Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Bilik Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan: Bilik Air. Papar semua catatan

27 Jun 2012

Beberapa Aktiviti Hujung Minggu

Salam dan hai

Macam yang telah dijanjikan, saya nak sambung post yang tertangguh minggu lepas. 

Tapi sebelum tu nak tanya, macam mana weekend korang semua? Harap digunakan dnegan efektif ye, tak kira la nak hias rumah ke, luang masa dengan pasangan dan anak ke atau berjalan-jalan ke.

Weekend saya minggu lepas, memang terisi penuh. Rasa macam tak cukup cuti 2 hari tu. Siap dapat kunjungan terhormat famili saya datang melawat kami (atau spesifik, melawat D yang cedera --katanya..!!) petang Sabtu.

ATLET yang tercedera

01 Jun 2012

Shelf untuk Bilik Air

Salam dan hai


Apa la point nak update tentang bilik air?? Dengan cite bilik air pun nak masukkan ke? 

Ikutkan takyah masuk, tapi pasal nak kongsi rak plastik beli kat Cosway ni, kena la ada label baru: Bilik air.

Ni la rak baru beli, RM39.90. Sebelum ni, semua sabun kami letak sama ada di tepi sinki atau bahagian pam kat tandas tu. Hehe. Memang semak. Tak tau kenapa D tak pernah komen apa-apa, sedangkan saya hari-hari komen benda yang sama. 

Harap rak ni boleh beri perubahan.