Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).
Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya.
Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar.
Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.
Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.
![]() |
| Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat |


