Salam dan hai
Kalau dalam bahagian pertama, saya dah kongsi tentang menu majlis akikah Dyzhwar, kali ni untuk bahagian kedua saya nak kongsi tentang susunan waktu saya bekerja untuk menyediakan menu dan keperluan majlis yang lain.
Majlis kami hari Sabtu, 6 Oktober. Seperti yang sudah saya sebut di dalam bahagian pertama, saya susun siap-siap pinggan mangkuk lengkap ada label di atas meja buffet 2 hari sebelum hari majlis. Perkara-perkara sampingan yang lain macam kedudukan bekas nasi dan bentangkan tikar, baru saya buat malam hari majlis.
Selain tu, saya senaraikan siap-siap kerja-kerja adhoc yang perlu disediakan, macam alas meja makan, cetak label makanan, lap pinggan makan dan gelas, sediakan bekas nak bancuh air, beli plastik untuk bungkus makanan, beli daun pisang kat pasar, dan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. List ni biasanya saya sediakan seminggu awal dan dicatat bila-bila masa yang saya teringat. Selalu simpan dalam handphone, senang nak kemas kini senarainya.
Saya senaraikan menu-menu majlis akikah ni dalam kertas biasa aje. Kertas ni daripada buku nota biasa sahaja. Belakang tu, saya dah cetak siap-siap deko hidangan yang saya nak imitasi. Hehe
Kertas ni tampal di pintu peti ais. Bila ada menu yang dah siap, terus potongkan daripada senarai.