Lori Surat Khabar Lama

08 Jun 2012

Bersihkan Peti Ais

Salam dan hai

Kali ni, saya nak bercerita tentang rutin membersihkan peti ais. Topik yang jarang-jarang kita fikirkan, tapi sebenarnya, kena buat ni. 

Kalau rajin, seminggu sekali. 
Paling tidak sebulan sekali. 
Jangan tidak 3 bulan sekali. 

Peti ais tu tempat kita simpan bahan-bahan makanan kita. Bahan-bahan makanan yang kita masak dan makan. Jadi kena la ada peti ais yang bersih agar makanan kita pun segar dan tidak tercemar. Jangan sampai peti ais dah berbau, baru kita nak bersihkan. Jadikan rutin bersihkan peti ais ni rutin harian, jadi takde la terasa sangat tugasnya.





Masa bujang dulu, tinggal dengan ibu, memang tak pernah bersihkan peti ais. Ibu pun tak suka saya bersihkan peti ais dia pasal dia kata saya buat kerja berangan dan tak cepat, dia hilang sabar. *sebenarnya saja buat cam tu pasal malas nak kemaskan hehe* Tapi saya selalu perhatikan dia bersihkan macam mana, jadi saya praktikkan apa yang ibu selalu buat.

Kami tinggal berdua sahaja, anak sorang dan masih bayi lagi. Jadi memang peti ais kami tak banyak barang. Baki makanan pun jarang disimpan pasal D jenis tak suka makan makanan yang dipanaskan semula *walaupun dia tak cakap, tapi saya perhatikan, setiap kali makanan dipanaskan semula, walaupun makanan tengah hari dipanaskan untuk malam, mesti D tak sentuh. Jadi saya la yang terpaksa makan. Pasal tu saya tak kurus-kurus lagi lepas beranak*. Jadi memang saya masak, untuk sekali makan dan habis sekali tu sahaja. Takde simpan-simpan. Saya pulak ke pasar sekali setiap minggu. Hari Isnin, alang-alang dah ada kat Serdang, terus singgah pasar malam. Jadinya, bila dah hujung minggu, memang barang-barang dah kurang sangat-sangat.

Dulu sebelum bersalin, saya rajin bersihkan peti ais. Tapi lepas ada anak, sudah hampir 7 bulan balik ke Bangi, baru sempat nak bersihkan peti ais. Teruk sungguh.


Bila tanya D, dia tak rasa ke peti ais ni kotor, dia cakap, dia rasa OK aje. Tapi saya tengok dah ada banyak kesan kicap, kunyit dan cebisan sayur kering yang tak dibersihkan. Jadi malam tadi, lepas bos kecik tidur, baru saya dapat memulakan aktiviti mengemas peti ais ni.


Perkara pertama:  saya buat adalah tutup suis peti ais. Kalau ikutkan arahan kat peti ais ni, kalau dah tutup suis, kena tunggu 5 minit baru buka semula suisnya. Tapi orang elektrik tempat saya beli ni kata, seeloknya tunggu 20 minit baru buka semula. Jadi saya ikut cakap orang kedai tu. 

Tapi saya baca kat internet, banyak yang mencadangkan, kita kurangkan suhu peti ais pun dah memadai berbanding off kan suisnya. Pasal membersihkan peti ais ni akan melibatkan banyak kerja, jadi pintu kena sentiasa buka dan tutup.

Saya tak pandai nak buat kerja cepat-cepat, jadi saya off kan suisnya. 

Perkara kedua: keluarkan semua barang-barang daripada peti ais. Saya tak usik bahagian freezer dahulu. Saya sudahkan bahagian sejuk dulu.


Sikit-sikit
in progress


Habis dah keluarkan semuanya




Saya tidak tetapkan jadual bila saya nak bersihkan peti ais, cuma saya pilih untuk bersihkan peti ais pada waktu barang-barang dalam peti ais kurang. Kalau kemaskan peti ais waktu barang-barang tengah banyak, jenuh juga la nak bawa keluar satu-satu. Kalau dulu, saya bersihkan sebelum saya simpan barang-barang pasar dalam tu, tapi saya rasa macam terlalu memenatkan jadi saya ubah pilihan saya.

Perkara ketiga: Bersihkan tray kaca dan semua bahagian dalam peti ais bersih-bersih. Ada orang cuma mengelap sahaja, tapi saya lebih suka cuci habis dalam sinki. Jadi saya keluarkan satu persatu tray dan basuh dengan air mengalir. Kemudian saya biarkan tos dan kering sendiri. 

Setiap bahagian peti ais ni saya bersihkan dengan kain. Saya baca kat Internet, ada yang cadangkan menggunakan pembersih semulajadi dengan gunakan 2 sudu teh baking soda campurkan dengan satu cawan air panas atau gunakan cuka; berbanding pencuci kimia yang akan meninggalkan bau. Tapi pasal saya takde baking soda, saya cuma pakai air suam sahaja nak bersihkan bahagian-bahagian ni. Lagipun, tiada kotoran yang susah nak ditanggalkan dalam peti ais ni buat masa ini.
Tu ada banyak kesan kicap. 
Buat masa ini, takde bahagian yang susah nak dibersihkan. Kot-kot ada design peti ais yang ada ruang kecil yang susah dicapai dengan kain, mungkin boleh bersihkan dengan berus gigi atau putik kapas. 

Peti ais yang dah dikosongkan
Perkara keempat: Buang makanan/bahan-bahan yang sudah luput tarikhnya, tidak segar atau yang tidak dimakan-makan. Ubat-ubat yang dah luput tarikhnya, pun buangkan. Sambil-sambil check barang-barang ni, bersihkan juga bibir sos dan kicap dengan kertas serap minyak yang dibasahkan. Saya selalu buat macam ni pasal tak suka lebihan sos dan kicap yang bertakung kat bibir botol. Kadang-kadang geli pulak tengok. Bersihkan sekali badan botol.

Periksa juga kalau ada bahan makanan yang perlu ditukar bekasnya. Kadang-kadang, masa kita salinkan awal-awal dulu, kuantitinya banyak. Tapi semakin kerap dipakai, kuantiti dah semakin kurang, tapi bekas plastiknya masih pakai yang besar, jadi rugi ruang sahaja. Salinkan bahan makanan ikut kuantiti yang bersesuaian. 

Tengok isi bekas yang perlu ditambah isinya. Senang nanti nak masak, takde la perlu terhegeh-hegeh baru nak cari stok kat mana. Masa ni juga, saya akan melabelkan mana-mana barang yang saya terlepas pandang, senang nak cari kemudian nanti. 

Memandangkan saya jarang simpan makanan yang dah dimasak ke dalam peti ais, jadi jarang jumpa makanan yang saya tak ingat bila saya masak. Memudahkan kerja juga la.


Perkara kelima: Susun semula barang-barang ke dalam peti ais. Kalau perlu ubah tray ikut ketinggian barang, ubah la. Saya kerap tukar kedudukan tray mengikut apa makanan yang saya masukkan. Kadang-kadang kalau masukkan jug air, memang kena adjust tray takut tak muat.




Selalu camni. Bila epal tinggal satu, takde sapa nak habiskan. 


Masa ni tengah demam Tupperware. Semua midget nak beli.,
 D dah tak kasi beli dah, suruh saya masuk Rehab ketagih Tupperware

Kalau ada koleksi warna oren, nak beli lagi-- tanpa pengetahuan D


Kalau baca kat Internet, memang banyak yang kongsi ilmu, jangan letak susu kat tepi la, biarkan telur dalam bekas telur yang dibeli, sentiasa letak butter dalam bekas khas, macam-macam lagi. Jadi saya susun barang-barang ni ikut pengetahuan saya. Setiap hari akan tambah ilmu, jadi kalau ada yang saya dapat tau yang salah tempat simpannya, nanti saya akan ubah. 


Bahagian dalam peti ais saya macam ni.


Rak pertama biasanya saya letak buah-buahan  atau makanan snek cam kek ke. Pasal rak ni ikut ketinggian pandangan mata D. senang dia perasan ada makanan. Kalau letak tray lain, takut dia tak perasan.  Perasan tak kat tray ke tiga, saya pakai cooking tray untuk simpan rempah ratus saya? Sebenarnya tak suka pakai cooking tray tu, tapi ini sahaja yang saya ada buat masa sekarang. 

Rancangnya nak pakai bekas plastik macam ni. Senang nak angkut keluar. Hari tu ada nampak kat Daiso, warna terang-terang lagi. Tapi terlupa nak beli. Kalau singgah lagi, nak beli la. Baru warna warni peti ais saya.





Eh ni dah cerita pasal susun atur peti ais pulak. Takpe tu nanti kita cerita dalam post lain ye?

Lepas dah siap bahagian atas, baru saya buat bahagian frozen. Memandangkan suis dah ditutup *gambar kat atas ni saya amik masa semuanya dah siap, pasal tu lampu peti ais dah terpasang*, jadi bahagian frozen ni kena buat dengan cepat dan teratur, memandangkan suhu dibahagian masih sejuk dan kita kena jaga suhunya jangan sampai suhu bilik pulak. 

Saya akan keluarkan semua barang-barang.Kemudian saya terus tutup pintunya semula, untuk kekalkan kesejukan freezer. Lepas tu baru saya check apa barang-barang dalam Tupperware dan Tipuware , mana bekas yang perlu diganti/ dibuang/ ditukar tempat. Check juga mana-mana yang saya terlupa nak labelkan. 

Saya cucikan juga tray tu bersih-bersih dalam sinki. Memandangkan tak sempat nak tunggu ditos kering, saya lapkan dengan kain microfiber.  Biasanya, ruang frozen tak amik masa yang lama pasal ruangnya terhad berbanding bahagian sejuk. 

Susun semula macam gambar ni. Peti ais kami lain sikit, bahagian frozennya dibawah, bukan dibahagian atas. Kali pertama dapat tu, memang janggal juga, tapi dah lama-lama, ok dah. 

Kat ruang atas frozen, saya selalu letakkan frozen vegetable, puri Dyzhwar, keju dan apa-apa yang bukan bahan mentah daripada daging, ikan atau ayam. Barang cam frozen karipap ke, pau ke, pun saya letak kat bahagian ini juga. Saya punya ice pack untuk susu badan pun letak sini. Ayam, daging, ikan semua tu, saya letak kat dalam tray. 








Perkara enam: Mewangikan peti ais. Ha, jangan pulak sembur dengan ambi pur plak! Gunakan pewangi yang lebih semulajadi. Saya pernah terbaca, ada yang menggunakan vanila esen untuk mewangikan peti ais. Tapi saya lebih suka gunakan lemon untuk serap bau *Ni petua ibu, walaupun saya malas tolong dia bersihkan peti ais, tapi ilmunya tetap saya timba*. Biasanya, lemon tu saya akan perah isinya dan bekukan air lemon tu. Kulitnya saya letak kat celah tray dan drawer. Bila buka peti ais, wangi baunya. Dapat tahan lebih daripada seminggu sebelum kulit lemon kering. Tapi pasal lemon mahal, bila nak save budget, saya pakai daun limau purut, letak kat tepi-tepi. CUma daun limau purut lebih cepat kering dan hasilnya tak selama lemon.

Perkara ketujuh: Bersihkan bahagian luar peti ais. Ni ikut kepada material peti ais masing-masin. Kalau ikutkan laman web RealSimple, 

For enameled steel: Use a multisurface solution and paper towels. For stainless steel: Dampen a microfiber cloth with distilled white vinegar and rub in the direction of the grain. All done!


Bila dah lap bahagian luar, tandanya rutin membersihkan peti ais sudah selesai. Walaupun bagi D tiada perbezaan sebelum saya mengemas dan selepas membersihkan peti ais ni, tapi untuk kepuasan sendiri, boleh la senyum sorang-sorang. 

Sebenarnya nak bersihkan peti ais ni tak susah, terutama kalau kita jadikannya rutin setiap hari. Tak terasa bebannya. Kalau nampak ada kesan kicap, cepat-cepat bersihkan. Kalau nampak ada bahan masakan yang tak digunakan/luput, terus sahaja buang. By the time nak bersihkan peti ais, tugasnya pun dah tak banyak mana dah. 



Kalau nak tips membersihkan peti ais lagi, boleh klik di SINI, SINI, SINI,SINI, SINI, dan SINI


Jom bersihkan peti ais! --- Bila kali terakhir korang bersihkan peti ais?


10 ulasan:

.Lydia. berkata...

ilmu yg bgus utk dishare bersama..erm slalunye kak Xora isi ape yer dlm bekas kecil2 yg cntik tu,

Aisyah Humaira berkata...

haha.. baru je buang segala makanan yang dah tak mahu dimakan pagi tadi.. peti ais saya 1 pintu saje jadi mudah sikit kerja, barang tak banyak :D

QueenBz berkata...

aku suka peti ais kau warna warni.
nak tiru jugak!

Xora berkata...

bekas kecil2 tu so far saya isi cam herba 4 sekawan tu, rempah kurma, jintan manis, jintan putih, buah keras, kiub ayam dan tomyam, lagi apa erk.. benda2 yg dalam kuantiti yg kecil aje :)

Xora berkata...

sedihkan bila buang makanan T.T

Xora berkata...

tiru aje, aku pun tiru org--eh?! haha

Unknown berkata...

dua minggu lepas husband saya tersangatla rajin basuh peti ais. tao dia buat mcm mn..? dia angkat peti ais tuh masuk dalam bilik air, lepas tuh dia sembur dengan air paip bagi ais kt bahagian atas tu cair. dia bersihkan peti ais tu sorang2 time off duty dan saya balik kerja tanya baru dia cerita dia buat mcm tu ms nk basuh peti ais tu. mujurla peti ais tu dia yg punya, beli masa zaman bujang. kalo tidak, mungkin saya histeria sampai sebulan.

masih gigih kumpul duit nk beli peti ais dua pintu macam xora.

Reen Tart Nenas berkata...

hi idol! hahaha

aku dgr nama ku diseru *daiso!

Aisyah Humaira berkata...

memang T.T suami yg tolong buang. harap saya, alamatnya smpai bulan depan pun ada lagi kot..

Unknown berkata...

sangat berguna sbb Pn supik dalam usaha nk kemas peti ais...colourful sangat ~pn supik~