Lori Surat Khabar Lama

31 Oktober 2012

Bakery Item Katanya..

Salam dan hai

Saya dah khaskan ruang atas ni untuk ruang "Bakery item" saya yang sejemput tu.


Gambar rekod. Sumber disini

30 Oktober 2012

2 Tahun Selepas Dia Terima Nikahnya

Salam dan hai

Lihat ticker di kanan





Kami tak dapat nak buat apa-apa rancangan bercuti atau sambutan sebab masing-masing bekerja dan tak dapat cuti. Jadi, apa yang kami buat, menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami dengan amat sederhana di rumah. Kena tangguhkan dulu nak menyambutnya.

29 Oktober 2012

Bila Tiada Gambar Membuktikan

Salam dan hai


Perkara yang merungsingkan saya sejak dah berkeluarga ni, adalah kemalasan/ kealpaan/ kelupaan untuk mengambil gambar. Memang masalah betul. Gambar raya haji kami sekeluarga pun takda. Yang banyaknya, gambar Dyzhwar buat perangai dalam kereta


Tidur cam ni. Tiba-tiba dah tidur

Nak pakaikan seat belt, tanpa tuannya

22 Oktober 2012

Review: Red Velvet Segera dan Coklat Fondue

Salam dan hai


Kalau masa kecik-kecik dulu, kalau main bola dalam rumah, alamatnya memang berdas-das cubitan kena kat perut.

Tapi sekarang, dengan  babahnya pun pakat main dalam rumah.


video

Nak taknak memang kena layan Dyzhwar main bola di ruang tamu, sementara nak lekakan dia daripada kacau saya. Saya tengah letakkan cream cheese pada red velvet. Letak dalam cup muffin, senang nak uruskan

18 Oktober 2012

17 Oktober 2012

Rak dalam Kabinet

Salam dan hai


Kadang-kadang, saya rasa, nak menyusun barang pun memerlukan kos. Kalau nak barang nampak kemas, pun kena keluarkan duit. Saya percaya, ada sahaja cara DIY tapi tu bukan kepakaran saya dan tiada tahap kreativiti nak cipta, maka saya beli sahaja siap-siap segala apa yang membolehkan barang-barang dirumah kami tersusun elok.

Contohnya macam shelf ni


Sumber

Ni dapur saya

16 Oktober 2012

Room Divider

Salam dan hai


Keluasan rumah kami memustahilkan kami untuk letak bar atau bina room divider untuk pisahkan penglihatan tetamu terus ke dapur. Rancangan kami daripada mula, nak beli room divider yang boleh alih. Kiranya, kalau tetamu ada sahaja, baru room divider ni dipasang. Kalau setakat saya dan D, tak perlu kot nak letak buat sempit.

Lama dah cari, ada yang berkenan mahal sangat. Ada mampu milik tapi tak berkenan. Saya kurang minat kayu ukir-ukir, biar pun saya tahu itu lebih tahan lama. Saya nak sesuatu yang simple dan praktikal untuk saya.

Ingatkan tak jumpa, sehingga la terjumpa ini


Sumber

15 Oktober 2012

Kisah Ikea, Daiso dan Dyzhwar yang Tidak Tenang

Salam dan hai


Akhirnya, selepas hampir dua bulan tiada progress rumah, akhirnya minggu lepas berjaya ke Ikea dan dah alang-alang sampai ke sana, singgah juga ke Daiso the Curve.

Ni Dyzhwar. dengan muka gembira beliau di bawa berjalan


Dyzhwar dah besar sikit, baru saya dapat merasa duduk
di bahagian depan semula :)

11 Oktober 2012

Majlis Akikah: Bahagian Terakhir

Salam dan hai

Kalau kali ni saya lebih yakin tentang nak susun waktu memasak berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, tapi saya silap percaturan bila berhadapan dengan perkara-perkara baru, terutama bab kemas mengemas

1. Tak rancang nak letak perkakasan kotor di mana.

Ini adalah keadaan dapur saya setelah majlis bersurai



10 Oktober 2012

Majlis Akikah: Bahagian Kedua

Salam dan hai

Kalau dalam bahagian pertama, saya dah kongsi tentang menu majlis akikah Dyzhwar, kali ni untuk bahagian kedua saya nak kongsi tentang susunan waktu saya bekerja untuk menyediakan menu dan keperluan majlis yang lain.

Majlis kami hari Sabtu, 6 Oktober. Seperti yang sudah saya sebut di dalam bahagian pertama, saya susun siap-siap pinggan mangkuk lengkap ada label di atas meja buffet 2 hari sebelum hari majlis. Perkara-perkara sampingan yang lain macam kedudukan bekas nasi dan bentangkan tikar, baru saya buat malam hari majlis. 

Selain tu, saya senaraikan siap-siap kerja-kerja adhoc yang perlu disediakan, macam alas meja makan, cetak label makanan, lap pinggan makan dan gelas, sediakan bekas nak bancuh air, beli plastik untuk bungkus makanan, beli daun pisang kat pasar, dan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. List ni biasanya saya sediakan seminggu awal dan dicatat bila-bila masa yang saya teringat. Selalu simpan dalam handphone, senang nak kemas kini senarainya.

Saya senaraikan menu-menu majlis akikah ni dalam kertas biasa aje. Kertas ni daripada buku nota biasa sahaja. Belakang tu, saya dah cetak siap-siap deko hidangan yang saya nak imitasi. Hehe




Kertas ni tampal di pintu peti ais. Bila ada menu yang dah siap, terus potongkan daripada senarai. 

08 Oktober 2012

Majlis Akikah: Bahagian Pertama


Salam dan hai

Alhamdulillah, Sabtu lepas bersamaan 6 Oktober, telah berjaya menganjurkan majlis doa selamat akikah untuk Dyzhwar. Semua berjalan dengan lancar Alhamdulillah, Cuma terkilan pasal disebabkan sibuk menguruskan juadah dan segan nak ambil gambar sepanjang majlis berjalan, maka tiada la gambar majlis ketika berlangsung. Masa babahnya berucap mengalukan kedatangan tetamu, terfikir nak ambil gambar tapi rasa macam tak sopan la pulak mak budak amik gambar beria hehe.

Dyzhwar pun bantai tidur daripada 10 pagi sampai hampir 1 petang. Dyzhwar tak berapa suka orang ramai-ramai kecuali di Mall pasal tempat luas. Kalau tempat sempit ramai orang, dia akan moody. Maka setengah jam pertama adalah cubaan untuk melayan kerenah Dyzhwar.




03 Oktober 2012

Rancangan Akikah Dyzhwar

Salam dan hai



Sunat akikah seminggu selepas bayi dilahirkan tetapi masa seminggu Dyzhwar dilahirkan, kami suami isteri masih kalut dan sedang membiasakan diri dengan kehadiran orang baru. Kewangan pula masa tu memang tidak mengizinkan, jadi kami niat nak buat akikah untuk Dyzhwar selepas kewangan lebih stabil.

Rezeki Dyzhwar agaknya, insyaAllah hujung minggu ni nak buat majlis akikahnya. Sekadar doa selamat, takde nak cukur rambut bagai, budak dah setahun dah ada kaki, tak mungkin duduk diam.

Minggu lepas, kami suami isteri dan kedua-dua ayah kami, sempat pergi ke kandang kambing untuk pilih kambing akikah Dyzhwar.