Salam dan hai
Alhamdulillah, Sabtu lepas bersamaan 6 Oktober, telah berjaya
menganjurkan majlis doa selamat akikah untuk Dyzhwar. Semua berjalan dengan
lancar Alhamdulillah, Cuma terkilan pasal disebabkan sibuk menguruskan juadah dan
segan nak ambil gambar sepanjang majlis berjalan, maka tiada la gambar majlis
ketika berlangsung. Masa babahnya berucap mengalukan kedatangan tetamu, terfikir nak ambil gambar tapi rasa macam tak sopan la pulak mak budak amik gambar beria hehe.
Dyzhwar pun bantai tidur daripada 10 pagi sampai hampir 1
petang. Dyzhwar tak berapa
suka orang ramai-ramai kecuali di Mall pasal tempat luas. Kalau tempat sempit
ramai orang, dia akan moody. Maka setengah jam pertama adalah cubaan untuk
melayan kerenah Dyzhwar.
... dan itu bukan gambar majlis hehe. Tu adalah gambar-gambar inspirasi saya untuk meja buffet saya.
Untuk majlis doa selamat ni, kami utamakan jiran tetangga dan ahli keluarga pasal raya hari tu tak sempat beraya dengan jiran dan tak sempat nak kumpulkan keluarga kedua-dua belah pihak. Jumlah jemputan ketika doa selamat lebih kurang 40 orang sekali datang. Kami buat cukup simple daripada setting majlis, tiada khemah, tiada meja atau kerusi caterer. Semua tetamu duduk makan bersila di ruang tamu. Tiada doorgift bagai. Simple sangat-sangat sampai abang saya sendiri telefon saya Tanya majlis jadi ke tak pasal tak Nampak khemah dan tiada selipar berterabur kat luar rumah.
Ni nak menulis ni, rasanya saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian pasal yang post makan-makan masa raya hari tu, D kata amat panjang.
Kita mulakan dengan bahagian pertama: Persiapan majlis dan
pemilihan menu
Tapi minta maaf la kebanyakkan gambar diambil, selepas majlis lengang. Gambar keadaan meja ketika dah siap, amat terlupa nak diambil. Ralat, tapi mungkin ada hikmahnya InsyaAllah.
D yang putuskan tarikh untuk majlis doa selamat, saya
ikutkan aje. Kami Cuma maklumkan kedua-dua belah keluarga tarikh majlis.
Seminggu sebelum majlis, D gi cari kambing akikah dyzhwar {post}. 5 hari sebelum majlis, baru saya selesai senaraikan menu-menu
untuk majlis doa selamat ini dan maklumkan kepada kedua-dua belah pihak.
Ni kambing Akikahnya, D amik gambar lepas sembelih |
Kami kemas rumah malam sebelum majlis. Saya ikut jadual tuan punya badan yang nak mengemas, D nak Jumaat malam Sabtu,
so layankan aje. Nasib rumah kami tak banyak perabot. Kami Cuma alihkan sofa dan karpet daripada ruang tamu ke bilik
belakang, sekali dengan kerusi-kerusi
meja makan. Lepas tu baru D vacuum dan mop ruang tamu sampai ke dapur. Kemudian
pasang tikar yang saya pinjam daripada abang saya. Mak D pun ada kasi pinjam
tikar juga. Selesai.
Gambar rekod: cuma tiga item ni sahaja perlu dialihkan daripada ruang tamu dan terus ruang tamu jadi luas semula |
Meja buffet saya memang dah siapkan hari Khamis malam Jumaat
lagi. Susun aje siap-siap semua perkakasan yang terlibat atas meja. Masa D
kemas ruang tamu, saya letakkan kedua-dua meja sisi bilik tidur kami yang beli di Ikea dijadikan meja untuk letak bekas nasi, set sudu garfu, tisu dan pinggan.
Malangnya, gambar lupa nak amik. Lupa sangat-sangat. Semangat benar nak
menyiapkan sampai lupa nak amik gambar kenangan.
Biasanya doa selamat mesti ada bacaan Yasin. Jadi dah minta
awal-awal kat ibuayah tolong bawakan buku-buku Yassin dia untuk majlis ni. Kami
takde sebanyak ibuayah punya. Yang ni paling penting untuk tuan rumah ingat.
Dalam sibuk nak siapkan hal majlis, jangan lupa tentang bacaan Yassin.
Kami tak buka sliding door, sebaliknya sekadar guna pintu
masuk biasa pasal kami taknak nanti tetamu yang sudah sedia duduk di sliding
door tu, kena beralih-alih bila ada
tetamu yang baru datang masuk ikut sliding door tu. Nasib ada aircond pasal
cuaca hari tu sangat-sangat terik. Kereta saya kami letak di belakang rumah, jadi tetamu nak masuk rumah senang, lebih luas jalannya.
Simple sahaja persiapan. Kejap je dah siap. Selebihnya fokus
pada makanan.
Menu utama kami harus la Nasi putih. Memang sengaja tak mahu
amik nasi minyak atau seangkatan dengannya pasal kalau amik nasi bertumis, kena
sediakan juga nasi putih untuk orang yang nak makan nasi putih. Jadi
alang-alang dah tengah hari, baik sejenis nasi sahaja. Lauk-lauknya adalah biryani
kambing, kari ayam, ulam-ulam beserta sambal belacan; dan ikan masin, telur masin.
Saya suka idea letak ulam-ulam dalam bekas mengkuang ni dan meletakkan ikan masing dikelilingi oleh telur masin. Saya ikut gambar-gambar dibawah ni. Tapi gambar saya masa ni, tetamu dah berkurang. Jadi meja makan dan berterabur. Tak sempat sangat amik gambar masa meja tersusun cantik.
Memandangkan kami memang tak nak amik caterer kecuali untuk biryani
kambing, jadi kami dapatkan bantuan daripada kedua-dua belah pihak. Ibu dan
ayah saya tolong tanakkan nasi. Saya belikan beras 5 kg. Saya baca kat
Internet, 1 kg beras untuk jamu 10 orang. So 50 tetamu cukup la dengan 5 kg,
lagipun kami ada menu-menu lain juga, nasi menu utama tapi bukan tumpuan utama. Malah ketika majlis tamat, kami masih boleh tapaukan nasi untuk diberi pada jiran-jiran pasal kebanyakkan jiran yang datang, semua datang solo, tak bawa isteri dan anak-anak.
Ibu tolong buatkan skali sambal belacan, goreng tempe dan popodum,
dan rebuskan telur masin. Saya buat permintaan istimewa, minta ibu buatkan
pulut kuning. Rasa cam tak lengkap majlis doa selamat kalau takde pulut kuning.
Lagipun, saya masih ada serunding ayam dan serunding kelapa raya hari tu, jadi
dah ada la kawan pulut kuning.
Pulut kuning belah kiri tu. Atas tu saya letak serunding kelapa dan serunding ayam, diletakkan di atas dulang hantaran masa abang saya kawin. Dia tak pakai, jadi saya amik. |
Belah D pulak, kami minta masakkan kari ayam. Lagipun, saya
memikirkan bagi pihak orang yang tak makan kambing macam saya, kari ayam boleh
jadi pilihan menu yang ideal. Mak D ada bawa buah tembikai, tapi kami tak dapat
nak hidangkan pasal meja dah tak cukup dan masa tu pun dah terlalu singkat
untuk nak potong tembikai tu. Jadi mungkin tembikai tu nanti kami suami isteri
blender, buat minum.
Selain nasi, saya hidangkan juga roti arab untuk orang yang
taknak makan nasi. Roti arab boleh cecah dengan kari ayam atau biryani kambing
tu. Saya dapat resepi daripada sini {post}. Saya buat kecil, dapat lebih kurang 40 keping roti.
Ada dua cara nak masak. Ada yang goreng, ada yang bakar.
Saya cuba kaedah goreng, memang la gebu, tapi bila saya rasa, macam cakoi,
walaupun kembungnya menjadi macam dalam gambar. Tapi akhirnya saya bakar sahaja
pasal D lebih suka bakar banding gorrng pasal goreng D kata, berminyak dan rasa
muak kalau cecah dengan kuah kari atau biryani. Gagah uli malam sebelum majlis, sampai tidur pukul 2
pagi. Lepas ni taknak buat dah, ye pasal saya jenis cuba sekali sahaja. Kalau
tak serasi, taknak dah buat. .. So saya tak serasi dengan roti arab, boleh?
hehe
Saya suka hidangkan menu western sebagai menu sampingan,
sebagai pilihan untuk tetamu yang tak nak makan berat sangat atau nak beralih
daripada menu melayu. Menu sampingan kami kali ni: Ayam panggang, salad kentang
dan lasagna. Ayam panggang tu pakai tempat pembakar ibu daripada brand Empress.
Ibu dapat redeem daripada Cosway. Gigih ibu kumpul kupon. Hehe.
Salad kentang, main sukati aje buat. Rebus kentang saiz sederhana dalam 5 biji, goreng nugget 10 ketul dan potong bongkah-bongkah, dadukan tamato buang bijinya, daun sadri, cili
benggala hijau dan daun pudina semua dipotong sederhana halus, sagat lobak merah sebiji. Dressing pakai
thousand island, mustard dan minyak zaitun; sedikit lada sulah.
Lasagna pula, daripada resepi sini {post} Ikutkan lasagna tiada dalam list menu tapi D suka sangat lasagna, jadi buatlah untuk dia. Kalau ikut resepi asal, pakai 300g tapi saya buat 600g utk dapatkan 3 sukatan (bekas 20 x 20 tak silap). Tapi memandangkan saya tak pakai sos prego, tapi saya pakai tomato puri, saya gunakan herba-herba macam oregano, parsley, bay leaf dan rose mary untuk dapatkan rasa yang dikehendaki. Main bantai sahaja, rasa tak betul, tapi D kata ok je, maka ok je la kot.
Untuk ayam panggang, resepi saya amik daripada resepi kawan
saya, Masa bujang-bujang dulu, kalau pergi piknik, mesti dia akan buat BBQ. Cuma untuk kali ni, saya ubah sikit ikut bahan apa yang ada.
Zaman muda belia dahulu. |
Caranya mudah sahaja, resepi asal kawan saya, sukatan 1 cawan untuk seekor ayam untuk bahan-bahan berikut: sos tiram adabi, kicap manis cap kipas Udang, mayonese, sos tomato (saya sukat setengah cawan untuk sos tomato), sos cili, minyak zaitun (kalau pakai minyak jagung atau minyak masak pun boleh), perahan lemon (1 biji), madu, lada hitam ditumbuk (1 sudu makan) , lada putih serbuk (1 sudu teh), lada sulah ditumbuk (1 sudu teh).
Bahan yang takde dalam resepi asal tapi saya tambah pasal bahan tu ada dalam peti ais adalah sos peri-peri Nandos 3 pek kecil, thousand island (5 sudu makan) dan mustard ( 3 sudu teh). ketiga-tiga bahan ni memang mengubah rasa resepi asal kawan saya. Derhakakan sikit resepi dia.
Daun ketumbar 4 akar (amik
dengan akarnya sekali. Basuh bersih-bersih, pakai berus gigi untuk dapat cucian
yang lebih bersih) dan daun pudina segenggam, racik halus-halus dan campur dalam perapan.
Tambah parsley dan oregano sikit. Kalau dapat parsley yang segar, lagi bagus, Cuma
susah sikit nak dapat. Kadang-kadang pasar besar pun jarang-jarang ada. Halia, bawang putih (saya pakai 2 labu pasal
ayam kami guna dua ekor ayam), bawang kuning dan daun sadri saya tumiskan tapi
jangan sampai kuning, cukup naik bau. Kemudian campur ke dalam bahan perapan.
Lepas tu baru gaulkan bahan perapan dengan ayam.
Simpan dalam peti ais semalaman, bertutup. Lebihan kuah
perapan saya jadikan sos. Amik sikit ikut anggaran banyak mana nak, kalau boleh, bawa keluar sekali akar ketumbar untuk dimasakkan bersama sos. Masak atas api kecil sampai pekat sebelum tutup api. Lepas sejuk sikit, keluarkan akar ketumbar dan blend halus sos tu. Kalau perlu tambah garam dan gula, tambah ikut rasa. Hidangkan boleh letak daun pudina sikit
sebagai hiasan.
Pasal gambar takde, saya pakai gambar rekod saya masa saya
buat perapan yang sama masa BBQ rumah abang saya dulu-dulu.
Sebenarnya, masa bakar ayam ni, kami bakar dalam 20 ketul
dahulu pasal fikir, sementara nak habis tu, sempat la bakar lagi skali, tapi
rupanya ayam bakar lebih laku cepat berbanding lain. Pasal meja kami boleh
dikelilingi dan tak perlu beratur panjang, ada tetamu yang mulakan dengan
dessert dulu, ada yang terus amik menu western.
Menggelupor bakar yang baru, tu pun cepat sahaja habis. Kami anggarkan ayam
bakar 2 ekor sahaja pasal lagi 2 ekor ayam, dah dimasak kari. Saya baca kat
Internet, kalau jemputan 50 orang, 4 ekor ayam dah cukup pasal biasanya ayam
dipotong 12 ikut saiz, lagipun kami ada banyak menu lain. Kecuali la ayam tu
satu-satunya juadah, kena buat dalam 5-6
ekor.
Kuih muih kali ni Cuma ada satu jenis sahaja, karipap. Saya goreng
dalam 20 biji juga, tapi tak habis pun. Nasib tak tergoreng 40 biji.
Manisan atau pencuci mulut kali ni, mula-mula saya dan D
taknak hidangkan buah pasal selalu kami tengok, buah mesti kurang laku apabila
menu-menu lain lebih standout. Jadi, saya buatkan fruit tartlet dan air buah koktel pun ada buah dalam tu,
jadi saya rasa cukup dah. Tapi ibu suarakan kebimbangan dia, takut macam tak
lengkap, jadi kami pun beli buah mata kucing, saje lari daripada kebiasaan buah
tembikai dan lebih jimat ruang untuk menghidang. Tak berkecah pasal tak payah
nak potong-potong dah.
Saya paling suka buat dessert berbanding menu-menu lain.
area pencuci mulut. Fruit tart masa ni dah dialihkan daripada tray tingkat ke piring kecil sahaja. Tu buah mata kucing, tapai belah kiri. Ada keropok sikit dihidangkan kat kiri atas. |
Tak
tau mengapa, memang saya lebih sukakan dessert, walaupun rupa takde la indah
mana. Tapi saya suka cuba dan lebih best kalau dapat menu baru. Kali ni, baru
dapat merasa buat cake pop untuk kali pertama. Walaupun saya tak beli batang lollipop untuk
dicucuk ke dalam kek pasal saya rasa malas nak susun, jadinya kek pop saya,
saya jadikan bulat-bulat dan lebih kepada bentuk truffle. Kek nye daripada baki
kek raya hari tu, kek blackforrest ibu. Saya uli dengan cream cheese. Saya kena
guna cream cheese ni pasal saya dah simpan dalam freezer. Cream cheese tak
boleh simpan dalam freezer tapi pasal masa tu saya takut cream cheese ni akan
rosak, jadi saya beku kan. Teksturnya dah tak smooth bila dicairkan, pasal tu
tak sesuai pakai untuk topping. Maka saya gunakan cream cheese untuk diuli
bersama kek.
masa tengah calitkan coklat atas pop kek ni |
Nasib la saya siapkan pop cake ni awal 2 hari sebelum
majlis. Agaknya kalau saya buat malam sebelum, memang saya moody kot. Nampak
memang senang, tapi leceh sebenarnya nak handle. Dengan nak tukar bekas coklat,
nak buat topping, nak kasi coklat salut beku dulu baru buat corak. Tapi
bentuknya kecil dan bite size memang memudahkan untuk tetamu yang nak merasa.
ada dua perisa salutan, oren dan coklat |
Saya buat muffin vanilla, tapi pakai tepung instant aje.
Suka pilih vanilla pasal kemudian boleh tukar rasanya. Kalau letak Nutella, dah
jadi Nutella. Kalau letak perahan oren, dah jadi muffin oren. Boleh dipelbagaikan.
Sebenarnya, niatnya nak guna idea letak
aising cam ni
Sumber |
Sekali, saya terlupa saya punya peanut butter ada chunky2,
maka tersekat-sekat masa nak keluar daripada muncung. Stress saya, pasal saya
rasa, kalau saya tak beli yang chunky nye, mesti cantik topping saya.
Tapi last-last, saya sapu hentam kromo camni--erk
Bagai langit dan bumi |
dah. tak mo bincangkan. T.T. Lepas ni nak cuba lagi buat sampai jadi.
Ibu sponsor tapai pasal ibu memang suka tapai. Mak D pun
sempat buat kastard jagung. Jadi kedua-duanya kami hidangkan sebagai tambahan
lagi kepada menu manisan / pencuci mulut kami.
Minuman untuk majlis kali ni, air lemon (pendapat saya,
kalau makan apa-apa melibatkan kambing, kena minum air lemon, dua bahan yang macam
sepadan untuk dipadankan), air buah
koktel dan air kosong. Air lemon ni, saya letakkan beberapa helaian daun
pudina. Ada resepi suruh blend sekali, tapi saya takut rasa cam ubat gigi, jadi
saya tak buat macam tu. saya buat 6 liter sahaja untuk 4 biji lemon, campur 2
biji limau kasturi. Letak secubit garam, untuk lengkapkan rasa. Saya tahu air
tak kan cukup pasal sepatutnya kena sediakan sekurang-kurangnya 8 liter air,
tapi pasal lemon tak cukup, kat pasar semua dah bonyok dan tak segar, maka elok
aje habis air lemon, saya hidangkan ice lemon tea yang peket Nestea tu. Selesai
masalah.
Mungkin di masa akan datang kalau ada majlis lagi, teringin
nak buat air lemon warna pink macam ni.
Air buah koktel ni, pada mulanya nak buat pudding koktel, sama
cam dari blog from intan kitchen, tapi pasal tak sempat nak buat kastard
berbentuk-bentuk, makanya saya buatkan sahaja jadi air. Saya gunakan 2 tin
susu ideal, 2 tin buah-buah dalam tin dan 1 bekas nata de coco perasa laici. Air saya
tambah dalam 10 tin sukatan susu ideal dan tambah gula halus sikit. Kalau
dapat laici segar, memang saya nak beli. Tapi takde kat pasar la pulak, takde
musim lagi kot. Yang dalam tin, rasa tak
sesedap yang segar, jadi saya taknak beli.
Ingat nak buat air panas, tapi cuaca hari tu sudah
sangat-sangat terik dan panas. Lagipun, kalau tetamu sampai petang, sedap gak
buat minum-minum petang. Tapi kebanyakkan tetamu beransur dalam 3 petang, jadi
air panas kurang relevant.
Begitu la senarai menu-menu untuk majlis doa selamat akikah
Dyzhwar. Memang kami buat simple daripada segi setting majlis, tapi daripada
segi juadah, memang kami (OK, bukan kami. Saya seorang) suka berlebih-lebihan.
Mungkin tipikal Jawa, makanan kena banyak dan berjenis-jenis.
Kali ni, saya cuba sesuatu yang baru, gunakan claypot untuk
menghidang makanan. Kat bawah ni, claypot yang depan tu, ibu punya saya pinjam.
Yang belakang tu, saya punya beli kat kat Pasar Borong Selangor, RM15. Masa
saya tengok gambar-gambar buffet hotel yang pakai claypot, saya perasan yang
kebanyakkan akan lapikkan claypot dengan piring/pinggan leper, supaya kuah tak
meleleh ke meja. Tu saya buat.
Alas untuk bekas yang depan, saya pakai alas tembaga dulang hantaran hehe |
Cuma yang saya baru perasan, patut la ada
beberapa gambar claypot saya tengok, dibalutkan dengan aluminium foil diluar
badannya. Saya fikir masa tu, mungkin untuk kekalkan kepanasan, tapi masa saya
basuh claypot saya, baru saya terfikir, agak-agaknya dibalutkan untuk lindungi
badan claypot ni kot daripada kesan masakan yang degil. Claypot saya warna
cerah so memang ada juga la bahagian yang susah nak dihilangkan warnanya.
Mungkin akan datang kalau ada rezeki gunakan claypot ni, nak balut dengan
aluminium foil pula.
Sebelum ni, kalau majlis makan-makan, saya pakai aje bekas kaca untuk isi nasi, tapi memandangkan kali ni tetamu lebih ramai, jadi saya fikir kena beli bekas untuk letak nasi.
Bekas nasi ni saya dah survey lama dah, teringin nak beli atas nama pelaburan --eceh!! Muat masuk 10 kg nasi sekali harung. Masa beli tu, sanggup bawa D sekali untuk berikan kata-kata semangat -boleh? Harga tertera RM99 tapi memang beli kat Pasar Borong, diorang akan kasi diskaun, memang teknik diorang cam tu, dapat la RM90. Ada terjumpa bekas nasi yang hampir sama kat Carrefour RM89.90 tapi bersegi dan badannya tak selicin yang kat Pasar Borong. So Pasar Borong Win!
5 kali stalk bekas nasi ni kat Pasar Borong. Akhirnya berjaya menjadi hak saya hehe |
Bekas nasi ni saya dah survey lama dah, teringin nak beli atas nama pelaburan --eceh!! Muat masuk 10 kg nasi sekali harung. Masa beli tu, sanggup bawa D sekali untuk berikan kata-kata semangat -boleh? Harga tertera RM99 tapi memang beli kat Pasar Borong, diorang akan kasi diskaun, memang teknik diorang cam tu, dapat la RM90. Ada terjumpa bekas nasi yang hampir sama kat Carrefour RM89.90 tapi bersegi dan badannya tak selicin yang kat Pasar Borong. So Pasar Borong Win!
Majlis yang berlangsung pukul 12 tengah hari, tamat pukul 615 petang. Semua tetamu sudah beransur. Meninggalkan keadaan meja buffet begini
..Selepas majlis selesai, dah tenang, semua tetamu dah balik, bila kami berdua tengok keadaan rumah masa tu, perkara pertama D cakap “Majlis kawin anak-anak
nanti taknak buat kat rumah”.
Sekarang, si bujang tenit tu cuma reti susu dan tidur
Gaya penat macam dia yang buat semua |
Secara ringkas, menu majlis akikah Dyzhwar untuk sesiapa yang mungkin mencari idea menu:
Menu utama:
Nasi putih
Roti Arab
Briyani kambing
Kari ayam
Ulam-ulam (tomato, timun, kacang botol, kacang panjang, tempe goreng, bendi rebus)
Sambal Belacan
Ikan sepat masin (ke ikan masin Sepat?)
Telur Masin
Popodum
Menu Sampingan:
Lasagna
Ayam bakar
Salad kentang
Pulut kuning
Serunding ayam
Serunding kelapa
Kuih-muih:
Karipap ayam blackpepper
Kerepek ubi
Manisan/ pencuci mulut:
Blackforrest Cake pop
Tapai
Kastard Jagung
Fruit Tartlet
Mufin Vanila
Buah mata kucing
Minuman:
Air lemon pudina
Air kosong
Air Buah koktel
Air Ice lemon tea *lepas air lemon pudina habis stok
Air Ribena *untuk tetamu cilik di saat akhir majlis
Post akan datang saya nak kongsikan beberapa kesilapan yang saya banyak belajar dan boleh dimanfaatkan di masa akan datang.
15 ulasan:
ayam sedap ayam sedap ayam sedappppppp!!!aku kopi pes resepi ok!
macam salah eja je 'goring' tu?
aku rasa, sos peri2 nandos tu yg ubah rasa. aku ada 3 pek masa opis aku buat makan2, take away aku amik pek2 yang masih belum dibuka.
itu namanya nadia, auto correct. jenuh omputih ni, orang kata goreng, goreng la. gatal dia nak auto correct jadi goring
Salute betul masak sendiri...saya hari tu buat katering je. Apa pun tak masak sendiri, sebab buat akikah dgn masuk rumah sekali. Lagipun masa tu dapur pun tak pernah berasap lagi. Hehe.
Ada tapai! Saya paling suka tapai tapi dah 3 tahun tak makan. T_T
tak semua pun masak sendiri atun, banyak dapat bantuan daripada famili juga :) Tapai ni cara tradisional, bukan letak kat dalam bekas plastik. sedap -heheh
dah tak larat nak backspace lah tu :P
hahaha mmg sah kecah dapur ko! frust sbb dh buat sekian kali x dpt join! tapi kalau aku dtg, kena ada sambal goreng la :)
motip ko nak datang lagi?? aku la patut datang ke rumah hengkau oi!!!!! mana mana house warming!!
hahha.. betul2. tapi dah betulkan, pakai ctrl F. cari perkataan Goring. hehe
suka!
dear, yg bekas beras tu beli kat kedai yg dpn pasaraya balaji tu ke?
saya beli di kedai ClayCity .
kedai clay city tu dlm pasar borong tu jugak ke?
Ye betul. kedai tu dah dekat pintu keluar pasar borong
Catat Ulasan