Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Dyzhwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Dyzhwar. Papar semua catatan

05 April 2013

Bila Anak Sakit

Salam dan hai

Dyzhwar jarang jatuh sakit. Kebanyakkan masa dia seorang yang sangat aktif dan tak suka berehat, kecuali masa tidur.


11 Januari 2013

Pengaruh Ibubapa Dalam Proses Pembelajaran Anak

Salam dan hai

Tajuk fancy gile. 

Sebenarnya, saya cuma nak kongsikan perkembangan Dyzhwar yang sudah  nak masuk setahun 5 bulan ni. Dalam peringkat usia Dyzhwar sekarang, proses pembelajaran dia adalah melalui peniruan perbuatan orang sekelilingnya dan individu yang paling kuat pengaruhnya, adalah umi dan babahnya.

Saya tak suka senjata-senjata atau video gaduh-gaduh, jadi Dyzhwar kalau tengok orang gaduh, even persembahan silat majlis perkahwinan, dia akan nangis ketakutan. Tengok cerita Boboi boy tu pun dia boleh nangis kalau ada adengan pergaduhan. 

Sentap lebih.

Sekarang, setiap kali balik, dia akan terus ke dapur, keluarkan 'pan' dia, skali dengan bekas penyukat dan sudip, dia akan terus 'masak'. Dia meniru apa yang saya selalu buat. Balik rumah terus masak. Nasib baik la Dyzhwar tidak menunjukkan minat main video game cam babahnya --belum menunjukkan minat main video game dan harap dia takde minat nak main video game.

Minat bersukan sedang cuba diterap.

Babahnya penyokong real madrid, maka kena pakai jersi RM



18 Disember 2012

Bila Opah dan Umi Tak Sependapat

Salam dan hai


Ibu kadang-kadang tak setuju dengan cara saya.  Biasa la, Opah dan cucu, lain hubungannya berbanding ibu dan anak. Ibu sekarang, tak sama dengan ibu masa kami adik beradik kecik-kecik.. atau mungkin kami bertiga masa tu terlalu nakal, jadi ibu sangat-sangat garang. Setakat kena cili mulut pasal tipu ibu tak mengaku letak sabun basuh baju banyak-banyak dalam mesin basuh, kena kurung kat luar rumah pasal ibu panggil mandi masa Maghrib, tak balik-balik, diberi parang dan pisau sorang satu bila bergaduh, dah menjadi rutin masa kami kecil. Tapi bila dengan cucu sendiri, dah lain agaknya.  







28 November 2012

Soalan Rawak

Salam dan hai

Biasanya, soalan paling menjengkelkan ibubapa adalah bila ditanya tentang perkembangan anak.


"Dah boleh buat apa dah?"
"Meniarap aje? Eh anak akak masa baya anak ko, dah boleh bertatih dah"
"Lambat ni tumbesaran anak ko"
"Keciknya anak ko, tak macam budak 7 bulan pun"
"Ko tengok anak aku, lebih muda daripada anak ko, tapi dah lebih berat daripada anak ko"

Tapi untuk saya dan D, soalan ni tidak pernah diajukan pada kami. Syukur pasal Dyzhwar semuanya cepat. Berjalan pun lebih cepat daripada saya masa kecik, 9 bulan sudah berjalan. Berat dan tinggi semuanya bagus. Sudah mula nak bercakap. Faham arahan yang mudah. Dah boleh tolong isi baju dalam mesin basuh. dah boleh diharap bawakan makanan ke meja makan. Dah boleh berdikari suap makanan sendiri..

Tapi Allah tu Maha adil. Dia tak bagi kita semua.



Soalan yang saya selalu terima

28 September 2012

Role Play

Salam dan hai

Anak-anak ni, proses pembelajaran dia paling cepat adalah meniru perbuatan orang lain. 

Lepas ada anak, baru la faham kenapa kawan-kawan saya yang dah ada anak, selalu upload gambar anak-anak mereka sedang bersolat dengan gaya masing-masing.




20 September 2012

Car Seat Baru

Salam dan hai

Dah lama tak cerita tentang car seat Dyzhwar.

Saya pernah cerita pengalaman pahit manis saya bersama Dyzhwar dan car seatnya (Post)

Kami berdua memang dah lama pasang niat nak beli car seat baru. Kami tahu car seat lama dah tak sesuai sangat untuk Dyzhwar, baik daripada segi bentuknya dan fungsinya. Tapi pasal kami perlu uruskan kewangan untuk perkara-perkara lain, jadi pembelian ni lambat sikit dapat dijayakan.

Akhirnya, berjaya juga beli. Kami tak buat survey sangat pun pasal kami beli yang mengikut kemampuan kami. Kami masih pilih Sweet Cherry tapi kali ni tak beli di Gudangnya, sebaliknya cuma beli di Manjaku pasal harga pun lebih kurang, tak banyak beza pun.

Kiranya ni hadiah belated hari jadi Dyzhwar. Lambat hampir sebulan tapi takpe. Dia tak faham apa-apa lagi.



Muka protes lagi masa ni

13 Ogos 2012

Perasaan Seorang Anak

Salam dan hai


Ibu saya seorang suri rumah. Jadi saya memang tiada pengalaman langsung dihantar ke rumah orang ketika ibu dan ayah bekerja. Pengalaman rumah dihantar beberapa orang kanak-kanak tu ada lah pasal ibu walaupun suri rumah, tapi dia bekerja daripada rumah. Dia jadi baby sitter, dan pagi-pagi kadang-kadang jual nasi lemak. Saya ingat lagi, masa saya jual nasi lemak kat sekolah, pakcik kantin dengki pasal ramai kawan-kawan beli nasi lemak dengan ibu, jadi dia mengadu pada cikgu dan akhirnya saya tidak dibenarkan berniaga di sekolah. 

Keji.

Tapi post ni bukan berkenaan pakcik kantin berhati gelap.

Post ini berkenaan hati dan perasaan seorang anak yang ditinggalkan, sama ada di taska atau baby sitter. Saya tak memahami perasaan itu. Tapi saya cuba juga memahami apa perasaan Dyzhwar ketika saya meninggalkan dia di rumah Opahnya ketika saya bekerja.

Kadang-kadang, Dyzhwar berikan pandangan kosong pada saya. Itu pada mula-mula dulu, tapi sekarang, setelah mengetahui dia mempunyai kuasa Xmen- dia boleh menggerakkan umi ke arah dia jika dia menangis- dia akan menangis sambil buat sujud syukur sebagai tanda protes dia. Kalau hari yang dia bad mood, dia akan buat sujud sahwi pula.

Belum lagi sampai ke tahap lari panjat pagar macam ada seorang budak tu pernah buat masa zaman mak saya jadi baby sitter. serius, saya fikir masa tu, Spiderman memang benar-benar wujud.

Rasanya, mana-mana ibu pun pasti setuju, tiada perasaan yang lebih indah apabila menjemput anak kita, dan melihat anak kita menunggu di depan pagar atau berlari mendapatkan kita.



11 Julai 2012

Kisah Dyzhwar, Carseat dan 25 minit yang Panjang

Salam dan hai


Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).


Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar. 

Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.

Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.


Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat

09 Julai 2012

Pakai Selotape Aje?

Salam dan hai


Hujung minggu lepas tak banyak aktiviti deko rumah berjalan.

Sebabnya si bujang kecik demam hari Sabtu pagi. Kali pertama dia demam. Memang pengalaman pertama saya jaga bujang kecik demam dan pengalaman  pertama bujang kecik demam. Mula-mula pelik juga, dia bangun tidur tak nangis, tapi senyap sahaja. Selalu bangun tidur terus nangis, macam marah-marah "Kenapa umi dan babah tinggalkan saya sorang-sorang atas katil..!!" - cam tu la. Tapi pagi tu asyik nak menempek kat saya. Manja yang amat. Makan pun tak mahu, asyik muntah. Cuma nak minum susu sahaja. Tak mahu berjalan, nak berdukung sahaja.

Teringat ibu pernah cerita, saya masa kecik dulu, makin sakit, makin diam. 

Badan Dyzhwar memang sentiasa panas, dia macam saya. Jadi susah nak agak dia demam ke tak. Patut kena beli termometer suhu badan lain kali*. Tapi ibu pernah cerita, periksa suhu belakang lutut dia dan tapak kaki dia. Kalau panas, tandanya demam.

...Dan memang bos kecik demam.


Kami pergi bawa Dyzhwar jumpa doktor, suhunya masa tu dah kurang pasal saya asyik tuamkan badan dia. Rupanya dia demam nak tumbuh gigi.  Ingatkan berjangkit daripada sepupunya Aqil, yang demam juga masa saya call abang saya. Masa tumbuh gigi empat batang depan tu, takde pulak dia demam. Sedar-sedar dah tumbuh dan mula mengigit saya masa menyusu.

Gambar rekod: Susah nak amik gambar gigi dia ni. Tunggu tidur, baru dapat


20 Jun 2012

Alternatif untuk Toddle Truck

Salam dan hai


Dulu, saya pernah nak beli item ni untuk latih Dyzhwar berjalan, pasal ibu tak kasi saya beli walker dan saya pun memang tak mahu beli walker. 


Sumber: Ikea
Boleh jadi dwi fungsi; untuk latih Dyzhwar jalan dan untuk letak permainan dalam tu.

Tapi sudahnya, Dyzhwar ada pilihan sendiri. Dia pilih yang ini.


Sumber: Ikea