Lori Surat Khabar Lama

28 Ogos 2013

Dwi Sambutan: Hari Raya dan Hari Jadi Dyzhwar (Persiapan)

Salam dan hai


Seperti tahun lepas, hari jadi Dyzhwar jatuh pada bulan Syawal. Tahun lepas saya memang tak sambut hari jadi Dyzhwar pasal saya agak berkira bab beri makanan manis pada Dyzhwar sebelum usia di cecah 2 tahun. Pasal tu 'kek' hari jadi dia cuma berupa buah tembikai yang gagal dipotong menyerupai kek. Tapi Dyzhwar ok aje. pasal dia pun bukan faham apa yang berlaku masa tu.





Tahun ni, kami suami isteri pakat nak buat sambutan hari jadi Dyzhwar, dah alang-alang dalam Syawal, boleh la buat dwi sambutan untuk raya sekali. Kami tak mahu highlightkan sangat hari majlis tu jatuh pada hari jadi Dyzhwar pasal taknak tetamu susah-susah nak bawa hadiah bagai. Lagipun, kami ada kawan-kawan yang belum berkahwin atau yang masih belum ada rezeki zuriat, jadi kami taknak mereka rasa terasing dalam majlis. Jadi kami lebih beri tumpuan kepada sambutan raya.

Memandangkan post ni panjang, saya buat ikut point.





1. Senarai menu 

Iye, dan seperti tahun lepas, saya masih mengamalkan sikap dominant dan saiko dalam merancang majlis makan-makan ni. Saya rancang menu semua pasal dah tentu saya yang kena masak. Kemudian bentangkan kat D untuk dapatkan kelulusan. Ada yang kena reject, ada yang jadi perdebatan antara kami. Tapi akhirnya, kata putus menu diterima




Saya kategorikan juadah mengikut 4 kategori:
1. Menu utama
2. Menu sampingan
3. Pencuci mulut/ manisan
4. Minuman


Saya memang tekad nak cuba gak masak sendiri tahun ni. Iye la, sementara anak sorang dan masih kecil, lagipun jumlah tetamu tidak la mencapai ratusan, jadi saya rasa wajar kot untuk tuan rumah masak sendiri. Daripada segi kos, jimat jauh kalau memasak daripada upah atau amik katerer pasal realitinya, saya dan D masih belum mampu amik katerer. Saya pun jenis yang suka menjamu pilihan makanan yang banyak (mungkin tipikal jawa yang dah terdidik dari belah ayah saya kot), jadi saya rasa daripada saya menyusahkan orang katerer untuk penuhi selera saya, baik saya masak sendiri menu pilihan saya. 

Kami kira-kira jumlah tetamu lebih kurang 50+ orang dewasa, kanak-kanak tak mengisah sangat pasal diorang tak makan banyak mana sangat, maka saya yakinkan aje diri, yang boleh kot kami sediakan makanan untuk jumlah tetamu seramai itu.

Berbalik kepada tahap kemampuan kami, setelah mengambil kira faktor kos dan masa, jadi kami senaraikan menu-menu dibawah

1. Menu utama
a. nasi ayam
b. bihun sup


2. Menu sampingan
a. Pulut kuning
b. Nasi impit
c. Serunding 
d. Rendang
e. Pilihan roti dan pastri
f. Sup cendawan
g. Baked beans
f. Seafood coleslaw


3. Manisan
a. Cheese tart
b. Fruit tart
c. Tart nenas
d. Kastard berkuah
e. muffin coklat
f. Coklat

4. Minuman
a. Kordial guava
b. Lemon
c. Pilihan air panas; nescafe, teh lemon dan milo


Nampak macam banyak, tapi seperti mana-mana tugas pun, pengurusan waktu dan pembahagian kerja yang penting. Bukanlah semua saya buat, ada yang saya beli siap seperti serunding, air kordial guava, tart nenas, roti dan pastries. Ada yang boleh disiapkan lebih awal macam cheeset tart, pati lemon, nasi impit. Ada juga yang mendapat bantuan famili macam pulut kuning dan rendang disediakan oleh ibu saya dan kakak ipar saya sponsorkan fruit tart. 

Yang penting, pengurusan masa dan pembahagian tugas. Kena fikir menu mana boleh buat lebih awal, mana yang perlu dibuat pada pagi hari majlis, mana yang boleh kita outsource kan. Kalau tersusun, InsyaAllah yang lain akan mengikut aturan.

2. Persiapan meja buffet

Ceh.. nama meja buffet, tapi sebenarnya kami pakai meja makan sedia ada kami, lagipun meja tu memang dah tak boleh dialihkan, kejung aje kat situ pasal terlalu berat untuk dialihkan. 

Saya siapkan meja buffet dua hari sebelum majlis. Sengaja siapkan awal, mana tau kalau ada perubahan pada menu, boleh saya terus buat perubahan susunan meja. Lagipun, disebabkan kebanyakkan peralatan hidangan saya simpan dalam stor, jadi saya pun dah tak ingat peralatan apa yang saya ada dan yang belum ada. Jadi bila dah susun siap-siap, baru la nampak apa yang perlu dibeli, apa yang perlu dicari.



Saya gunakan sticker pad untuk tulis dan tampal nama menu pada bekas hidangan, memudahkan untuk saya isi makanan pada hari majlis dan juga kalau-kalau saya tak sempat nak isikan, boleh minta tolong orang buatkan dan mereka boleh tau nak isikan dalam bekas mana berdasarkan label pada bekas tanpa perlu tercari-cari. 

Buat kerja sorang memang la begini. Nanti dah ada anak dara seorang dua, tunggu dia besar, senang sikit dah boleh tolong harap-harapnya. Atau tunggu Dyzhwar besar sikit, boleh ajar dia susun-susun ni.







Tahun lepas saya tak pakai polisterin langsung, semuanya kaca, tu pun pinjam koleksi pinggan kenduri arwah Opah yang ibu saya simpankan. Tapi tahun ni, saya buat pilihan polisterin pasal baru saya terfikirkan tentang budak-budak. Kaca kadang-kadang terlalu berat untuk budak-budak ni bawa, jadi sebagai pilihan, polisterin lebih ringan dan selamat untuk mereka bawa. Mungkin kalau ada rezeki lebih masa depan, nak simpan koleksi plastik pula untuk tetamu cilik ni.

Kebanyakkan barang dan peralatan saya guna semula yang sedia ada dalam simpanan saya kecuali bekas untuk sup, tu saya baru beli di pasar borong Selangor, dapat dalam RM60. Saya beli pasal sumber elektrik di meja makan kami jauh untuk saya letakkan slow cooker agar sup sentiasa panas. Lagipun, tetamu akan mengelilingi meja ni untuk ambil makanan, jadi bahaya sikit kalau ada yang tersadung pada wayar elektrik slow cookernya. Jadi saya beli bekas tu pasal boleh letak lilin dibawahnya untuk kekalkan suhu panas. 

3. Kos bahan mentah

Rasanya bahagian ini yang paling susah nak dianggarkan. Pasal kebanyakkan bahan-bahan masaknya, kami tidak la beli khas untuk majlis ni. Kebanyakkan memang bahan-bahan harian sedia ada dirumah kami seperti olive oil, beras, air nescafe, milo dan teh limau,  baked beans, keju-keju, bihun, nasi impit, kentang dan banyak lagi. Jadi kami gunakan sahaja bahan stok kami, susah nak anggarkan berapa kos kami keluarkan. Tapi rasanya, boleh la dianggarkan kos seorang tetamu dalam RM5-6 kot. Agaknya aje la kot. 

Kalau nak disenaraikan kos barang secara terperinci pun, mungkin lebih kurang macam dibawah

a. nasi ayam
- kami beli beras bas mathi 5kg, tapi kami cuma masak 17 pot sahaja dan itu pun sudah mencukupi. Walaupun saya ada baca kat Internet, 5 kg beras untuk 50 orang tetamu, tapi saya tak ikut pasal kami ada menu-menu sokongan yang lain. Ayam kami beli 5 ekor, tapi yang digunakan cuma 4 ekor. Kos ayam untuk kelima-lima ekor dalam RM 75. Tomato (4 biji), salad (3 cantuman - apa penjodoh bilangan salad?? tapi kos RM 1.80 untuk ketiga-tiga salad tu) dan timun (2 tongkol) kami beli fresh, so anggaran kos bawah RM10. Sos cili dan kicap beli kat Ayamas pasal saya buat tak menjadi, tu pun anggaran kos RM15-20.

b. bihun sup
- Kami beli 2 bungkus, tapi yang digunakan cuma 1 bungkus setengah. Bahan-bahan sampingan bihun sup cuma carikan ayam, daun sup, sambal cili (ni ibu bagi dia punya pasal saya tak sempat nak buat), telur rebus dalam 10 biji potong 4 (tu pun berbaki dalam 3 biji), bawan goreng dan limau kasturi. Kali ni, saya tak sediakan sawi, taugeh atau tauhu pasal ikut sejarah tetamu, biasanya ketiga-tiga bahan ni selalu tak terluak dan leceh untuk disediakan pasal takut layu dan sebagainya.

c. Pulut kuning, rendang, serunding
- Ni ibu buat, tapi ibu gunakan 500g beras pulut sahaja. rendang pun dalam 500g dan serunding pun 500g. serunding tu abang saya belikan di Terengganu harga bawah RM20 tak silap. Tu pun tak habis.

d. Pilihan roti dan pastri
- Saya berhajat nak cari roti peranchis di Giant untuk padankan dengan sup cendawan, tapi takde stok pulak. Roti ni kalau promosi boleh dapat RM1 satu. Jadi saya beli baby bun (bawah RM2 kot tak silap, dapat dapat 10 biji ke 12 biji baby bun sepek. Saya beli sepek aje) dan croissant (beli 2 pek, 1 pek RM4++, ada 5 ke 6 keping roti croissant sepek dan saya beli 2 pek) di Giant. Tu pun pada majlis berakhir, baby bun berbaki 6 biji dan roti croissant berbaki satu pek tak terusik. Roti peranchis saya gunakan yang dalam stok saya pasal Giant dah habis stok. Yang ni takde baki pasal roti ni laku la pulak. Makaroni and cheese saya rasa kos mahal pada harga kejunya. Saya pakai tiga jenis keji, rasanya harga kos masih dibawah RM30, tu pun masih berbaki kejunya.

e. Sup cendawan
- Yang ni agak costly pasal kos cendawan-cendawan agak mahal. saya tak gunakan sup dalam tin pasal saya teringin nak cuba resepi Ina Garten yang Barefoot Contessa tu. nampak macam best. Tapi malangnya, cendawan shitake, porchini dan portobello tak jumpa di pasaran, jadi saya gunakan cendawan butang segar dan cendawan tiram sahaja. Nasib baik daun leek ada jumpa kat giant. Kos termasuk susu segar 1 liter rasanya bawah RM 20.

f. Baked beans
- Ni pun gunakan baked beans dalam tin yang sedia ada. Bahan-bahan sampingan macam aym salai, daun sup, cili benggala, semua memang dah sedia ada. 

g. Seafood coleslaw
- Saya cuma beli jejari ketam dan kubis sahaja. Udang, kentang, semua memang dah ada dalam stok.

h. Cheese tart
- saya buat untuk raya, so kos masuk dalam persiapan raya

i. Fruit tart
- sponsor daripada kakak ipar, jadi tiada kos dicatat.

j. Tart nenas
- beli untuk raya, so kos masuk dalam persiapan raya juga

k. Kastard berkuah
- yang ni saya beli bahan semua serba baru, termasuklah susu ideal, buah dalam tin, buah strawberi, tepung kastard, nenas dalam tin. Anggaran kos untuk semua bahan saya rasa dalam RM30.

l. muffin coklat
- Saya beli tepung siap untuk dibancuh, RM 6+ aje rasanya. Cuma tambahkan telur dan minak jagung, yang mana kedua-dua bahan memang dah ada kat rumah. 

m. Coklat
- kawan saya beri masa raya. Jadi saya hidangkan sekali.



n. Kordial guava

- ni memang dah ada dalam stok saya. Beli kat Cosway dalam bawah RM10 tak silap

o. Lemon
-Yang ni kena beli fresh buah lemon, guna dalam 3 biji. Saya tambah air sprite 1 tin, nenas dan daun pudina. Kos saya rasa kurang daripada RM10.

P. Pilihan air panas; nescafe, teh lemon dan milo
- Kami gunakan pek 3 in 1 sedia ada dalam stok kami. Jadi tak tau camne nak kira kosnya. 


Rasanya cukup kot penulisan kali ni untuk cover bahagian persiapan. Kebanyakkan barang kami beli daripada pasar sungai besi, pasar malam dan kedai runcit biasa. Cuma untuk bahan-bahan tertentu sahaja yang kami beli di Giant dan kedai bakeri Yummie. 

Mengambil kira harga kos dengan pilihan menu yang disediakan, saya rasa masak sendiri memang jauh berbaloi berbanding amik katerer. Cuma sakit penat dan demam urat tu memang tak dinafikan la. Bab tak sempat nak borak dengan tetamu pasal topupkan lauk tu pun satu hal. Cuma bila D ceritakan tentang kisah isteri larang suami tambah pasal suami dah makan 3 kali, tu semua buat saya tergelak. Seronok tengok tetamu makan hasil air tangan kita, tak tau camne nak cakap. Rasa cam puas jamu tetamu.Lebih-lebih lagi bila saya ada kuasa mutlak untuk hiaskan meja ikut tema saya, tu memang puas hati hehe.


Realitinya, saya bukan pakar memasak. Cuma saya suka cuba resepi baru, belajar macam mana penerimaan tetamu. Untuk majlis-majlis persendirian camni la, saya boleh cuba resepi-resepi baru, cuba mana yang sesuai, mana yang kena dengan selera. Kalau tak, bila lagi, kan?

Post akan datang, nak cerita tentang kekalutan pada hari majlis.


7 ulasan:

safurara berkata...

wah~ banyak nya menu.kenyang org makan.

Reen Tart Nenas berkata...

1. Portobello mushroom tu kalau ko nak cari kat Cold Storage. semalam aku g yg kat alamanda, die ada jual. tp ya, harga agak mahal rm11 utk per gram x silap aku. dan mcm2 jenis mushroom lagi la. so kalau nak cari yg pelik2 tu, g cold storage ajer.

2. serunding tu sedap. heheh wpun aku xsuke sgt tp sedap. hah kat mana kat sini best hah nak beli? suami ai suka serunding, tp aku x penah belikan psl aku kurang mkn sgt.

3. nanti nak pinjam brg2 ko. hahaha

k bai

Xora berkata...

Rara, dah alang2 nak jamu, kasi tetamu overdose :p

reen:1. tu la, aku tau mmg mahal tapi pasal pakai sikit aje dan aku rasa mesti sup cendawan lebih sedap kalau ada, so aku sanggup aje beli. tapi pasal kkangan waktu tak sempat ke sana
2.serunding beli kat ghanu oiii. heheh
3. spesifik skit tarikh bila nk buat house warming ittewww

Unknown berkata...

bestnye, macam2 menu ade =)

MAMA Hasinah_Hami berkata...

saya pun masak sendiri utk tetamu...menu saya NASI DAGANG + GULAI IKAN TONGKOL + ACAR RAMPAI...SOTO AYAM ...RENDANG AYAM + NASI IMPIT + LEMANG ...KUAH DURIAN + ROTI JALA....hari yg di anti tiba...saya kalut sikit tika buat roti jala..cepat sangat abis....hihi terpaksa mintak bantuan kakak ipar dan kakak saya sendiri utk menjala...

gurlarroche berkata...

boleh la aku wat reference bile umah da siap nnt...yeay!!!

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy berkata...

Tq atas perkongsian kg beras dan ayam tu ye....saya selalu lah fail bab2 mengagak portion untuk ramai2 org ni..hihi