Salam dan hai
Hujung minggu lepas tak banyak aktiviti deko rumah berjalan.
Sebabnya si bujang kecik demam hari Sabtu pagi. Kali pertama dia demam. Memang pengalaman pertama saya jaga bujang kecik demam dan pengalaman pertama bujang kecik demam. Mula-mula pelik juga, dia bangun tidur tak nangis, tapi senyap sahaja. Selalu bangun tidur terus nangis, macam marah-marah "Kenapa umi dan babah tinggalkan saya sorang-sorang atas katil..!!" - cam tu la. Tapi pagi tu asyik nak menempek kat saya. Manja yang amat. Makan pun tak mahu, asyik muntah. Cuma nak minum susu sahaja. Tak mahu berjalan, nak berdukung sahaja.
Teringat ibu pernah cerita, saya masa kecik dulu, makin sakit, makin diam.
Badan Dyzhwar memang sentiasa panas, dia macam saya. Jadi susah nak agak dia demam ke tak. Patut kena beli termometer suhu badan lain kali*. Tapi ibu pernah cerita, periksa suhu belakang lutut dia dan tapak kaki dia. Kalau panas, tandanya demam.
...Dan memang bos kecik demam.
Kami pergi bawa Dyzhwar jumpa doktor, suhunya masa tu dah kurang pasal saya asyik tuamkan badan dia. Rupanya dia demam nak tumbuh gigi. Ingatkan berjangkit daripada sepupunya Aqil, yang demam juga masa saya call abang saya. Masa tumbuh gigi empat batang depan tu, takde pulak dia demam. Sedar-sedar dah tumbuh dan mula mengigit saya masa menyusu.
 |
Gambar rekod: Susah nak amik gambar gigi dia ni. Tunggu tidur, baru dapat |