Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Halaman Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Halaman Rumah. Papar semua catatan

27 Jun 2012

Beberapa Aktiviti Hujung Minggu

Salam dan hai

Macam yang telah dijanjikan, saya nak sambung post yang tertangguh minggu lepas. 

Tapi sebelum tu nak tanya, macam mana weekend korang semua? Harap digunakan dnegan efektif ye, tak kira la nak hias rumah ke, luang masa dengan pasangan dan anak ke atau berjalan-jalan ke.

Weekend saya minggu lepas, memang terisi penuh. Rasa macam tak cukup cuti 2 hari tu. Siap dapat kunjungan terhormat famili saya datang melawat kami (atau spesifik, melawat D yang cedera --katanya..!!) petang Sabtu.

ATLET yang tercedera

21 Mei 2012

Rak Kasut Pilihan Kedua

Salam dan hai

Ingat tak rak kasut idaman saya dalam (post) ini?



Gigih ok saya sekeluarga pergi Ikea semata-mata nak beli rak kasut ni. Malangnya. -- Nanti saya ceritakan daripada mula


Awal pagi, menuju ke Ikea. Dyzhwar boleh sambung tidur sampai pukul 10 pagi, jadi kena kasi dia sarapan dalam kereta. Nak kejar masa. 


Home made puding roti susu umi
Dah sampai Ikea, kami ke Curve dulu pasal saya teringin sangat nak pergi kedai Daiso. Tak penah pergi tapi selalu dengar nama kedai ni disebut-sebut. masa sampai kat sana, memang best sangat barang-barangnya, terutama barang-barang comel dan bekas-bekas plastik. Tapi pasal mengejar waktu, tak dapat pun terapi dalam kedai Daiso. 

Sebelum ke Ikea semula, kami makan tengah hari dulu di Subway.

Bagi Dyzhwar salad untuk ambil hati dia