi tu tunggu dulu. Nanti baru saya amik gambar.



Hari Ahad ni perabot jadi datang, mungkin cite berbeza boleh dikongsi. Best best!!