Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Kelengkapan Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelengkapan Rumah. Papar semua catatan

16 Oktober 2012

Room Divider

Salam dan hai


Keluasan rumah kami memustahilkan kami untuk letak bar atau bina room divider untuk pisahkan penglihatan tetamu terus ke dapur. Rancangan kami daripada mula, nak beli room divider yang boleh alih. Kiranya, kalau tetamu ada sahaja, baru room divider ni dipasang. Kalau setakat saya dan D, tak perlu kot nak letak buat sempit.

Lama dah cari, ada yang berkenan mahal sangat. Ada mampu milik tapi tak berkenan. Saya kurang minat kayu ukir-ukir, biar pun saya tahu itu lebih tahan lama. Saya nak sesuatu yang simple dan praktikal untuk saya.

Ingatkan tak jumpa, sehingga la terjumpa ini


Sumber

13 April 2012

Terjah Nilai 3 Selepas Setahun



Salam dan hai

Akhirnya, kami kembali juga ke Nilai 3 setelah hampir setahun tak ke sana. Baru tahu kedai Thank Q yang kedai kahwin tu, terbakar jadi tak beroperasi --eh takde kena mengena langsung?

Tujuan ke Nilai 3:-
1. Cari karpet untuk ruang tamu - Ye selama ni tetamu datang kaki kejung sejuk pijak lantai.
2. Cari langsir untuk bilik solat kat tingkat bawah- nak panggil bilik maid, mana mampu nak hire maid yang RM700 satu pekerjaan tu..
3. Cari lampu dan kipas (jika perlu) untuk perkara-perkara dibawah:-
a. Ruang makan
b. Bilik mainan Dyzhwar
c. Bilik tidur adik Dyzhwar akan datang --eh? - la la la
d. Bilik solat kat tingkat bawah
e. Tandas kongsi antara bilik mainan dan bilik tidur adik Dyzhwar --double eh?
f. Ruang keluarga merangkap ruang tengok TV, main komputer dan sterika baju.



15 Februari 2011

Seri Kembangan ke Bangi ke Nilai ke Bangi



Salam dan hai

Hari ni Maulidiurasul.

Setiap cuti awam memang kami kena gunakan sebaik mungkin memandangkan kami cuma ada hujung minggu sahaja nak buat urusan rumah, tu tak dikira kalau-kalau ada urusan keluarga macam kenduri. Lagi la tak boleh teruskan apa-apa. Jadi, cuti awam ni dah macam bonus la, semuanya nak dibuat hari tu!

Takkan percaya apa yang kami dapat selesaikan satu hari ini!!

Episod pertama: TV, Mesin Basuh, dan aircond

Kami survey di area Seri Kembangan dan Serdang. Memudahkan urusan dan penghantaran. Mula-mula nak amik di kedai Wei yoong dekat dengan rumah ibu, tapi bila survey di Seri Kembangan, teramik kedai lain pulak. hehe.

Harga antara dua kedai ni pun lebih kurang sahaja. Memandangkan kami dah penat jalan dan memang tak jangka D nak terus deal, maka akhirnya kami pun terbeli TV, mesin basuh dan aircond.

TV kami amik Sharp pasal mata kami berdua suka dengan imej tv Sharp. Amik LCD, 40 inci, nak amik LED harus la pengsan tak bergaji 2 bulan. Yang best, kami amik warna putih badannya. Hehe. Tak tau ngapa amik. Ni tiada alasan. Keputusan dibuat tanpa fikir hahah.

Mesin Basuh amik Daewoo. Tak tahu macam mana, tapi so far saya dengar mana-mana komen orang, orang selalu kata, yang merosakkan barang, bukan jenama, tapi cara penggunaan tuan punya barang. Setelah fikir-fikir, kami amik 10kg, memandangkan saya rasa cuma hujung minggu sahaja saya dapat mencuci baju. Ada terjumpa mesin basuh inverter, tapi bila tanya kawan-kawan, diorang kata kecuali saya ada anak 6 orang bersekolah dan saya basuh baju 8 juta kali sehari, baru berbaloi nak beli. Maka, kami amik mesin basuh biasa automatik, 10kg.

Aircond amik Inverter Daikin. Sebab--tanya D pasal dia yang bincang dengan bos kedai. Saya tengah tengok vacuum. Kami cuma pasang aircond di bilik tidur utama sahaja. Mungkin pada masa akan datang, baru pasang di ruang tamu.

Kami minta tarikh penghantaran serentak dengan set sofa dan meja kopi, katil bilik tidur utama, dan mungkin kalau sempat, sekali dengan kabinet dapur.



Biar la berkampung di Bangi. ..! :p

07 Februari 2011

Peti Ais dan Oven

Salam dan hai

Mak ayah D beri peti ais ni sebagai hadiah kahwin kami! Alhamdulillah, tak perlu pening fikir belanjawan nak beli peti ais.



Ada cerita disebalik roda di bawah peti ais tu dan penghantaran yang menyakitkan hati dan membuang masa! Pada hari dijanjikan, 6 Februari lepas, ikutkan masa kami telefon sehari sebelumnya, pekerja tu kata nak hantar pukul 1pm hari Ahad.

Memandangkan kronologi penghantaran ni menyakitkan hati, baik daripada segi servis penghantaran, kepada masalah komunikasi, sampai la perkhidmatan selepas jualan yang macam sampah, maka saya sendiri pun tak ingat apa berlaku. Tapi yang pasti, kami terpaksa berulang alik ke Bangi hampir 3 kali disebabkan orang kedai yang tak dapat nak tepati waktu penghantaran. Nasib dia bercakap dengan D, kalau dengan saya, harus la saya basuh sebaldi dua!

Tapi tak apa. Memandangkan saya jahat, saya tetap fikir cara nak balas "budi baik" mereka yang memberikan perkhidmatan tahap sampah. Nasib la sebangsa, jadi tak sampai hati nak marah depan-depan, tapi tetap saya nak kasi pengajaran sikit.

Pukul 6 lebih dia telefon lagi sekali, bagitau dah dalam perjalanan nak hantar peti ais. Tapi saya sengaja lengah-lengahkan masa nak keluar rumah. Siap gi singgah rumah mentua hantar bubur lambuk, amik hadiah bingkai nak bawa ke rumah Bangi, bawa kete pun rilek aje.

Dan hasilnya, orang penghantaran kena tunggu 30 minit. Padan la dengan muka dia yang telah menyebabkan suami dan saya berulang alik ke Bangi 3 kali! tak kira lagi masa 45 minit yang dibazirkan tunggu mereka di sana, yang rupanya mereka tak jadi hantar barang kat rumah kami dulu tanpa ada sedikit pun usaha nak telefon memaklumkan.

Tiada yang lebih indah daripada melihat mereka terpacul kat depan pagar menunggu..

Sudah la tu, takde ajar cara nak jaga peti ais ni ke apa! Serius, kalau la bukan disebabkan ini hadiah, memang saya dan suami batalkan aje semuanya! Memang tu la kali terakhir kami nak berurusan dengan kedai elektrik melayu di Bangi yang kononnya jimat sangat --get the hint?

Haih.. Nasib baik la jumpa uncle nak jual roda bawah peti ais ni. Uncle tu yang ajar kami cara-cara jaga peti ais dengan betul, cara nak kilatkan badan peti ais dan perkara yang perlu dielakkan. Uncle tu objektifnya cuma nak jual roda tu aje, tapi pasal nak jual, dia siap la kasi tips jaga peti ais. Kami beli roda ni dah tak ingat berapa tapi ratus juga, tak lebih RM150, tapi dapat diskaun pasal uncle tu orang Serdang. Hehe.

Nasib baik ada uncle penyelamat emosi dan mood kami petang tu!

Kemudian... tada!! dapat hadiah ni daripada ibu! Oven..


Boleh buat biskut!!!

Ibu simpan duit karipap dia dan upah sewaan barang kahwin sampai la dapat beli oven ni! Suka sangat!!! Tak guna lagi, tapi dah suka awal-awal

Oh I'm in love...

03 Februari 2011

Kontraktor Melayu


Salam dan hai

Hari ni, kena teruskan kerja pemasangan lampu rumah. buat masa sekarang, cuma bahagian dapur dan luar sahaja yang lampunya dah siap dipasang, dengan bantuan Yazid. Kipas kat ruang tamu pun dah pasang. Tapi D kata, lampu tak boleh pasang kat bilik tidur utama dengan bilik air pasal silingnya siling kapur. Saya pun tak tau apa-apa pasal tak faham :P

Kali ni, minta tolong ayah ajar D. Nasib ayah memang reti bab pasang lampu ni, jadi tak perlu la nak upah orang pasangkan. Tapi ayah tak tau bila sampai kat bahagian lampu siling. Nampaknya yang tu kena upah orang kot.


D bersama mentornya


Mereka berdua mulakan pemasangan lampu di ruang tamu dulu. Saya pun menyumbangkan jasa gak dengan memasang bahagian-bahagian lampu tu.


Lama gak nak pasangkan bahagian-bahagian lampu tu (atau pasal saya lambat belajar??) tapi berjaya juga siapkan lampu di ruang tamu!

Ni sebelum pasang. Yang satu solo tu lampu kat ruang makan. Abaikan pasal buat masa pasal saya dan D rancang akan beli lampu selepas kami dah ada set meja makan.


Tada.. dah siap pasang!


Ni pula bila dah siap pasang lampu. Kami pilih warna lampu sedikit kuning atas syor orang kedai. Tapi dalam gambar tak berapa nampak. Hehe


Seterusnya, pasang lampu kat tangga pulak!

Tapi masih tak tau cara nak pasang lampu kat bilik air dan ruang bilik tidur utama. Nasib D panjang akal, gi telefon orang yang buatkan grill kitorang, tanya kalau dia ada kenal sapa-sapa yang boleh buat lampu untuk bilik tidur. Nasib dia kenal. Selesai satu masalah! Dia panggilkan kawan dia, pasangkan lampu untuk bilik air bawah dan bilik air di bilik tidur utama. Kemudian pasang sekali lampu bilik tidur utama!

Siling bilik utama.


TINGG!!!




Belanjawan dan praktikaliti tidak membolehkan kami pasang lampu di dua bilik atas, bilik kerja, bilik stor, ruang makan dan laundry area. Tapi rancangnya, kami cuma guna lampu kalimantang sahaja untuk stor dan laundry area. D nak pasang juga lampu kalimantang untuk bilik kerja, tapi rasa macam nak bangkang. Takpe, nanti boleh buat hujahan. Kat ruang famili di atas, tak tau nak buat macam mana memandangkan siling amatlah tinggi. Kena fikir.

30 Januari 2011

Lampu Menerangi

Salam dan hai

Dah beli lampu rumah!!

Tapi banyak yang dah diubah. Kami amik kira pendapat orang kedai, kami pun ubah la pemilihan. Nasib saya memang ada simpan gambar-gambar rumah kami, jadi orang kedai tu tolong kami berdasarkan sumber elektrik yang ada kat siling.

Kami cuma beli lampu dan kipas di ruang tamu, tandas bilik utama dan bilik air tetamu, dapur, ruang tangga, bilik tidur utama dan tempat letak kereta. Yang lain-lain kami akan buat ikut keperluan. Even lampu meja makan pun tak beli pasal satu kurang budget dan dua, kami takde meja makan lagi. Makan bersila dulu hehe.



Kami beli lampu di Puchong, lupa nama kedai tu. Tapi orang kedai memang amat membantu. Mungkin pasal amsa tu orang kurang ramai. Pasal masa kali pertama pergi dulu, tak sorang layan kami pasal terlalu ramai pelanggan. Kali ni tenang sikit.

Kami pilih mentol campur-campur. Ada yang putih, ada yang kuning sikit. Putih untuk bilik air dan dapur. Kuning sikit untuk semua ruang yang lain. Kuning sikit aje, tak kuning betul. Baru la rasa rileks sikit. Ikutkan rancangan awal, semua nak putih, tapi apa yang orang kedai tu kata betul gak, kat rumah kita nak rilek2, jadi nak lampu kuning sikit. Putih kat opis.

Dah bandingkan harga, memang kat sini antara termurah. So hati gembira! alhamdulilah

Sekarang tengah cuba booking ayah untuk tolong pasangkan lampu hehe. Nak upah mahal oo.. Baik belajar daripada ayah.

17 Januari 2011

Perkembangan yang Pantas

Salam dan hai

Walau dah lama tak kemas kini blog ini, tak bermaksud takde perkembangan. Pasal banyak sangat perkembangan, jadi simpan dulu sampai banyak!!


1. Urusan tinted cermin rumahMemandangkan majoriti penduduk situ tintedkan cermin dan rumah kami pun mengadap matahari maka tindakan untuk tinted cermin rumah memang bagus. Hehe.

Ni masa tengah berurusan dengan orang yang akan buat kerja tu. Jumpa 30 Disember. Sehari selepas Malaysia menang piala Suzuki.


Tinted orang ni tak buat, jadi dia kasi nombor orang yang buat. Sangat cepat hasil kerjanya, tak sampai sehari kot! 2 hb Januari, datang dan periksa hasil kerjanya.



2. Misi mencari lampu rumah
8 Januari, kami amik keputusan nak cari lampu rumah. Mula-mula kami pergi ke kedai lampu di Seri Kembangan. Mak hai, memang tak cantik tapi harga boleh tahan. Jadi kami pergi ke Puchong. Tak ingat nama kedai tu apa, tapi dia selepas tol, selepas BP. Sederet dengan dua kedai kayu jati. Kawan yang syorkan disini, jadi pergi la.






Banyak sangat pilihan!!~~ rambang mata! Kemudian, boleh terjumap lampu yang sama kat kedai yang pertama tadi, pada harga kurang RM20 !! Nasib tak beli kat kedai tu! Tapi misi hari tu, bukan nak terus rembat, tapi nak buat anggaran harga kos untuk lampu dirumah tu. Maka, keputusannya = Hampir 1.5K. Kena fikir semula mana yang sesuai.

3. Grill dah siap!

15hb Januari, baru grill siap! Suka~~ Tapi piawaian, D yang periksa.



4. Misi cari perabot pula bermula 11 Januari. Lokasi Bangi.

Tu katil idaman kami. Tu encik suami terduduk dengar harga katil dan tilam. Hehe. Mahunya tak, 3.6K! Memang la saiz king dan kayunya kayu meranti, tapi mahal sangat kot~~



Memandangkan hati tak sedap tengok cara si Bangla ni berurusan (pasal dia selalu salah kira, nasib suami saya cekap bab matematik ni. Kemudian suka cakap bahasa mereka depan saya, saya tak suka pasal saya rasa macam mereka sedang menipu kami), maka dengan berat hati lepaskan katil tu.

TAPI

15hb, kami datang semula tetapi bukan di kedai yang sama, tapi jirannya. Bangla tu perasan tapi nak buat camna. Sapa suruh tak mahu turun harga ehehe.

Ada kesilapan penyampaian rupanya pasal ayah saya bukan pergi ke kedai Bangla tu, tapi kedai jirannya. Kami mula-mula semangat nak pergi pasal walau tawaran melalui telefon, orang tu dah turunkan hampir bawah 2.5K. Tapi rupanya, katil yang diorang maksudkan, berbeza dengan katil yang kami mahu. Puncanya =saya +suami tak pergi ke kedai yang ayah maksudkan.

Tapi tak apa, nasib ada rekaan yang sama. bab tawar menawar ayah memang juara. Dapat harga mampu milik!

Kerusi ni adalah pembelian tanpa niat! Mula-mula memang dah pakat dengan D, tak perlu nak beli kerusi ruang tamu dulu, tapi entah macam mana berkenan pula. Kakak kedai ni pun bagus juga. Saya tak ambil kerusi kulit pasal macam tak berkenan, susah nak basuh. Jadi pilih fabrik kain. Tapi kakak ni ajar cara nak tengok / buat pilihan material: caranya lalukan cincin atau benda tajam pada contoh kain dalam katalog. Kalau kain tu berbulu, maknanya tak cukup bagus/ tebal. Cari material yang tak berbulu bila kita lalukan cincin.


Meja ni la yang menyebabkan saya beli kerusi di atas. Iye la, takke tak logik kalau ada meja ni tapi takde kerusi (cari alasan aje sebenarnya) Saya suka pasal ruang rumah kami tidak la besar, jadi memang kena pilih perabot yang boleh curi ruang.


4. Masalah yang masih belum selesai

Masih mencari idea untuk kebun kecil dibelakang rumah ni. Walau sekangkang kera, tapi masih muat nak tanam serai, limau purut, daun pandan, daun kari dan sebagainya. Hehe.


Sinki masalah. Tapi tak apa, walaupun senget, kami tak rasa perlu baiki pasal kami akan buat kabinet dapur InsyaAllah, jadi memang kedudukan sinki bukan lagi disitu lagi. Dapur kami tak sesuai untuk dapur bentuk L atau U, lebih sesuai bentuk I.


FIIUUHHH!! PENAT..

hujung minggu ini pun, nak buat urusan rumah lagi.