Lori Surat Khabar Lama

09 April 2012

Program Kitar Semula

Salam dan hai

Saya rasa, kalau tak disebabkan ibu saya seorang yang peka tentang kepentingan kitar semula ni, agaknya saya tak kisah kot. Daripada saya kecil, ibu mesti asingkan tin-tin, surat khabar, botol plastik, untuk program kitar semula dia. Masih ingat, masa kecik dulu, bila lori surat khabar lama datang, ibu suruh saya jerit panggil, sementara dia pergi amik plastik barang-barang kitar semula dibawa keluar. Suka dulu, jerit kuat-kuat. "Surat khabar, surat khabar!!!!".

Tapi uncle tu jarang datang. Kadang-kadang sebulan sekali sahaja. Kadang-kadang, ibu plak tak perasan atau tak sempat nak kejar uncle tu atau suara saya uncle tu tak dengar..

Tapi sekarang lebih mudah. Dah banyak lokasi pusat kitar semula.

Saya baru memulakan program kitar semula saya di rumah. Sebelum ni tak peka. Tapi pasal ada motivasi daripada segi wang (ye, pengakuan jujur. siapa taknak wang kan?) dan ada masa, jadi program ni dimulakan sejak saya masuk rumah. Itu pun dah banyak yang kurang pasal ada lori surat khabar lama pernah lalu kat kawasan rumah saya, jadi dah serahkan banyak masa tu.




Ok, kalau nak buat kitar semula, boleh pergi di Pusat Kitar Semula di Presint 9.






Senang nak cari. Kalau takmo kat Putrajaya, banyak lagi senarai pusat kitar semula kat website Alam Flora

Nak kena ajar D jr tentang program kitar semula ni. Terima kasih pada encik suami yang sudi membawa saya ke sini.






Banyak barang boleh dikitar semula. daripada barang-barang biasa macam suratkhabar, majalah, kertas komputer, kadbod, sampai la kepada CPU, Printer, Monitor dan minyak masak.

Ada gak orang kitar semula baju-baju dan permainan lama, tapi kalau tak silap, penderma tak dapat apa-apa, tapi kalau orang nak beli, kena caj dalam rm5 sehelai baju. Ikut pada item rasanya. *tapi saya lebih suka barang-barang macam baju disedekahkan kepada anak yatim. Latar belakang gambar D jr ni la, barang-barang pakaian yang nak dijual




Kat pusat kitar semual Presint 9 ni, siap ada showroom, kat dalam tu ada VCD, Barang permainan, buku-buku. Kiranya tempat ini dijadikan ruang menunggu. Ada gak risalah tentang kitar semula diletakkan di dalam bilik menunggu ni.




Ini la hasil saya dapat. RM10.56. Minyak masak merupakan penyumbang paling besar heheh.

InsyaAllah, mahu teruskan program kitar semula ini.






10 ulasan:

NJihe.am berkata...

sy pon baru berjinak2 dgn program kitar semula.. http://studioous.blogspot.com/

Nadia Havez berkata...

eh eh baru tau minyak masak pun boleh kitar semula eh?

Xora berkata...

jom kitar semula!

Xora berkata...

tu la. saya pun baru tahu juga. sebelum ni main buang aje. lepas ni, dah boleh kitar semula minyak masak :)

tigrismalaya berkata...

diorg terima x botol2 seperti botol dynamo, clorox etc??

Xora berkata...

saya rasa terima, tapi better check kat botol tu, ada tak simbol recycle? kalau nak try luck je pun boleh, tapi make sure, botol2 tu dah dibersihkan dan takde cecair asal botol tu lagi

Mak Esah berkata...

Salam sis.. nak tanya.. minyak masak tu kalau nak kitar semula, condition minyak tu mcm mana? kalau minyak goreng ayam berempah yg dah jadi hitam tu boleh ke?

Xora berkata...

Eza, saya rasa diorang terima sahaja apa juga kondisi minyak tu. even campur2 minyak berbeza, diorang amik aje. rasanya minyak goreng ayam rempah yg hitam pun, diorang amik juga

Mak Esah berkata...

Ok tq menjawab soalan. cuma nak tny lg pusat kitar semula kat persint 9 tu weekend buka ker? nak pegi weekdays. keja la pulak..

Xora berkata...

rasanya, kalau ikut daripada laman web alam flora, yg presint 9 tu buka hari ahad aje

ni utk list pusat kitar semula yg lain

http://www.alamflora.com.my/V3/ListOfCommunityRecyclingCentre.htm