Lori Surat Khabar Lama

14 Mac 2013

Apa Cerita 2 Minggu

Salam dan hai

Baru 2 minggu tak kemas kini blog, tapi rasa macam dah lama. Tapi lama lagi saya tak kemas kini blog kahwin tu. 2 minggu yang berlalu, masih belum ada apa-apa tentang deko rumah yang boleh dikongsi

Percaya atau tak, langsir Macy masih belum disangkut. Sudah sebulan langsir tu bertapa di bilik bawah. Terbiar di dalam plastik beg asal. Tak sempat. Malas pun mungkin juga faktornya. Tapi D kata, nanti cuti Buruh boleh la gantikan langsir ruang tamu. Kita pegang janji dia.

Kalau perkembangan rumah, rasanya tiada apa yang boleh dikongsi. Tiada pembelian barangan pasal masih menunggu sudi kiranya bonus diberi. Rancangannya dah ada, ongkosnya masih menanti.

Jadi, daripada terbiar blog ni kosong tanpa post, saya nak kongsi cerita tentang gelanggang "Biggest Loser" kami. Hari ni dah masuk 9 minggu saya dan 3 orang kawan pejabat buat gelanggang 'Biggest Loser" kami. Selama 9 minggu tu juga la, berat saya tak pernah turun, tapi hanya kekal atau naik. 

Timbangan awal saya pada minggu pertama ini



Minggu kedua juga kekal dengan berat awal.


Tapi masuk minggu ke empat, terus naik satu kg


dan berat itu kekal selama berminggu sehingga la minggu ke 8.  Seperti cerita hindustan, hero akan bangkit di saat-saat akhir. Minggu ke 9 timbang, dapat la 67.5, berat saya yang asal masa minggu pertama. Tiada apa pun pencapaian yang boleh dibanggakan berbanding 3 orang kawan yang lain, yang semuanya rata-rata turun 2-3kg. Tapi ini pencapaian terbaik untuk diri saya sendiri berbekalkan prinsip,"aku bakal buktikan kat korang bertiga, aku boleh kurus tanpa gi gym. Masa tu korang jangan meratip nak tips daripada aku"


Tinggal lebih kurang 2 kali timbangan sahaja sebelum kami putuskan timbangan akan dikira sebulan sekali, untuk setiap bulan sehingga bulan Jun pasal Julai dah nak puasa. Biasanya puasa jarang naik berat. Langkah selamat supaya dapat beraya dengan sakan makan makanan raya nanti pasal dah tak perlu bimbang pasal berat. Walaupun saya dah ada rekod bakal didenda (kitorang putuskan setiap 200g naik daripada timbangan minggu sebelumnya, kena denda RM1), tapi pasal semuanya untuk suka-suka, jadi takde la tekanan sangat.

Kalau nak cakap pasal matlamat, dah tentu la matlamat saya nak berat asal sebelum mengandung, dalam 64kg. Kalau berat masa kahwin, 61kg, tak tercapai kot. Kalau capai, boleh minta hadiah mekap daripada D lagi even dia tak pernah janji tapi biasanya D tak ingat janji dia, jadi boleh la kata, dia penah janji.

Itu hal pertandingan "Biggest Loser". 

Hal menjahit manik pula, dalam seminggu lepas, saya gigih jahit manik kat baju. Baru nak mulakan semula koleksi kain satin kosong, jadi kena la tampal manik sikit, lace sikit, baru cantik.

Dah lama tak menjahit manik, kali terakhir yang saya kongsi dalam post ini. Terkial-kial dan banyak kali jahitan kena buka balik pasal tak kemas. Tapi hasil akhirnya saya suka



Sesetengah orang suka manik dan lace yang warnanya kontra daripada warna baju. Tapi macam saya, saya sukakan warna yang setona atau cerah sikitdengan warna baju. Pilihan masing-masing kan. Pasal tu la baju sanding dan baju nikah saya pun, warna setona aje maniknya hehe

Hasil akhirnya macam gambar dibawah. Dengan demok tersayang . Rasanya, mana-mana mak pun bila dah ada anak, lebih banyak bergambar dengan anak berbanding dengan pasangan 


Dah hantar proposal kat D, nak gi cari lagi kain ela. Seronok pula pakai kain satin kosong macam ni, lama sikit boleh bawa, berbanding kain corak yang bermusim. 

Menjadikan pemilihan warna manik macam dibawah ni sebagai rujukan, mana tau sempat tajamkan skill menjahit manik, boleh la merasa pakai baju bermanik 2kg cam ni. Rekaan daripada pereka kesukaan saya, Elie Saab.










Sabtu ni, kawan-kawan D yang anjurkan program di Tanjung Malim dulu, akan anjurkan program lain pula. Kali ni lebih kepada program masyarakat. Nanti saya akan kemas kini lagi InsyaAllah. 

Kali ni, kalau Dyzhwar tantrum juga, memang nak kena la pasal aktiviti cuma dijalankan di Bangi sahaja.

Selain daripada 2 cerita tadi, cerita ke tiganya adalah saya dah jual kete warisan daripada ayah, yang telah saya guna selama 10 tahun, sejak mula-mula ada lesen P. Saya kerja selama nak masuk 6 tahun ni, kereta ini juga la yang gagah bawa saya daripada rumah ke tempat kerja. Masa zaman diploma kat UiTM Segamat, kereta ni juga la yang saya bawa ke sana masa ambil exam MUET. Kali pertama memandu sejauh tu ke Selatan.



Dah tua dah kereta ni, daripada tahun 97. Lebih tua daripada adik saya sendiri. Masih setia berkhidmat, hingga ke saat-saat akhir, dah mula asyik rosak. Pernah sekali dua mati tengah-tengah bergerak. Nasib masih boleh start semula. 

Pernah mati sekejap kat lampu isyarat, dua kali lagi tu, tapi saya tenang, set gear kepada parking, off aircond dan cakap pada kereta "Jangan la rosak. Ni kat lampu isyarat ni, nanti menyusahkan orang lain nak kena belok. Diorang semua nak balik jumpa anak bini. Ko nak rosak, rosak depan rumah aku ke, kat area rumah mak aku ke..Jangan tengah-tengah dunia"

Biasanya ayat saya berkesan. Kereta hidup.. tapi selang beberapa hari, memang dia mati dekat-dekat nak masuk selekoh rumah. Tu kali terakhir dia mati, kemudian terus saya putuskan nak jual. 

Orang selalu kata, kereta ni ada perasaan. Jadi jangan la cakap nak tukar kereta, masa memandu kereta asal. Nanti kereta asal merajuk. Janan juga maki-maki kereta tu. Haha

Saya ingat lagi masa bulan-bulan terakhir mengandungkan Dyzhwar, saya selalu kata kat Hugo (ye tu nama timangan kereta saya), "Ko jangan la rosak. Bertahan la. Tunggu la aku masuk wad, nanti ko pun masuk 'wad'. Jangan sekarang, aku kena kerja lagi".

Dan memang elok saya masuk wad bersalinkan Dyzhwar, hantar Hugo gi bengkel, amik ko duit 'wad' dia kalahkan kos wad saya..!!

Tak ralat nak jual pun, walaupun ni kereta pertama yang saya bawa dan kereta pertama Dyzhwar, cuma ralat pasal takde gambar dengan kereta ni dan tiada ucap selamat tinggal yang rasmi. Abang saya iklankan kat facebook hari Isnin, petang tu dah dijual. Tapi mungkin itu yang terbaik.

Semuga Hugo bersama tuan yang lebih baik. Buat masa ini, D la kena amik alih peranan Hugo, menghantar dan menjemput saya daripada tempat kerja. 

7 ulasan:

Cik Puan Tqah berkata...

cntiks.. suke sume..hihi

Nor Hashim berkata...

sangat suke dengan tudung paddle pop ittew..terus rase nak mkn eskrem!!

Xora berkata...

Tqah: kalau la boleh tarik keluar baju2 tu daripada skrin komputer, kan bagus..!

Dayah: AKu pun suka selendang tu.. gigih tunggu sampai restock. kat sini
http://www.facebook.com/couleurshijabonline?fref=ts

Putri Qaseh berkata...

Salam xora..hari2 tengok blog menantikan update dari xora..dulu nak kawin excited kalau xora update Diaterimanikahnya..sekarang rumahkamisyurgakami pula jadi sumber inspirasi :)

Nak tanya, kain tu mmg xora beli kosong dan tempah kemudian lace dan manik jahit sendiri ke?

Xora berkata...

dah lama kan tak update :( guilty as charge .. kain tu saya beli mmg kain satin kosong, then htr tempah dulu kasi siap. kemudian dah siap, baru jahit lace, buat sendiri aje.. dan jahit manik sndiri. lace pun beli cukup2 semeter, tu yg berkira nak tampal betul2 ikut ukuran hehe

Unknown berkata...

Salam perkenalan...1st jumpe blog ni pasal susunatur rumah...trus suka...n x slh rasenyer lau follow...tq sbb kongsi ilmu...

Nor Hashim berkata...

oh..sbb ko bg link..terpakse la aku p blogwalking kahkahkah!!