Lori Surat Khabar Lama

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Awal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Awal. Papar semua catatan

12 Februari 2011

Sikit-sikit Sampai Habis

Salam dan hai

Hadiah kawin kami letakkan semuanya di rumah makayah D memandangkan upacara buka hadiah berlangsung di sana.

Dah dekat 3 bulan kot barang-barang tu bertapa kat sana! Sampai kotak berhabuk-habuk!

Tapi hari ni dah pindahkan ke rumah di Bangi.. Cuma barangan elektrik sahaja tak dibawa. Kami letakkan dulu hadiah ni semua di bilik kerja sementara kabinet belum dibuat. Nanti dah siap kabinet, baru boleh susun kat mana nak letak barang-barang ni.

Ni sebahagian hadiah di satu sudut. Saya susun ikut kategori - campuran; mangkuk; set pinggan; set cawan; barang hiasan rumah; barang-barang memasak kat satu sudut lagi.


Saya dah buat senarai barang-barang apa yang perlu dibeli. Yang tu kena beli secara berperingkat la nampaknya memandangkan belanjawan ketat macam kebaya zaman P.Ramlee dulu

Barang-barang elektrik yang masih ada di rumah makayah, mungkin awal bulan 3 ni nanti, kami akan bawa masuk.

04 Februari 2011

Cuci Rumah

Salam dan hai

Operasi cuci rumah!!!! Ibu ayah tak dapat nak tolong pasal dah ada aktiviti lain, jadi mak ayah dan dua orang adik lelaki D yang datang tolong.

Saya tak buat apa sangat, sekadar lap tingkap aje.

Tapi yang saya suka, pasal saya dah tetapkan, kelengkapan kebersihan rumah kena warna biru. Haha. Ok, sedikit saiko disitu tapi saya memang dah lama inginkan satu sistem dimana dikategorikan mengikut warna. Maka, saya dan D pun gi depan Bansoon yang ada jualan tu, beli penyapu, baldi, gayung, penyeduk sampah dan pembersih tingkap, semuanya warna biru. Tapi mop yang kami beli takde warna biru! Takpe, pasal nanti kayu tu boleh diganti hehehe.. Tukar saja dengan warna biru!

Dalam gambar dibawah kelihatan encik suami sedang menggunakan vacuum pinjam memandangkan kami belum berkesempatan nak beli yang kami punya.



Kesudahannya-- selepas berkemas hampir 2 jam lebih, dengan tenaga kerja 4 orang+setengah (Setengah tu saya pasal saya tak buat apa sangat), maka rumah pun sudah sedap diduduki. Tapi ada gak kawasan yang masih perlu dibersihkan seperti ruang belakang tempat yang saya nak bercucuk tanam tu. Tak sempat nak teruskan pasal hari dah gelap.

Saya tengah fikirkan ruang dimana nak letak barang-barang kebersihan ni. Kena letak ditempat terbuka, kalau bertutup cam stor, hapak lak baunya. Lagi, kena beli barang-barang lain seperti berus lantai, baldi kecil, tong sampah dan banyak lagi. Takpe, buat sikit-sikit dulu. Yang penting, kena dalam warna biru!

27 Disember 2010

Yang Murah, Kami Ambil

Salam dan hai

Jumaat lepas, D sempat bawa apek cina kat seri kembangan tu ukur gate. Masa kami dapatkan quotation {
Post} kat dia dulu, dia kasi 3.1K, murah la banding melayu lagi sorang tu. Tapi lepas dia dah datang ukur betul-betul, mencanak harga sampai 4K.

Memandangkan saya tiada ditempat kejadian, maka saya tak tahu apa reaksi saya akan buat pada waktu tu.

Terus D pergi jumpa mamat yang bagi paling murah tu, 2.7 K kalau tak silap. Tapi masih belum ada apa-apa perjanjian dan kerja dilakukan pasal masih menunggu pihak pemaju baiki kerosakan yang D dah laporkan dulu {
Post}

Merancang duduk rumah sendiri 5 juta kali ganda lebih rumit banding uruskan majlis kahwin sendiri rupanya.


18 Disember 2010

Kisah Ukur Rumah dan Si Penunggu Rumah

Salam dan hai

4 Disember hari tu, saya dan D sempat ke rumah kami. Rancangnya nak ambil ukuran rumah. Kami rancang nak pasal grill rumah dulu, jadi pasal tu kena ukur setiap ruang yang kami nak pasang. Nampaknya, grill putih kena pasang di bahagian slinding door rumah tamu ni.


Grill pun kena pasang di setiap tingkap dan sedikit di bahagian dapur.

Kat bahagian bawah ini pun kami nak letak grill tapi cukup di bahagian depan sahaja. Cukup untuk letak rak kasut. Tengok daripada segi ruang, rasanya kalau dapat rak kasut yang jenis melekat kat dinding, cantik juga. Saya nak letak satu bangku kecil untuk duduk kalau nak pakai kasut.

Cermin kat dinding tu saya amat suka! Pasal kita boleh intai siapa yang datang ke rumah. Hehe.


Dalam {Post} dulu, saya ada tulis yang ada tingkap besar kat bilik air bilik utama. Ini la tingkap yang saya ceritakan tu. Dah tanya jiran-jiran, majoriti mereka pakai tinted luar dan dalam, baru la tak nampak apa-apa. Kami belum rancang lagi nak buat macam mana, tapi buat masa ini, dah bincang dengan D, nak letak cermin sebagai pembahagi antara tempat mandi dengan mangkuk tandas. Takde la air sabun mandi menceceh ke lantai sebelah.



Lepas dah ukur bagai, saya ke dapur, nak ukur pula ruang kebun kecil angan-angan saya. Haha. Rancang nak tanam limau purut, cili, daun kari, daun pudina, serai dan pandan. YA, Angan-angan harus tinggi.

Masa buka pintu dapur, ada binatang sesat masuk ke rumah kami. Terkejut! D cuba halau, tapi entah macam mana binatang tu terlalu takut, habis dia mencelinap terus ke ruang tamu. Nasib binatang tu bukan lupas jadi saya berani sikit. Saya halau dia semula ke dapur. Binatang tu boleh 'menjerkah' kat saya. Kelakar betul. Ia berhenti dan ngangakan mulut kecil dia. Saya dah gelak-gelak. Saya kata 'keluar, ni rumah kitorang. Bukan rumah kamu". Kemudian, laju aje binatang tu keluar.

D dimana? Dia dah ketepi. Nak kata dia takut, tak juga. Mungkin dia terkejut binatang tu boleh jerkah dia hahah..

Binatang tu cinonet sangat, tapi berhati waja.



Itu la dia. Saya ambil gambar dia masa lalu di bahagian belakang rumah sebelum balik.

Kami dah dapatkan quotation daripada beberapa sumber. Kebanyakkan kasi sebut harga dalam 3.5-4K untuk grill lengkap dengan tinted. Kami masih mencari lagi. Tak boleh masukkan gate lagi selagi pihak pemaju belum siap baiki kerosakkan yang kami laporkan dulu.



16 Disember 2010

Dapat Kunci

Salam dan hai

Kami dapat kunci rumah genap sebulan kami kahwin, Hari Selasa 30hb November. Takde rancang nak amik kunci sempena sebulan pertama kami, D pun tak sedar tarikhnya sama, tapi lepas tengok blog kahwin saya, baru perasan.

Hujung minggu tu bawa kedua-dua keluarga kami termasuk adik beradik semua kami angkut, tengok rumah sama-sama. Pasal awi dan am dah ada rumah, mungkin mereka ada pengalaman nak periksa rumah baru kan. Pasal lepas amik kunci, kalau tak silap kita ada tempoh masa dua minggu untuk buat laporan tentang apa yang tak kena dengan rumah, baik tombol pintu ke, lantai ke, tingkap ke.



Saya seronok ada abang-abang saya. Mereka menyenangkan.

Lepas tengok rumah, baru D isi borang aduan. Borang tu kemudian dihantar di pejabat pemaju yang beroperasi di dalam rumah contoh.

Nanti saya cite macam mana kemajuan pembaikian semula oleh pihak pemaju

15 Disember 2010

Post Basi


Salam dan hai

Ini post basi. Gambar-gambar ini saya ambil ketika kami melawat ke rumah salah seorang penduduk di kawasan yang sama. Abang tu dah ambil kunci, jadi kami boleh la tengok rumah dia macam mana.

Sebenarnya, sebelum sesi terjah ni, komuniti kawasan ni ada buat perjumpaan. Masa tu baru kenal sikit-sikit siapa penduduk. Kebanyakkan mereka lebih tua daripada kami, jadi mereka lebih berpengalaman tentang hal rumah-rumah ini.Banyak gak la tips yang mereka bagi untuk periksa rumah masing-masing, ada yang dah awal-awal bagitau apa yang kita perlu periksa. Majoriti abang-abang dan kakak-kakak yang dah ambil kunci rumah bagitau yang kami kena periksa:-

1. Tombol pintu banyak dah karat
2. Pagar rumah ada yang boleh buka keluar, tapi ke dalam tak boleh.
3. Tingkap ada yang binaan senget.
4. Ada bahagian marmar dinding yang lopong (tak berisi simen).
5. Suis ada tak cukup
6. Tangga ada yang sumbing
7. ... Banyak lagi.

Saya dan D pergi dengan Hafiz, kawan baik D. Dia pun ada beli rumah tapi bukan lot yang sama. Tapi dah alang-alang, dia pun ikut sekali pergi perjumpaan.

Ini gambar-gambar rumah abang tu.

Ni bahagian dapur


Bahagian tangga


Ni tandas tingkat atas, kongsi tandas antara dua bilik


Ni bilik untuk bakal anak-anak kami nanti insyaALLAH (Chewahh!)


Bilik tidur utama


Balkoni


Ruang diatas.


Komen sikit tentang rekaan rumah ini, banyak unsur privasi yang dipandang enteng. Contohnya, batu pemisah antara blok sebelah menyebelah amat rendah, rasanya kalau Hafiz duduk sebelah rumah kami, dia boleh lompat aje daripada bilik dia ke bilik kami. Haha

Kemudian, ada cermin di bilik air bilik utama. cermin ni memang la tak nampak luar, tapi kalau orang daripada luar, memang boleh nampak gerak geri apa aktiviti dalam bilik air tu.

Rata-rata, isu tu juga yang memang jadi perbualan antara bakal penduduk.

Seterusnya lepas tengok rumah abang tu, kami ke rumah kami pula.

Memandangkan kunci rumah belum dapat lagi masa ni (masa ni kami baru 3 minggu jadi suami isteri), jadi cuma dapat tengok daripada tingkap dapur sahaja..




Dah ambil gambar ini baru tahu yang kami pergi ke salah rumah :P Ni bukan rumah kami. Haha. Tersalah kira bilangan rumah rupanya!

Post akan datang saya akan masukkan gambar dalam rumah kami pula setelah D ambil kuncinya!

Hari Perasmian

Salam dan hai

Seperti mana saya buat blog perjalanan kahwin saya untuk merakamkan semua detik manis dan pahit, jatuh dan bangkit, maka dengan ini saya ingin merasmikan pembukaan blog baru saya pada tarikh 14.12.10 (Damn, patut aku pilih tarih yang cantik sikit la.. )

Tujuan blog ini dibuka, adalah sebagai tempat saya menulis setiap persiapan yang kami berdua buat untuk tratak tempat kami berteduh. Medium dimana saya boleh kongsi semua idea dan gambar-gambar yang saya rasa boleh saya jadikan rujukan.

Oh sedikit bangga kerana pada hari perasmian telah mendapat dua orang pengikut (*yang secara halus saya paksa mereka jadi pengikut). Laling dan Reen *tepuk-tepuk.

RUMAHKAMI, SYURGAKAMI


Kunci rumah ni, D ambil genap-genap sebulan kami berkahwin. Alhamdulillah.