Lori Surat Khabar Lama

18 Oktober 2012

Rak kasut Anak

Salam dan hai

Rak kasut kami
gambar rekod



Yang belah kiri saya punya, belah kanan Dzulq punya. 


Saya  kami memang tak suka kongsi ruang. Almari pun kami asingkan, belah kanan D, belah kiri saya. Senang nak susun, nak cari barang sendiri.



Saya jenis tak suka letak benda di atas perabot yang berlaci. Tak tahu kenapa. 



Pasal tu almari baju Dyzhwar pun, atasnya memang kosong


gambar rekod

Mungkin satu hari nanti, saya akan boleh terima ada barang atas perabot. Tapi sehingga tiba waktu tu, saya tak mahu ada barang atas perabot. 



Tapi post ni bukan berkenaan masalah saya dengan barang atas perabot.Post ni berkenaan koleksi kasut Dyzhwar. 

Dulu, saya letak kasut Dyzhwar atas rak kasut. Saya tak suka, tapi takde pilihan nak letak kasut dia di mana.



Kemudian pasal tak suka tengok kasut atas perabot, jadi saya kosongkan ruang rak kasut saya dan letakkan kasut Dyzhwar dalam tu. Nanti kalau sempat, saya letakkan gambarnya. Pasal Dyzhwar dah amik bahagian saya, maka saya kena simpan kasut saya dalam kereta. 



Daripada 1 segi, memang la mudah kalau nak tukar kasut atau tali kasut terputus. Tapi saya lebih suka takde kasut dalam kereta, baik atas sebab kebersihan dan kekemasan.



Kalau la ada rak kasut macam ni kat Ikea ke atau mana-mana kedai perabot, saya beli





Sehingga saya jumpa rak kasut untuk kasut anak yang saya berkenan, nampak  gaya kena korbankan satu ruang rak untuk kasut Dyzhwar. Tak banyak pun, empat pasang aje. Tu yang geram pasal kasut cinonet, ruang banyak la yang kosong. 

Harap 1 hari nanti, ada la jual benda alah ni kat Group on.




1 ulasan:

IeRA berkata...

Salam..

macam2 idea dari Xora ye....