Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Pendapat Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat Saya. Papar semua catatan

02 November 2012

Menu Berpantang Saya

Salam dan hai

Topik yang memang tak sesuai tiba-tiba dimasukkan ke dalam blog rumah ni. Tengah sedap-sedap cerita pasa deko rumah, tiba-tiba ada topik pelik camni.



Semalam, masa tengah kemas kini koleksi gambar-gambar Dyzhwar, buang mana-mana gambar yang kabur dan duplicate, tiba-tiba baru perasan ada terselit gambar dibawah ni



26 September 2012

Memegang Amanah Anak


Salam dan hai


Saya nak kongsi cerita tentang isu Pecah Amanah. --Boleh kot gunakan istilah ni dalam konteks post ni hehe. Amat sesuai untuk bulan Syawal yang telah berlalu.

Isu pecah amanah dalam rumah tangga, apabila wang digelapkan.

Wang siapa? 

Ye, semua tahu duit suami adalah duit isteri juga. tapi duit isteri, bukan duit suami.

Bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang duit anak-anak. Yang belum ada anak lagi, tak apa, ni boleh dijadikan tauladan.

Kalau kita perhatikan, daripada kecil lagi, anak-anak ini sudah diberikan wang oleh orang sekelilingnya. Terutama pada hari jadinya, ketika masih dalam hari, atau pada hari raya. Saya melahirkan Dyzhwar seminggu sebelum raya. 

Memang terbukti teori, bayi akan dapat duit raya lebih banyak daripada kanak--kanak. Sekali dihulur, paling-paling kurang nota bewarna merah.

Dyzhwar dalam hari.. masih demok

11 Julai 2012

Kisah Dyzhwar, Carseat dan 25 minit yang Panjang

Salam dan hai


Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).


Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar. 

Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.

Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.


Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat

22 Jun 2012

Bilik Permainan: Keperluan atau Tidak?

Salam dan hai

Saya ada terima beberapa emel (kebanyakkan pembaca sedia ada blog kawin saya pasal diorang emel kepada diaterimanikahnya@gmail.com. Memang korang pandai hehe), bertanyakan pendapat saya tentang bilik permainan dan kebanyakkan mengfokuskan kepada kos keseluruhan bilik permainan dan keperluannya.

Memandangkan dah ramai yang bertanya, saya rasa tak salah untuk saya kongsi. Tiada niat untuk riak (bilik permainan aje pun, bukan kabinet dapur  atau extend rumah pun) sekadar berkongsi info dan memudahkan ibu-ibu atau bakal ibu yang berniat nak sediakan bilik permainan untuk anak masing-masing.

Tapi saya akan buat secara berperingkat. Post kali ni, saya nak kasi intro dulu kenapa saya buat bilik permainan kerana ada yang bertanya pada saya, bilik permainan ni perlu ke ada dalam rumah.

Jawapan pada pendapat saya: ikut kepada pilihan ibubapa kanak-kanak itu