Salam dan hai
Minggu lepas, tiada projek rumah dapat dijalankan pasal tak sempat sangat-sangat. Sabtu ada di rumah mertua separuh hari, dan Ahadnya keluar ke Mines mencari kain ela. Petang tu pulak, kena siapkan menu potluck untuk kawasan rumah. Ada doa selamat sempena nak menyambut kedatang Ramadhan.
Menu paling mudah, puding roti Butterscotch.
Resepi saya ambil daripada blog masakan kegeraman (pasal gambarnya cantik-cantik!!) dan kegemaran saya Masam Manis. Resepi amik daripada sini, cuba saya tukar roti biasa kepada roti butterscotch dan saya letak topping butterscotch, amik daripada resepi Chef Wan.
Pernah cuba resepi ni sekali masa potluck opis dan sambutannya menggalakkan, jadi buat ni semula untuk menu last minit yang tak ada banyak masa sangat
![]() |
| Letak dalam kotak kecil siap-siap, senang tetamu nak makan |


