Lori Surat Khabar Lama

29 Mac 2011

Post Pendek

Salam dan hai Post takde gambar Cuma nak cakap, pindah ke rumah baru berdua, memang amat seronok! bukan seronok pasal berdua aje, tapi pasal kita jadi lebih rapat dengan pasangan. Jadi pendek kata: usaha la untuk tinggal berdua! Cam artikel Harian Metro hujung minggu hari tu, pasangan baru berkahwin seeloknya elakkan daripada tinggal bersama ibu bapa.Kalau atas sebab tak dapat nak dielakkan, tak apa. cuma perlu usaha ke arah tinggal berdua. Cam pepatah ibu pernah cakap, "orang cina, rumah jangan banyak, tapi tinggal sekali banyak . Orang melayu, jangan tinggal sekali banyak, rumah banyak-banyak tak apa". Orang cina tak apa tinggal ramai-ramai satu rumah, tapi orang Melayu elakkan.. sekian terima kasih

24 Mac 2011

Perkara yang Saya suka Tengok

Salam dan hi

Idea sentiasa berkembang di Internet

1. Membezakan kunci -gunakan pewarna kuku


2. Kurangkan lagaan antara pinggan - letak pinggan kertas diantaranya


3. Simpan beg plastik- gunakan ini yang diambil daripada kertas penyerap minyak


4. Kebosanan dengan laci yang biasa- letak wallpaper


5. Tetapkan kedudukan tuala- pakai pengepit kertas


Banyaknya idea~

23 Mac 2011

Sepantas yang Boleh

Salam dan hai



Saya terpaksa privatekan blog ni pasal ada beberapa follower baru yang mengikuti blog ni. Tak mahu blog ni terdedah secara meluas, jadi saya jadikannya private. Saya cuma mahu berkongsi blog ni dengan beberapa orang kawan, tak mahu menyusahkan mereka kena log in setiap kali mahu buka blog saya. Pasal tu tak privatekan dulu. Tapi sekarang, kena private. Maaf la ye.



Ok, tak perlu ulas lanjut. Nak bercerita tentang perkembangan rumah kami. 19 Mac 2011 Dalam bakul dobi tu, saya angkut sekali dengan penyidai baju, selipar tandas, bahan pencuci, berus tandas dan segala apa yang saya dapat fikirkan. Beli barang-barang ni pun dah tak ingat bila, tapi pergi ke kedai khemah depan Bansoon tu aje dan di Grand Union.




Ni bakul dobi kami. Pada mulanya memang nampak besar sangat, tapi lepas letak baju kami berdua selama seminggu, memang cukup-cukup! Mahunya tidak, seluar kerja D dua helai, baju kemeja 5 helai, baju kurung saya 10 helai (kalau kira baju dan kain) tudung pun dalam 4-5 helai juga. Anak baju, baju basahan, kain pelekat dan sebagainya, dah tambah lagi. Basuh sekali seminggu, jadi harap mesin basuh 10kg kami tu memadai InsyaAllah.




Mula-mula nak beli bakul macam ni di Houzdepot (ejaan tak pasti) tapi bila jumpa bakul yang sama besar pada harga lebih murah (dan ikut warna tema ruang dobi iaitu biru yeay!) jadi sambar aje.



Masa saya basuh baju, D pula sibuk nak pasang Roman blind kami. Baru amik daripada Macy. Mahal juga la bagi kami, dalam RM200 setiap satu termasuk upah jahit, aksesorinya dan kain, tapi jahitan kemas dan kainnya pun cantik. Kami cuma dapat potong kos daripada segi pengangkutan dan pemasangan. D nak taknak kena belajar cara pasang melalui YouTube. hehe Saya tak pasti apa D buat masa ni, tapi dia kata, dalam video tu, kita kena ukur dulu panjang Roman Blind dan jarak yang kita mahukan pada tingkap.





Saya biarkan D dengan kerja dia dan saya sibuk dengan dapur saya. Ye, saya dapur saya adalah buah hati saya di rumah ini. Saya dah lama susun semua perkakasan dapur, rasanya daripada hari pertama dapur dah siap, tapi bila saya tengok semula, saya rasa tak suka. Tak rasa tersusun langsung.. FUGLY!




FUGLY!! (tu pinggan makan kami. Besar kan!? tapi tu aje yang sesuai pasal ada dua set pinggan dan bewarna putih. Hadiah pinggan mangkuk yang lain, kebanyakkan setnya lebih sesuai dijadikan pinggan lauk. Pasal tu nak beli set pinggan makan putih untuk tetamu. Harap dapat gi Ikea minggu ni)




FUGGGLLY!! Saya rasa macam tak tak kena dengan keseluruhan gambar dibawah ni. Tapi buat masa ni, itu aje yang kami boleh buat (Walau hati meronta tak mahu letak sudu dan garfu disitu.




FUGLLY--PERIOD! penyidai baju tu memang untuk sementara waktu sahaja disitu. Tapi bahan pembersih tu memang fugly berada disitu. Dan bercampur dengan penapis dan tempat pemotong --Apa??! Tunggu masa untuk saya beli bekas plastik untuk simpankan semua bahan cucian dalam tu ikut kategori.




HALF FUGLY. Saya luluskan susunan untuk rak bawah. Pasal banyak warna putih dan saya suka peralatan putih. Hehe. Tapi susunan rak atas tak cantik dan kemas.




HALF FUGLY juga. rak bawah dah cantik, cuma susunan terlalu dekat antara setiap set. Kena jarakkan sikit atau mungkin saya perlu ubah kedudukan cawan. Susunan rak atas, tak kena pasal bercampur antara pinggan dan jag/teko air.




Tak puas hati dengan susunan peralatan dapur saya. Kena buat rombakan semula Sambil saya ngomel-ngomel depan kabinet dapur, D dah siap pasang Roman Blind kami. Alhamdulillah, Cantik D pasang. Sejuk sikit hati lepas tengok isu dapur. Jimat duit pemasangan kan? Bagus YouTube! Ni rupanya kalau di tarik habis.




Turunkan sikit




Dah turun habis.


Kami pilih warna ni pasal warna coklat tu sesuai dengan bingkai khalimah Allah-Muhammad kat atas tu dan warna hijau tu, warna utama ruang luar rumah kami. Adalah kesinambungannya.




D teruskan dengan pemasangan roman blind di dapur. Saya cuma sempat amik gambar masa dalam proses, bila dah siap, terlupa nak amik gambar.




20 Mac 2011 Saya dan D dah sepakat nak beli almari baju. Mula-mulanya, D cuma nak beli almari zip tu aje tapi saya nye polisi, biar alah membeli, menang memakai. Tak suka simpan banyak perabot. Biar apa yang kita beli, kita guna lama. Tapi tak berjaya yakinkan D, sehingga la D terjumpa satu almari yang dia sendiri berkenan. Dan-dan tu dia setuju nak beli almari *Ceh!!


Sebenarnya, D pun pelik mengapa saya tak suka beli set tidur lengkap, yang biasanya lebih murah berbanding beli satu-satu. Entah, tak de jawapan. Cuma kalau berkenan katil, tak berkenan pula kat almarinya, atau tak suka dengan meja sisi yang ada berukir, atau meja mekap yang hanya akan makan ruang. Jadi, saya lebih suka beli satu-satu, ikut pada keperluan kami. Ni D tengah tengok ruang dalam model almari kami/ almari cinta pandang pertama dia. Kami ubah susunan ruang dalam, ikut keperluan kami (atau saya. heheh). Ye, saya memang tak suka ikut sesuatu yang standard. Saya mesti nak ubah ikut keperluan saya.






Memandangkan kami ada buat permintaan berbeza daripada model sedia ada, jadi kena tunggu paling awal 2 minggu untuk dapat almari ni. Tak apa, insyaAllah harap pilihan kami ni yang bersesuaian dengan keperluan semasa kami.


22 Mac 2011


Hari ni singgah sekejap ke rumah kami. D cuti hari ni, jadi dia siapkan banyak urusan berkenaan rumah. Masa saya sampai rumah ibu, D nak ke Bangi semula nak hantar water dispenser. Saya tak tau apa-apa tentang water dispenser ni (pada masa tu saya membayangkan mineral pot), tapi nak ikut juga. Rupanya, ibu belikan saya water dispenser ni.


Pasal ibu kata, saya tak biasa minum air paip yang dimasak. Selama ni, ayah memang amik air mata air untuk air minuman kat rumah, jadi ibu takut saya tak biasa dengan air masak biasa. Nak nya dalam keadaan saya sekarang. Keputusan =suka sangat (walau masa tu tak tau apa tu rupa water dispenser) !! Ibu pernah cadangkan saya beli, tapi saya kata, saya tak boleh nak beli dulu pasal takde baget untuk itu. Jadi saya mungkin amik air daripad opis bawa balik rumah dan minum *Sedih.




Bila dah buka kotak, baru tau.. Ooo.. macam air kat opis tu. Ibu beli daripada kawan terapi dia, dapat harga memang super murah! -- untuk mesin dan botol air besar sebanyak 10 botol. Memang super banyak! Suka, terima kasih ibu!! Ibu kata, kalau beli kat luar memang beratus la, termasuk dengan botol air bergelen-gelen tu. Tapi pasal orang tu nak tolong dan tak cari untung (rasanya pasal ibu baik sangat kot) jadi dia kasi ibu harga tu.


Dzulq kata model ni sama macam yang kat opis dia punya.


Seperti biasa, orang teruja akan terlupa nak amik gambar rupa water dispenser ni. Cuma teringat nak amik kat kotak aje. 'Bijak'


Nampaknya, saya kena keluarkan senarai nak beli cerek elektrik dan bekas plastik untuk simpan air dalam peti ais memandangkan dah ada water dispenser ni. Malam tu kami solat dulu di rumah sana.


Sesuatu yang kami perasan, kami rasa, kami tak perlukan lampu untuk ruang famili memandangkan lampu pada tangga sudah mencukupi untuk pencahayaan nak menonton TV. tak terlalu terang dan tak terlalu malap. Jadi, sumber elektrik tu, kami akan pasang kipas. Ye, mungkin tips hari ni, duduk di rumah pada waktu malam juga, ada banyak yang kita terlepas di waktu siang, kita akan perasan di waktu malam. Gambar di bawah ni tiang katil kami. Memikirkan alternatif, memandangkan kami belum dapat lagi almari baju dalam tempoh 2 minggu ni, jadi alternatifnya, mungkin kena sangkut baju kerja yang dah digosok pada tiang katil. Kayu meranti tahan kot kan?



Lepas solat, kami terus ke Alamanda. D amat teruja nak cari cadar katil. Saya cuma nak gi pasal saya nak makan Rasamas. Susah rupanya nak cari cadar katil saiz King memandangkan rata-rata cadar katil yang cantik dan mampu milik, dalam saiz queen. D nak sangat masuk Ausinno. Jadi pergi la temankan dia. Akhirnya, sambar satu cadar Ausino.


Tapi puas hati pasal beli selepas potongan dan dapat satu set lengkap, kecuali kena beli quilt. Yang tu kemudian pun boleh pasal buat masa sekarang, sumbatkan dulu quilt saiz queen saya heheh. Gambar tak amik pula, tapi kami tak beli cadar warna ungu, kami beli hitam,putih, kelabu. Tu yang berkenan dan serasi dengan langsir bilik yang ada sedikit kelabu tu. Harap nanti bila dah bentangkan, semuanya akan serasi antara satu sama lain. Sabtu dan ahad ni bakal super bz.


Pagi-pagi lagi sudah mahu ke Ikea (nak makan meatball Yayang...!), kemudian pastinya akan terus balik ke Bangi, susun barang lagi, kemas apa yang patut. Ahad pula, insyaAllah, kedai perabot akan tukar sofa kami kepada yang betul-betul ikut kriteria pemilihan kami. Diorang akan hantar juga bantal dan skru katil yang mereka tertinggal masa penghantaran hari tu. Rasanya, kalau masih larat, mungkin nak pergi beli barang dapur dengan D. Saya dah siapkan senarai barang-barang keperluan rumah. Cuma tunggu gaji masuk aje. Biasa la kerja makan gaji, harapkan gaji sahaja la.


Alhamdulillah, buat masa ini semuanya masih ikut perancangan.


Kami rancang mahu siapkan semua yang asas dalam tempoh 20 minggu daripada hari pertama dapat kunci, yakni pada 15 Disember tahun lepas. Hari ni, rasanya genap minggu ke 14. Kami masih ada baki lebih kurang 4-5 minggu untuk waktu-waktu kecederaan sebelum genap 20 minggu yang kami beri pada diri sendiri. Kalau boleh, nak siapkan sebelum minggu ke 16. Hanya selepas tu, baru kami boleh fokus pada persiapan yang satu lagi tu *senyum!! Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kami.


InsyaAllah :D

22 Mac 2011

Tempat Letak Kunci


Salam dan hai

Saya memang mencari idea nak jadikan tempat letak kunci. Kalau disenaraikan, kami perlukan tempat untuk letak kunci bagi:
1. set kunci rumah D
2. set kunci rumah saya
3. set kunci kereta D
4. set kunci kereta saya + set kunci rumah ibuayah
5. set kunci rumah makayah D
6. Master key

Jadi, paling kurang, kami perlukan 6 tempat untuk letak kunci-kunci kami. Saya memang tak mahu tempat letak kunci yang boleh dibeli kat kedai pasal saya rasa macam tak praktikal. Dilebihkan rupa daripada fungsi. Besar dan makan ruang. Lagipun, saya tak mahu jadikan tempat letak kunci ni sebagai hiasan. Bahaya, perkara penting sebegini, dijadikan bahan tayang.

Lokasi nak letak tempat kunci sudah ada. Cuma idea untuk tempat letak kunci itu sahaja masih belum diputuskan.

Saya punya idea, nak jadikan bingkai gambar Ikea hadiah kahwin hari tu, sebagai tempat letak kunci. Dah cakap kat D, tapi dia tak dapat nak bayangkan saya nak DIY macam mana. Saya pun susah nak terangkan pada D melalui cakap. Kena tunjuk baru jelas.

Sampai la baru-baru ni, saya terjumpa gambar ni!



Lebih kurang macam ni la idea saya! ada gak orang buat macam ni. Cuma idea saya, bingkai gambar tu memang sudah ada 5 bahagian berlainan, jadi nak letakkan paku/ penyangkut terus pada bahagian-bahagian tu. Kemudian label ikut kategorinya. Kunci master key kena la letak di bingkai yang lain pasal tu kunci utama.

Nak kena DIY! Suka dapat gunakan otak bekerja sikit.








13 Mac 2011

Ada yang Tak Kena

Salam dan hai

Hari ni penghantaran perabot yang kami tempah 2 bulan lepas. Ikutkan bulan lepas dah boleh dapat tapi kami tangguhkan pasal tak mahu bertembung dengan hari kabinet dapur pasang. Jenuh nanti nak mengemas habuk!

Perabot sampai awal, sebelum pukul 11 lagi. Kami sedikit terlewat hehe

Ni masa sofa sampai dan D tengah bagi arahan selanjutnya tentang kedudukan sofa tu.


Ini sofa setelah diletakkan dengan elok.. dan..

Sesuatu silap disini.

Kami rasa kedudukan sofa ni, kami minta yang 3 tempat duduk tu mengadap tingkap, dan bukannya dalam kedudukan di atas.

Sebabnya kami nak kedudukan macam tu, pasal kami tak mahu tetamu mata meliar tengok rumah kami. Biar mereka tengok pemandangan di luar rumah ehehe. Mana tahu kami dah ada anak nanti ke, takde la mata mereka meliar tengok anak dara kami hehe. Lagipun, kalau sofa 3 tu kedudukan macam di atas, akan menutup 2 suis dibelakang tu.

Nasib kriteria sofa ni memenuhi kehendak kami. Kami memang tak mahu pilih kulit sebab tak sesuai dengan suhu di Malaysia dan nanti peluh dan sebagainya melekit dan susah ditanggal. Kami pilih fabrik kulit dibahagian bawah dan keliling sofa dan bukannya pada fabrik sofa tu sendiri.

Ini pula gambar masa pekerja tengah pasang katil kami.


Terlupa nak amik gambar penuh! Tak apa la, minggu depan insyaAllah pergi lagi, boleh la amik gambar penuh. Tapi kami masih belum beli alas katil lagi jadi nak amik gambar pun tak best juga.

D kata nanti dia akan ke kedai tu jumpa penjual yang uruskan akaun kami. Nasib dalam resit tertulis kriteria yang kami minta. Jadi harap tiada masalah nak tukar.

Lepas selesai penghantaran, D ukur langsir ruang tamu. Tapi terlebih pula jadinya. Ni pun kena minta tolong ibu pendekkan sikit. Tapi D dah pasang siap-siap tempat nak sangkut langsir, tinggal langsir aje.

Petang tu, kami berdua sempat hadiri jemputan jiran. Majlis kesyukuran. Dapat la kenal-kenal dengan orang-orang kat situ. Rasanya kami yang paling muda. Rata-rata semua penduduk kat situ dah ada anak kecil dah. Sempat juga la tanya idea deko rumah mereka macam mana memandangkan kami nak tahu apa idea dijadikan pembahagi ruang makan dan ruang tamu.

Seronok bila tengok semakin banyak bahagian rumah dah diisi. Sempat juga mandi dan solat di rumah. Kemudian , perasan banyak lagi sebenarnya benda-benda kecil yang kami tak beli lagi macam lap kaki, penyangkut tuala dan macam-macam lagi la.

Ikea jom Yayang!?

12 Mac 2011

Projek: Ikea dan Cosway

Salam dan hai

Projek hari ni memang semata-mata untuk langsaikan barang-barang yang kami beli di Ikea dan Cosway.

Ikea barang-barangnya memang kena pasang sendiri dan memandangkan saya tak berminat, jadi D la yang kena buat. Saya cuma suka hias-hias barang sahaja.

Ni meja sisi daripada Ikea. Kami beli murah sahaja, RM29. Pasal kami tak beli set bilik tidur dan kami mahukan meja sisi yang murah sahaja, jadi Ikea la pilihan kami. Yang penting, kami cuma mahu letak telefon, wallet (saya mungkin beg tangan), kunci dan cermin mata sahaja diatas tu. Jadi meja ni cukup besar untuk barang-barang tu semua.


Ni pula langsir yang kami beli untuk letak di bilik air utama. D kata nak pasang mudah sahaja pasal tak perlukan skru atau apa-apa. Cuma lekapkan tiang tu di kiri dan kanan dinding, dah siap. Tak sangka pulak pemilihan warna ni mengubah keseluruhan warna bilik air ni. Terus jadi merah jambu keunguan.


ok, D dah jalankan tugasnya. Saya pun menjalankan bahagian saya -- kemas dapur. hehe

Ni beli kat Cosway. Fungsinya sebagai penapis, tak kisah la sayur ke, buah, apa-apa sahaja.


Saya beli pasal boleh tetapkan panjang pendek pemegangnya. Mudah nak buat kerja.


Ni lapik dibeli di Ikea. Saya ingat lagi masa kami nampak benda ni. Kami tak tahu apa fungsinya, tapi kami beli sahaja. Mungkin akan ada gunanya kemudian. Hehe.Gambar ni diambil masa saya dah potong ikut ukuran yang saya perlukan.


Kegunaannya untuk lapik/ alas kayu rupanya. Kalau ikut dalam bungkusannya, boleh digunakan untuk lapik tempat sudu garfu.

Tapi saya gunakan untuk lapik permukaan bahagian dalam untuk letak cawan dan gelas. Dalam gambar ni dah tak nampak sangat tempat ni beralas pasal warna yang kami pilih, pun putih.


Ini pula bekas yang saya beli untuk letak di ruang dobi. Saya sendiri pasang ni! *sebenarnya tak susah mana. Main lego lagi susah :P


Saya berjaya juga cari benda yang seakan-akan macam {
Post} saya yang dulu.

Lagi best, pasal ruang di tepi tu betul-betul comel nak letak bekas tu!


Ni belum buat make over lagi. Nanti sabun tu nak letak dalam bekas kaca bertutup, takde la kena angin dan air. Kena beli berus juga, penyidai baju, penyepit baju dan macam-macam lagi. Yang penting, koordinasi warnanya adalah biru dan putih. Tu pink sikit pada mesin basuh boleh pejam mata pasal saya memang akan alaskan permukaan mesin basuh tu dengan tuala warna biru kemudian nanti.

Takpa, kayuh perlahan-lahan.

Ni pulak, saya tak tau apa namanya, tapi diletakkan di dinding untuk elakkan lagaan tombol pintu dengan dinding. Buat masa sekarang, cuma letak di bilik kerja dan bilik air atas. Bilik-bilik lain ok lagi.


Rasanya itu dulu kot aktiviti kami. Sampai ke petang buat kerja. Saya sempat susun pisau dan letak sabun basuh pinggan kat tepi tu. Hehe. Sebenarnya, saya dah siap pun susun cawan, gelas dan pinggan mangkuk. Tapi tu tunggu dulu. Nanti baru saya amik gambar.



Hari Ahad ni perabot jadi datang, mungkin cite berbeza boleh dikongsi. Best best!!

11 Mac 2011

Dapur dah Siap!


Salam dan hai

Akhirnya~~ Penantian kami berhasil!!

Dapur dah letak solid surface.

Memandangkan saya dan D dua-dua tak dapat nak cuti semalam, jadi ayah yang tolong bukakan gate untuk orang kedai masuk dan bekerja. Ayah kata diorang buat dalam sejam aje.

Saya cuti hari ni, Hari Jumaat semata-mata nak tengok dan kemas dapur. Teruja sangat nak tengok dapur macam mana. Walau macam mana sekalipun, saya tetap kena kemas satu rumah, pasal rumah dah berhabuk sangat. Nasib ayah ada, jadi ayah tolong mana yang sempat sebelum dia pergi solat Jumaat.

Bila tengok --Oh suka sangat!!

Ni gambar dapur masa takde apa-apa pun.





Kemudian..


TADA~~~ dah siap!!



Simple sahaja. Bukan rekaan moden, tapi cukup la dapur ni praktikal untuk kami suami isteri.


Memandangkan D takde, jadi saya memegang tampuk pemerintahan mengemas rumah hari ni! Mula-mula kemas tingkat atas, vakum, mop bagai, kemudian baru ke tingkat bawah.



Tapi saya lebih bersemangat nak kemas dapur. *bias mode. Tak sabar-sabar, terus sahaja saya keluarkan barang-barang yang saya beli di Ikea {
Post} minggu lepas dan terus sahaja letak di dapur.


Dah letak bekas-bekas herba ni di atas Lazy susan. Tapi baru perasan, bila pusing-pusingkan lazy susan ni, dengan bekas-bekas ni pun bergerak. Jadi penyelesaiannya, kena beli placement. Ada saiz sesuai kat Ikea hari tu, tapi tak pasti ada warna yang saya nak ke atau tak


Saja letak cuppies comel ni kat atas dapur hehe


Magnet pun saya dah siap-siap susun di peti ais. Memandangkan D tak suka magnet diletak di peti ais pasal semak, jadi saya letak di tepi peti ais. Kiranya, kami berdua dapat apa yang kami mahukan. Adil kan sayang?



Esok, saya nak kemas bahagian ruang dobi pula dan letakkan beberapa barang yang saya dah beli daripada Cosway. D pula kena pasang meja sisi, langsir bilik air, dan ada beberapa perkara adhoc yang lain. Rasanya katil dan perabot ruang tamu sampai hari Ahad, tapi esok diorang akan telefon untuk bagi waktu muktamad.

09 Mac 2011

Ikea Lagi


Salam dan hai

Sehari selepas siap pasang kabinet, 6 hb Mac kami ke Ikea.

Niat nak beli Ikea Troli ni. Nak sangat-sangat pasal saya dah dapat bayangkan, memang banyak gunanya kalau saya beli troli ni. Memandangkan ruang bekerja mungkin terhad, jadi rasanya troli ni boleh saya gunakan untuk letakkan bahan-bahan untuk ditumis atau digoreng. Material sold wood, jadi rasanya sepatutnya ok dan tahan lama.

Kat bahagian bawah tu boleh la letak rice cooker ke, letak bawang. Tepi dia boleh la letak kain lap tangan, kain pemegang atau segala senduk pun boleh.



Dah nampak masa depan yang cerah bersama troli tapi malangnya,takde dalam stok IKEA. Harus la meroyan.. Kalau yang display boleh hamik, aku hamik!! Haih.. Kena pergi bulan depan nampaknya.

Nasib dapat jumpa beberapa barang kecil keperluan dapur yang lain, terutama lazy susan. Jadi masih ada sebab untuk senyum

Letak satu gambar hiasan.

Kabinet Dapur 50%


Salam dan hai

Masa yang ditunggu telah tiba. 5hb memang hari yang penuh multi-tasking rasanya :P (rasanya terma tu tak tepat, tapi tak apa la).

Aktiviti kami:-
1. Pemasangan kabinet dapur
2. Pasang air cond
3. Penghantaran mesin basuh dan TV
4. Pasang kepala paip di ruang dobi dan luar

Saya rasa takde bahagian rumah ni yang saya lebih teruja daripada pemasangan kabinet dapur! Walaupun kabinet dapur kami tidak la dasyat dan kami hanya amik harga pakej paling murah, tapi memiliki kabinet dapur sendiri adalah satu perasaan yang orang tak masuk dapur takkan faham (jeling D).

Ikut perancangan kami, memang bulan Mac ni bulan yang amat padat. Setiap minggu kena berlari ke Bangi untuk uruskan hal rumah. Nasib la rumah kat Bangi, kalau la kat Nilai ke, takke jenuh daripada serdang nak turun ke sana.

Ikutkan janji dengan orang kabinet ni, 10:30 pada hari 5 mac diorang akan pasang badan kabinet. Kayu-kayu semua bagai diorang akan buat, termasuk sistem paip memandangkan kena ubah kedudukan paip pasal kami takmo dapur bentuk L. Rugi ruang berdepan dengan tingkap tu pasal nak singki akan kedalam sikit. Nak basuh pinggan kurang selesa. Jadi, untuk beri ilusi luas, kami buat kabinet dapur bentuk I.

Uncle plumbing ni yang pertama sampai. Dia sampai awal dahulu sebelum kami. Dia akan uruskan hal plumbing dulu.


Ini perlu, bagi menghapuskan kesengetan yang terserlah pada saluran paip dulu. Gambar kat bawah ni, gambar kedudukan sinki dan saluran air. Nampak kan, kelihatan memang senget pada saluran air.


Ini dapur kami sebelum proses pemasangan.


Ini pula bila pekerja kabinet tu mulakan penaklukan mereka kira-kira pukul 11 pagi.




Sikit lagi mahu siap. Ambil masa hampir 2 jam juga untuk semua kerja ni.


Sebenarnya, semua gambar di atas tu, D yang amikkan.

Saya dimana?

Saya di dalam kereta pasal D suruh masuk pasal terlalu banyak habuk berterbangan. Ini la jarak penglihatan yang saya ada dari dalam kereta.


D kena naik turun tangga pasal selain daripada monitor kabinet dapur, orang kedai elektrik pun dah sampai untuk pemasangan air cond kat dalam bilik tidur utama. Air cond kami amik jenama Daikin inverter. Mula-mula memang nak amik Panasonic, tapi bila D dah bincang-bincang pasal Gas X-something-something dengan orang kedai dalam bahasa yang saya tak faham, jadi Daikin la pilihan kami akhirnya.


Dah pesan kat D, tanggal kan dulu langsir tu dan letak di bilik belakang. Kalau tak memang berhabuk. Nasib baik perabot katil kami dah bagitau untuk tundakan ke 12 Mac. Kalau tak, dah satu hal nak bersihkan habuk pada katil.


Memang kami saje atur jadual macam tu. Biar nampak macam padat, tapi sekurangnya takde la dua-tiga kali kena berlari balik ke Bangi. Rasa macam rugi la balik ke Bangi hanya untuk satu urusan. Walau pun tak jauh mana, tapi tetap kena uruskan masa dengan sebaiknya pasal tenaga tetap berjalan.

Bila orang air cond dah siap pasang, dapur pun hampir 50% siap. Pekerja kabinet tu pun dah berehat. Masa ni tengah tunggu kawan diorang hantar penutup aluminium untuk bahagian bawah singki. Pilih aluminium pasal bawah singki tempat air lalu, jadi ada bau hapak sikit kalau takde saliran udara. Jadi ni la alternatifnya.


Penutup aluminium tu akan dipasang di tempat bawah singki yang nun kat tingkap tu. Nampak kan, masih melopong.

Selepas selesai pasang penutup aluminium tu-- tada. dah siap!


--50% siap. Lagi 50% tunggu lepas pekerja lain letakkan solid surface, dan pasang sinki dan tempat masak.

Kenapa ye kami pilih putih? Memang cepat kotor dan sebagainya. Cuma kami fikir tu aje warna yang paling sesuai untuk gunakan tempoh masa lama. Lantai kami warna gelap, jadi badan kabinet warna putih yang paling sesuai untuk naikkan warna kabinet. Lagipun, dapur yang sempit memerlukan warna putih untuk nampakkan luas.

Warna putih dan hitam memang warna universal. Kalau saya bosan dengan warna ni, saya cuma perlu tukar warna peralatan, kain buruk, alas dapur ikut tema warna yang saya nak dan terus terasa dapur macam baru. Lebih menjimatkan daripada tukar keseluruhan kabinet.

Dalam pukul 3 petang, pekerja untuk buat solid surface pula datang dan ukur kabinet untuk dapatkan ukuran tepat. Nak ukur tak lama, nak tunggu yang lama. Haha.. Minggu ni, orang kabinet akan pasang solid surface. Kami aturkan orang kedai untuk penghantaran katil, set sofa dan coffee table untuk datang pada hari Ahad. Sekurangnya, hari Sabtu kami masih sempat mengemas dan mengelap lantai rumah. Pastinya triple kot habuknya bila solid surface yang masuk (pasal habuk masa pemasangan kabinet yang ini pun kami tak bersihkan lagi)

Kami tunggu di Bangi sampai hampir pukul 4 petang pasal mesin basuh dan TV pun dihantar hari tu. Cuma orang kedai sesat sikit, jadi tu yang lama nak tunggu. Ni gambar kenangan sebelum bayar duit barang elektrik. Harap ada la rezeki nak kumpul duit macam ni lagi.


Kalau abang b (b =bonus) jenguk akaun ai minggu depan, boleh la beli rak TV. Tengok la macam mana.