Lori Surat Khabar Lama

17 Julai 2012

Aircond Kedua

Salam dan hai


Hujung minggu hari tu, ada orang kedai datang pasang aircond. Kami letak di ruang tamu.

Kami memang ada perancangan nak letakkan aircond kat ruang tamu, cuma kami rancang dalam 3 tahun lagi. Kami cuma buat wiring siap-siap sekali harung. 

Tiada rancangan pun nak pasang aircond awal, sehinggalah masa keluarga saya datang menjenguk 'atlet' yang tercedera dulu tu. Kami tutup semua tingkap dan tak buka pintu pasal takmo nyamuk masuk. Kat rumah ibu buat macam tu juga, tapi tak panas/bahang pun. Tapi kami rumah kami, terasa bahangnya, tambah lagi ramai orang sekaligus. Tu yang kami terfikir, ni kalau raya nanti macam mana la kalau orang datang beraya malam, takut tetamu tak selesa.

11 Julai 2012

Kisah Dyzhwar, Carseat dan 25 minit yang Panjang

Salam dan hai


Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).


Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar. 

Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.

Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.


Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat

09 Julai 2012

Pakai Selotape Aje?

Salam dan hai


Hujung minggu lepas tak banyak aktiviti deko rumah berjalan.

Sebabnya si bujang kecik demam hari Sabtu pagi. Kali pertama dia demam. Memang pengalaman pertama saya jaga bujang kecik demam dan pengalaman  pertama bujang kecik demam. Mula-mula pelik juga, dia bangun tidur tak nangis, tapi senyap sahaja. Selalu bangun tidur terus nangis, macam marah-marah "Kenapa umi dan babah tinggalkan saya sorang-sorang atas katil..!!" - cam tu la. Tapi pagi tu asyik nak menempek kat saya. Manja yang amat. Makan pun tak mahu, asyik muntah. Cuma nak minum susu sahaja. Tak mahu berjalan, nak berdukung sahaja.

Teringat ibu pernah cerita, saya masa kecik dulu, makin sakit, makin diam. 

Badan Dyzhwar memang sentiasa panas, dia macam saya. Jadi susah nak agak dia demam ke tak. Patut kena beli termometer suhu badan lain kali*. Tapi ibu pernah cerita, periksa suhu belakang lutut dia dan tapak kaki dia. Kalau panas, tandanya demam.

...Dan memang bos kecik demam.


Kami pergi bawa Dyzhwar jumpa doktor, suhunya masa tu dah kurang pasal saya asyik tuamkan badan dia. Rupanya dia demam nak tumbuh gigi.  Ingatkan berjangkit daripada sepupunya Aqil, yang demam juga masa saya call abang saya. Masa tumbuh gigi empat batang depan tu, takde pulak dia demam. Sedar-sedar dah tumbuh dan mula mengigit saya masa menyusu.

Gambar rekod: Susah nak amik gambar gigi dia ni. Tunggu tidur, baru dapat